Filled Under:

DISEBALIK PURDAH WARDINA TERSEMBUNYI SATU RAHSIA

(SEKADAR HIASAN)

Kisah ini diceritakan oleh seorang Ustaz yang kami temui selepas Solat Jumaat petang tadi. Kebetulan kami berada di Saf bersama dengan Ustaz.Azmi. Sementara waktu masih panjang untuk berbuka,kami singgah disebuah wakaf kebetulan Ustaz Azmi turut berada disana menunggu isteri beliau datang menjemput. Selepas bertegur dan memperkenalkan diri,Kami berbual dan mengambil kesempatan bertanya tentang berberapa soalan berkaitan Ugama.Dan antara yang menarik perhatian kami ialah kisah Wanita bernama Wardina.

Wardina seorang gadis peramah dengan penampilan seorang muslimah bertudung litup dan mementingkan penjagaan aurat.Namun tanpa diduga,disebalik purdah yang menutup wajahnya terlindung seraut wajah yang pucat lesu seolah tiada darah!.Pengakuan ikhlas dari Wardina ini dicerita kan oleh Ustaz Azmi sebagai ingatan dan pedoman untuk kita semua.

Disaat tahun terakhir berada disebuah Universiti di utara tanah air,ketika itu Umat Islam menunaikan ibadah puasa,tidak terkecuali Wardina dan rakan-rakan sebiliknya turut bersahur.pagi tersebut selepas menunaikan Solah Subuh,mereka akan menyambung tidur.Ketika bangkit dari tidur,Hidayah terkejut melihat Wardina sedang leka makan di dapur.ketika itu baru 10pagi.Apabila di tegur,Wardina memberitahu dirinya telah Uzur(keluar darah Haid).Hidayah memahami dan meninggalkan Wardina dengan makanannya.

Sehingga menimbulkan persoalan apabila berlalu dua minggu,setelah setengah bulan mereka berpuasa,Wardina masih dengan perangainya,Makan minum seoalah-olah hari-hari biasa,bila ditanya jawapan yang sama"aku Uzur harini".Begitulah berlarutan sehingga minggu terakhir Ramadhan,sehingga rakan sebiliknya pun dah malas nak bertanya dan menegur.

Tibalah masanya pelajar dibenarkan kembali ke kampung masing-masing kerana lagi dua hari menyambut Aidilfitri.Begitu juga Wardina,Begitu teruja nak balik beraya.Apabila di kampung,Wardina banyak terperap dibilik,dan hanya keluar kebilik air.bersama keluarga pun selepas waktu berbuka.begitulah sehingga Takbir Aidilfitri bergema disana-sini.
Pagi tersebut,Wardina bangun lewat,kerana kepenatan membantu ibunya menyiapkan langsir dan mengisi kuih kedalam dulang.Ketika bangkit dari tidur Wardina terasa basah,setelah diperiksa,ternyata dia datang bulan.Alahhhmakkkk....waktu ni boleh pula aku Uzur...keluh Wardina.dengan Mood kurang baik kerana beraya dalam keadaan Uzur.Wardina tidak banyak keluar kerumah saudara mara.Sekadar dirumah melayan tetamu yang datang itu pun dibantu ibunya.

Selepas seminggu di Aidilfitri Wardina masih belum habis Uzur lagi,sehingga lah dia kembali ke kampus,Disana pun tetap juga uzur,Wardina menjadi risau dan ketakutan kerana telah dua minggu berlalu namun haidnya masih belum kering lagi.begitulah keadaan Wardina setiap minggu terpaksa membeli tuala wanita,dari sebulan ke dua bulan dan seterusnya.Setelah lima bulan berlalu,baru lah Wardina faham,mungkin itu balasan yang diterima akibat tidak menghormati bulan Ramadhan.

Sehingga tamat tahun pertama di kampus tersebut,selama setahun Wardina merahsiakan penderitaan nya.Dan selama setahun juga lah Wardina gagal beribadah,walaupun setitis namun perasaan Was-was untuk beribadah mengganggu perasaan Wardina.Sehingga lah Ramadhan tahun lepas,ketika itu Wardina menemui Ustaz Azmi ketika menemani seorang pelajar melunaskan Zakat Fitrah,tergerak hati Wardina bertanya kepada Ustaz,serta memceritakan kesilapan yang telah dia lakukan,sehingga menderita Uzur sepanjang tahun.Ustaz Azmi menasihati Wardina agar bertaubat dan sentiasa berdoa kepada Allah.

Hari Raya ketiga tahun 2015,Ustaz Azmi dihubungi oleh seorang wanita yang tidak dikenali,Selepas memperkenalkan diri,Barulah Ustaz Azmi kenal,suara tersebut ialah Wardina yang ditemuinya seminggu sebelum Raya.Wardina memberitahu,Doanya telah dimakbulkan,dan ketika itu dia dah pulih seperti biasa.

Sebelum memutuskan talian,Ustaz Azmi sempat menasihati Wardina agar tidak mengulangi kesilapan lepas,dan sentiasa berdoa agar diberikan hidayah serta kekuatan.Begitu lah sebuah kisah yang diceritakan oleh Ustaz Azmi kepada kami.dalam kisah ini ada berberapa perkara kami terpaksa ubah atas permintaan Ustaz,agar tidak mengaibkan sesiapa,termasuk lokasi serta nama sebenar.

Semoga dengan perkongsian ini,dapat mengingatkan kita agar menjaga tingkah laku,tuturkata dan sebagainyan.Puasa di Bulan Ramadhan antara rukun Islam yang wajib di laksanakan oleh setiap muslim,Ada kelonggaran jika terlalu penat,masalah Uzur,penyakit dan sebagainya,sehingga melibatkan kesihatan,Diberi kelonggaran untuk makan,Tetapi haruslah kita menghormati orang lain,jangan lah sengaja di tunjuk-tunjuk kepada umum......




0 comments:

Post a Comment