Filled Under:

Fouziah Gous di Benci Artis Senior?

Begitulah petikan artikel pada Utusan Malaysia bertarikh 2 Febuari lalu. Menurut artikel tersebut, seorang artis senior dikatakan rasa cemburu dengan apa yang dimiliki oleh Fouziah Gous selepas berkahwin hingga beliau sanggup berkata demikian. Ikuti petikan artikel tersebut dibawah.


MENGGELENG kepala Miss J dengan perangai seorang artis senior ini yang dikatakan tidak berpuas hati dengan pelakon jelita Fouziah Gous. Paling menarik apabila dia mencanang keburukan Fouziah kepada semua rakan terdekat kononnya Fouziah dah lupa diri sejak berkahwin dengan Zhafran Yusof hujung tahun lalu.

Dakwa artis senior itu, mentang-mentanglah suami Fouziah berpoket tebal, jadi dia boleh tayang barangan berjenama dan mewah. Artis senior itu siap suruh rujuk Instagram Fouziah kalau nak tahu betapa senangnya hidup Fouziah pada hari ini. Katanya, kalau nak bandingkan kehidupan Fouziah sebelum ini, tidaklah sehebat mana.

Mungkin sebab itu, artis senior itu beranggapan Fouziah dah tak nak tegur kawan-kawan lama di dalam industri. Menyombong semacam. Lalu depan muka pun macam buat-buat tak nampak. Tambah artis senior ini lagi, mungkin Fouziah takut duit suaminya semakin tipis kalau menegur dia yang pernah menjadi tempat mengadu nasib sebelum ini.

Miss J tak nak komen panjang tentang perkara ini. Sebab Miss J pasti mesti ada sebab tersendiri mengapa Fouziah berkelakuan sebegitu. Entah-entah artis senior itu sengaja mereka-reka cerita untuk memburuk Fouziah kot?


















0 comments:

Post a Comment