Filled Under:

Mengapa Debunga Kurma Berbau Air Mani


Sebab mengapa debu yg dikeluarkan oleh pokok kurma jantan berbau air mani ialah kerana pokok ini dijadikan daripada lebihan tanah kejadian Nabi Adam. Sebab itu, buah kurma dikatakan buah yg paling serasi dgn badan manusia kerana asal usul kejadian kita sama. Kurma juga menurut kajian sains merupakan buah yang mempunyai banyak khasiat dan kandungan gulanya cepat meresap ke dalam tubuh.

Asal usul kejadian pokok kurma ini ialah dari lebihan tanah selepas Allah menciptakan Nabi Adam a.s.Manakala pokok kurma betina pula wujud pada zaman Siti Maryam, iaitu setelah Nabi Isa a.s dilahirkan. Allah telah meminta Maryam menggongcangkan pokok kurma di mana tempat dia melahirkan Nabi Isa. Dan jatuhlah 1 buah kurma yg masak dan maryam diminta oleh Allah memakan buah tersebut. Siti Maryam memperoleh tenaga daripada buah tersebut tanpa memakan herba-herba yang lain.Inilah bermulanya buah kurma menjadi penawar kepada pelbagai penyakit.


Pokok kurma jantan mengeluarkan debu2 halus dan pokok kurma betina mengeluarkan bunga. Untuk menghasilkan buah, pokok ini perlu dikahwinkan. Untuk senyawakan pokok-pokok ini, debu-debu dari pokok jantan akan disapu kepada bunga pada pokok betina dan untuk mendapatkan buah kurma yg berkualiti, persenyawaan ini perlu dilakukan oleh tangan manusia sendiri.

Untuk mengenali perbezaan di antara kurma jantan dengan kurma betina, kurma jantan lebih tinggi pohonnya, berdaun keras menjulang ke langit. Pokok kurma betina rendah sedikit dan daunnya melintuk ke bawah. Pada bulan Februari pohon kurma jantan berbunga setahun sekali sama dengan kurma betina.

Bezanya bunga jantan ia mengeluarkan debu-debu halus. Pada bulan ini ketika kurma betina mengeluarkan bunga, petugas (terdiri dari mereka yang berbangsa Arab) akan memanjat pokok kurma betina dan dijalankan proses kahwin bunga, ditepuk-tepuk, disapu dua tiga ranting bunga jantan kepada setandan bunga betina yang terkembang dari tandannya. Ternyata untuk menghasilkan buah kurma yang elok berkualiti, ia mesti ‘disenyawakan’ oleh tangan manusia, tidak boleh melalui binatang atau diterbangkan oleh angin.

Pokok kurma tidak akan berbuah dengan sempurna jika tidak dicantum oleh tangan manusia. Buah kurma tidak akan masak jika suhu kurang dari 55oC. Bulan Julai adalah musim kurma masak ranum manakala bulan Ogos adalah musim menuai. Bagi sebuah kebun memadai ada beberapa batang sahaja pokok kurma jantan berbanding dengan ratusan pokok kurma betina, kerana debunga pada satu dahan pohon kurma jantan boleh digunakan untuk proses pendebungaan dengan ratusan tandan pada pokok kurma betina . Debu yang perlu digunakan pada setiap pokok terlalu sedikit. Bunga jantan ini juga boleh disimpan di tempat yang kering untuk kegunaan berulang-ulang kali selagi debunganya masih ada.

Allah s.w.t. jadikan buah kurma cukup istimewa. Cuba perhatikan sepanjang ia berada di atas pokok tidak ada seekor binatang atau burung yang mematuk atau merosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau. Allah s.w.t pelihara dan memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia. Di Madinah hanya bangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan turun naik ke atas pokok kurma untuk lakukan kerja pencantuman ini.

Jadi setiap kali menjamah tamar ingat-ingatlah asal kejadiannya. Buah ini tidak berbau kerana Allah s.w.t. mahu pelihara kesuciannya di samping mudah untuk kita menguruskannya dengan kelebihan cuaca yang panas kering. Penjual tidak risau lalat atau semut kerana bumi barakah ini. kopilekat




1 comments:

  1. Ada debunga minta cikit nk try buat persenyawaan pokok kurma..

    ReplyDelete