Katanya, perkara tersebut bukan sahaja berlaku di Kuala Lumpur malah ketika berada di London juga sehingga gandingannya, Keith Foo menggigil kesejukan apabila terpaksa mengulang babak berkali-kali.
Tambah Raja, Fathia juga dikatakan tidak begitu mesra dengan pelakon lain dan krew produksi, seperti mana tiga rakan pelakon lain iaitu Keith Foo, Nabila Huda dan Jonathan yang sentiasa bergurau-senda dan akrab antara satu-sama lain.
Kemuncak dari masalah disiplin Fathia, Raja mendakwa melihat sendiri pergaduhan besar antara pelakon itu dan penerbit eksekutif, Jalena Rejab. Puncanya, Fathia berdegil untuk tidak melakukan rakaman promo kerana ia merupakan hari terakhir mereka di London.
“Raja terkejut melihat Jalena mengamuk hingga menghempas pintu van yang dinaiki. Jalena seperti melepaskan ledakan yang terbuku dalam hatinya selama ini. Butir-butir dialog ketika mereka bertegang urat biarlah Raja simpan saja."
"Kalau tulis di sini pun nanti Fathia tentu malu. Tapi, mana-mana penerbit eksekutif pun akan marah dengan sikap Fathia!"
“Raja bersama pengarah. Raja Ahmad dan pelakon yang berada dalam van ketika itu jadi terpaku seketika, apatah lagi melihat Fathia tetap berkeras tidak mahu melakukan rakaman promo. Hmmm…keras juga hati si Fathia ni…”
Mungkin kekasih Aiman itu tidak mahu hari yang sepatutnya dihabiskan untuk bercuti dan membeli-belah disia-siakan walaupun hanya beberapa minit.
Sejak pergaduhan itu, Fathia dikatakan mula menjauhkan diri dan hanya bersalaman dengan Keith dan Jonathan sahaja sebelum pulang dari KLIA.
Sebelum ini namanya juga pernah terpalit dengan kontroversi apabila dikatakan membaling telefon bimbit ke arah pengarah Along Kamaluddin akibat tekanan.
0 comments:
Post a Comment