Filled Under:
Info
Ramai Tertipu Sebenarnya Daging Kambing Bermanfaat Dalam Kesihatan
Posted By:
Unknown
on July 02, 2016
Ramai orang kata daging kambing ini panaslah, dan macam-macam lagilah akibat makan daging kambing ini. Tetapi, tahukah anda khasiat dan kelebihan daging kambing berbanding daging lain? Okey, tanpa membuang masa dan tenaga, mari kita lihat apa yang ada dalam daging kambing ini sehingga menjadikan ia daging yang terbaik!
Sedangkan pada masa kini, kambing menyediakan 63 peratus daripada bahan daging yang dimakan di seluruh dunia, termasuk menjadi sumber protein utama di kebanyakan negara Arab dan Afrika Utara, selain pemakanan penting di rantau Asia Tenggara, kepulauan Caribbean dan kawasan tropika yang lain.
Di Barat pula, daging kambing semakin mendapat publisiti meluas sebagai sumber protein yang lebih menyihatkan berbanding daging lembu, malah terdapat kajian mendapati ia lebih sesuai dimakan oleh penghidap masalah berkaitan jantung.
Kumpulan penyelidik Sistem Kerjasama Pendidikan Lanjutan Alabama (Alabama Cooperative Extension System-ACES) daripada Universiti Alabama dan Universiti Auburn, misalnya, mengadakan program pendidikan awam yang mempromosi daging kambing sebagai makanan yang lebih sihat.
Kandungan Gizi Daging Kambing
Sebelum kita menyimak ulasan manfaatnya lebih baik kita mengetahui berbagai manfaat dan kandungan gizi yang terdapat dalam sajian daging lazat ini. Berikut adalah kandungan gizi dari 100 gram daging kambing((NutritionFacts, Mutton, cooked, roasted (Navajo). Diakses 20 November 2014)).
Nilai gizi pada daging kambing terutama tergantung pada cara yang disiapkan dan seberapa besar porsinya. Berdasarkan NutritionData.com per 100 grams daging kambing memiliki beberapa Nutrisi yang cukup tinggi:
Kalori : 234, Kalori dari lemak 100
Lemak 11g (17 % dari kebutuhan harian)
Lemak Jenuh 5g (26%)
Kolesterol 109 mg (36 % kebutuhan harian)
Sodium 135 mg 6%
Daging kambing adalah daging yang paling baik
Kajian dari Persatuan Jantung Amerika menyatakan, daging kambing baik untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung. Ini disebabkan daging tersebut tinggi kualiti proteinnya dengan nisbah kandungan lemak yang sihat. Struktur molekul daging kambing yang berbeza menjadikan daging kambing lebih mudah dihadam. Ia juga amat sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan. Bukan setakat itu sahaja, malah jika dibandingkan, daging kambing mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan mineralnya. Dagingnya lebih pejal dan lebih rendah kalori daripada daging lembu dan ayam tanpa kulit. Kesemua asid amino yang diperlukan ada di dalam daging kambing.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment