Niat baik seorang kawan dikenali Hana untuk membantu pelakon Watie Elite memiliki kereta sendiri memakan diri sendiri apabila diisytiharkan muflis. Ini berikutan kegagalan Watie untuk menjelaskan hutang kereta tersebut sejak beberapa tahun dulu.
Pemilik nama penuh Norhanasafiza Mat Adnan menceritakan kisah lapan tahun lalu itu kepada media tentang bagaimana dia telah bersetuju untuk meminjamkan namanya kepada pelakon itu semata-mata untuk membolehkan Waite membeli kereta.
Kata Hana, dia bersetuju membantu rakannya kerana kesiankan Watie yang ketika itu digantung tidak bertali oleh bekas suami dan hidup dalam kesusahan. Bagaimanapun, dia tidak menyangka Watie diisytiharkan pada tahun April 2013 dan menyebabkan baki hutang kereta meningkat dari kira-kira RM60,000 kepada RM99,000.
“Sampai hati dia lepas tangan, walhal ketika susah dulu dia merayu supaya saya membantunya. Ketika itu saya baru pulang ke tanah air dan tumpang bersedih melihat keadaannya digantung tidak bertali. Anaknya pun masih kecil, tak tergamak biarkan mereka hidup dalam keadaan begitu."
“Tawaran berlakon banyak, tetapi susah untuk dia berulang alik kerana tiada pengangkutan. Dia mahu beli kereta Toyota Wish tetapi tidak boleh buat pinjaman bank kerana namanya disenarai hitam."
“Saya bersetuju buat pinjaman dan bayarkan duit pendahuluan kereta berserta insurans dan cukai jalan sebanyak hampir RM10,000 tetapi dia mesti bayar setiap bulan kepada bank kerana itu keretanya. Saya cuma pinjamkan nama dan bayar duit pendahuluan bagi membolehkan dia beli kereta."
“Tak sangka pula dia tidak penuhi janjinya dan saya tak tahu di mana kereta itu sekarang. Menurut pihak bank, tiada bayaran dibuat sejak 2008 dan sebelum itu pun bayaran tidak konsisten.”
Ekoran berasa dianiaya, ibu kepada dua cahaya mata itu bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap Watie Elite dan kini hanya menunggu panggilan dari pihak Mahkamah untuk tindakan lanjut.
Dalam pada itu, Hana memberitahu pernah menasihatkan Watie agar menjual kereta itu andai tidak mampu dan wang diperoleh boleh digunakan untuk membeli kereta terpakai secara tunai namun tidak diendahkan pelakon itu.
“Dia asyik mengelak apabila saya tanya perkara itu. Tidak lama selepas itu, saya menetap sekejap di Australia dan apabila pulang ke tanah air, saya dapat tahu dia berkahwin dan guna Toyota Harrier. Saya ingatkan hal pinjaman Toyota Wish itu selesai dan buat tak tahu saja."
“Sampailah awal tahun lalu, saya dan beberapa kawan mahu ke Singapura tetapi saya tak boleh memasuki negara itu berikutan nama disenaraihitam. Apabila kembali ke Kuala Lumpur, saya mahu keluarkan duit di bank tetapi tak boleh."
“Selepas menyelidik, rupa-rupanya akaun saya dibekukan dan dinasihatkan supaya berurusan dengan pihak Insolvensi."
“Saya dimaklumkan nama saya diisytihar muflis pada April 2013 kerana tidak membayar tunggakan pinjaman kereta. Terus saya teringat kereta yang digunakan Watie.”
"Bagi menyelesaikan perkara itu, dia berusaha mencari Watie dan bertemu pada November lalu tetapi dia mendakwa sudah menyerahkan kereta kepada seseorang untuk diselesaikan dan ada membuat laporan polis individu itu melarikan diri."
“Tuhan itu Maha Kaya, akhirnya saya jumpa Watie dan mengikutnya hingga ke pusat beli-belah The Curve. Dia bersumpah sudah serahkan kereta itu kepada seorang lelaki yang akan selesaikan perkara itu dengan saya. Dia juga mendakwa sudah buat laporan polis dan saya ajak dia ke balai polis untuk buat laporan."
“Selepas disemak, tak ada pun laporan polis dibuat dan saya cadangkan dia laporkan dia yang menggunakan kereta itu. Syukur dia buat laporan dan itu bukti yang saya boleh ketengahkan dialah pengguna kereta itu."
“Ketika mahu beli kereta itu, kami ada buat perjanjian bertulis depan jurujual tetapi ia tidak boleh dijadikan bukti sebab tidak matikan setem.”
0 comments:
Post a Comment