Shuib tidak pernah meminta saya berhenti menyanyi kerana dia tahu nyanyian merupakan sebahagian dari hobi dan kerjaya Sarah.Sarah mengakui semenjak Shuib menyertai Maharaja Lawak Mega, dia banyak menolak tawaran untuk menyanyi dan masanya banyak dihabiskan dengan menemani suami ke lokasi persembahan.
Cuma, buat masa sekarang, Sarah rasakan lebih baik Sarah dahulukan kerjaya Shuib kerana itu lebih penting buat saya.
Banyak tawaran yang saya terpaksa tolak kerana saya ingin berada disamping Shuib untuk memberikan sokongan buatnya dalam pertandingan itu.
Bagi Sarah, sentiasa berada disisi suami itu penting dan sokongan saya tidak pernah berhenti semenjak hari pertama kami bernikah.
Ditanya adakah Sarah sudah meninggalkan dunia nyanyian, dia berkata kehidupannya kini semuanya cukup.
Kehidupan saya setakat ini Alhamdulillah, semuanya cukup dan apa yang penting, kasih sayang yang Shuib berikan pun dah sangat mewah buat saya.Dalam perkembangan terbaru, Sarah kini merancang untuk kembali dan bakal mengeluarkan single terbaru dengan konsep yang lebih segar sesuai dengan peredaran arena muzik sekarang.
Jadi, peminat-peminat Sarah, nantikan Single terbaru Sarah tidak lama lagi ya.
0 comments:
Post a Comment