Nampaknya drama Ariana Rose bukan sahaja melonjakkan nama Keith Foo dan Hisham Hamid, namun tempiasnya juga turut terkena kepada Jonathan Putra yang membawa watak Samuel di dalam drama ini. Mula mencipta nama sebagai pengacara Channel V, kekacakan dan kecomelan Jonathan menjadi igauan ramai wanita lebih-lebih lagi apabila dirinya bercakap Bahasa Melayu dengan pelat.
Untuk makluman, Jonathan dilahirkan pada tahun 1982. Di dalam drama Ariana Rose, Jonathan membawakan watak Samuel..Menerusi akaun Instagramya, Jonathan kini sedang berusaha keras memperbaiki sebutan Bahasa Melayunya. Satu langkah yang sangat bagus!!!
Semoga tahun 2014 ini kita akan melihat lebih banyak aksi lakonan Jonathan Putra di kaca tv. Apa pendapat anda mengenai pelakon kacak ini? Bagaimana dengan mutu lakonannya di dalam drama Ariana Rose? Lagi beberapa gambar Jonathan Putra dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
0 comments:
Post a Comment