Filled Under:

Kerjaya Luna Maya berkembang



LUPAKAN sahaja kisah hitam yang pernah dilakukan sebelum ini. Namun jika bercakap mengenai kariernya, nama Luna Maya kini cukup dikenali bukan sahaja di Indonesia bahkan di beberapa negara serantau seperti di Malaysia dan Singapura. Biarpun kejayaan yang dimilikinya kini sering diimpikan oleh golongan selebriti, namun lain pula pendapatnya dengan Luna. 

"Bagi saya jika dapat menembusi pasaran luar, itu adalah satu bonus. Namun itu bukan bermakna kita harus memilih tawaran sewenangnya. "Paling penting kerja juga mesti dari hati, seperti saya," tuturnya.

Kini, kerjaya Luna turut mendapat perhatian di peringkat antarabangsa apabila filem lakonannya, Killers berjaya memasuki Festival Filem Sundance 2014. Bagaimanapun dek kerana masalah visa, dia terpaksa melupakan hasratnya untuk menyertai tayangan filem lakonannya di Amerika Syarikat.

"Walaupun ralat, tetapi saya tidak terlalu kecewa. Mungkin suatu hari nanti, ada rezeki, saya ke sana," katanya.




0 comments:

Post a Comment