Filled Under:

Apakah Sumbangan Azwan Ali Dalam Industri Hiburan?

Azwan ali harus beri contoh yang baik buat masyarakat

Azwan Ali Bukanlah satu nama yang tidak di kenali di malaysia, kehadirannya di dalam industri seni tanah air bagaikan tiada apa-apa yang wajar di hargai. Melihat kepada segala kontroversi-kontroversi sebelum ini ternyata ramai yang mengelengkan kepala dan tertanya-tanya, mengapa selebriti sedemikian yang ada di malaysia masih di kekal kan?

Sebagai selebriti seharusnya seseorang yang mahu bergelar selebriti harus memberikan contoh buat peminat yang sentiasa memerhati segala apa yang seseorang selebriti itu lakukan. Sampai bila kita harus mendengar kontroversi-kontroversi dari azwan ali? Tidakkah ada sedikit di hati beliau kesedaran untuk menjadi yang terbaik?

Dan perkara utama yang ingin di bangkitkan di sini,apakah sumbangan beliau terhadap industri seni tanah air? Usah di perlekehkan soalan ini kerana jika memilih untuk menjadi selebriti wajar jika menitik beratkan aspek memberi contoh yang terbaik dan memberi yang terbaik.

Jangan di sebabkan nila setitik rosak susu sebelanga,jika azwan ali mahu meneruskan perangai dengan kontroversi-kontroversi,adalah sangat wajar jika azwan ali meninggalkan saja industri seni tanah air. Kerana tiada apa-apa sumbangan yang terbaik di beri untuk industri seni tanah air kita.

Jika azwan ali mahu terus kekal bergelar selebriti,sewajarnya azwan ali berubah dan menjadi selebriti yang memberikan contoh yang baik buat masyarakat,artikel ini di tulis bukan untuk menjatuh kan azwan ali tetapi sebagai nasihat yang berguna buat azwan ali.

Setiap insan yang lahir ke dunia ini mahu kan kehidupan yang baik,di senangi,kita tidak tahu bila masa-masa naik dan bila masa masa jatuh kita,yang penting,jika satu hari nanti kita pergi dari dunia ini,.pergilah dengan insan-insan yang mengingati segala kebaikan dan bukannya keburukan,semoga kita semua mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah swt,inn sha Allah. 
ohpilihanku




0 comments:

Post a Comment