Filled Under:

Cerita Sedih..Khas Untuk Suamiku Maaf Andai Aku Tak Sempurna Untukmu |


Inilah Sebuah Takdir..

Seorang pemuda telah berkenan pada seorang gadis di twitter. Bertutup aurat dengan baik. Tak banyak bicara. Tak banyak songeh.

Dipendekkan cerita mereka pun disatukan.

Pada malam pernikahan, pengantin baru pun berbicara.

Isteri: “Boleh saya terus terang?”

Suami: “Ya, dah suami isteri kan. Apa nak malu-malu.”

Isteri: “Sebenarnya, saya dah tiada dara. Kesilapan saya di zaman remaja. Saya jahil dulu. Saya dah cuba berterus-terang sebelum nikah. Tapi, saya dah jatuh cinta dengan awak. Maafkan saya.”

Suami terdiam. Nampak seakan terkejut.

Suami: “Saya..saya lepaskan awak dengan talak satu. Jangan risau. Saya takkan minta awak bayar semua kos ganti rugi belanja nikah. Saya takkan sentuh awak. Awak boleh duduk di rumah ini kalau awak nak. Saya akan pindah.”

“Takpe. Hantar saja saya ke rumah mama saya. Saya reda. Saya… tak layak.. berada di sini…”

Si gadis menitiskan air mata dalam tutur yang seakan terlekat di kerongkong. Memang dia dah agak. Dia dah rasa akan jadi begini. Pasrah segalanya.

Pemuda tidak mampu menerima hakikat dia bernikah dengan bekas penzina. Pada teorinya, pada dalilnya, penzina adalah pasangan cocoknya penzina juga! Dirinya bukan penzina!

**

Waktu berlalu. Masa berdetik. Setahun kemudian…

Pemuda berada di wad. Sudah 5 bulan berlalu sejak beliau menjalani pemindahan organ. Hatinya yang rosak telah digantikan dengan bahagian lobul hati penderma. Sejak 5 bulan itulah, beliau berulang-alik stay di hospital untuk sesi terapi dan rawatan ulangan.

Pemuda menonton tazkirah di I-Padnya sambil menanti kehadiran doktor. Seorang tuan guru popular berceramah seputar tajuk ‘Zalim’,

“Pada Allah, hamba itu kesemuanya hina melainkan hamba yang bertaqwa. Masakan seorang hamba dengan angkuh memandang hina hamba yang lain sedangkan dirinya juga seorang hamba hina. Kalau bukan kerana Allah yang memberikan akal pemikiran sehingga mampu berpakaian, mengurus diri, makan dengan teratur dan belajar, sudah pasti hamba itu sama taraf dengan binatang ternakan saja!”

Tertusuk seketika kalbu pemuda. Tuan guru menyambung lagi,

“Misalnya, sering kita baca di dada akhbar kes-kes perceraian. Pada hemah saya, puncanya lebih kepada suami. Kerana sayang seorang perempuan bernama isteri adalah melebihi sayang seorang suami kepadanya. Sifat perempuan adalah menyayangi.

Keras seperti batu konkrit macam mana pun, mampu dilembutkan dengan kasih sayang suami. Sebab itu sering kita baca juga, walaupun suami penagih dadah sebagai contoh, masih si isteri setia menanti perubahan suami. Masih sayang pada suami tidak berganjak walaupun pada pemikiran kita tindakan itu gila. Pada wanita, bila ada lelaki ambilnya sebagai isteri itu merupakan suatu rahmat, syukur yang teramat sangat pada Allah. Dia tak jadi anak dara tua. Dia ada tempat bergantung. Isteri cuma mampu bersuami satu.”

“Jangan zalim. Selagi seseorang itu masih berTuhan, selagi itu ada harapan. Masa silam bukan hukuman. Masa silam adalah pengajaran. Jangan diulang di masa depan. Demi Allah, kita tidak kuat. Kerana Allah, kita harus kuat.

Bila Allah sudah pasangkan ‘lampu’ hidayah dalam hati seseorang, jangan pula kita pergi padamkannya.

Disebut dalam hadis Qudsi,

‘Aku (Allah) sangat murka ke atas orang yang melakukan kezaliman terhadap seorang yang tidak punya pembela selain Aku.’ (HR al-Thabrani)

Allah yang membukakan pintu taubat dan pintu Syurga. Mana hak kita untuk menutupnya?”

Tup !

Ditutup terus ceramah itu oleh si pemuda. Malas nak disambung dengarnya.

Doktor yang merawat masuk ke biliknya.

Doktor: “Ada khabar dukacita yang saya ingin sampaikan.”

Pemuda: “Apa ya?”

Doktor: “Penderma hati mengalami komplikasi teruk. Tiga bulan pertama, beliau mengalami kecederaan organ dan muntah darah. Badannya yang makin lemah serta beliau sendiri mengalami kemurungan..akhirnya minggu lepas, beliau meninggal dunia.”

Pemuda: “Innalillahi wainna ilaihi raaji’un.”

Doktor: “Ada sesuatu beliau tinggalkan untuk kamu.”

Doktor menyerahkan sesuatu pada pemuda itu. Sepucuk surat dan sepasang baju.

Perlahan-lahan dibacanya,

“Awak, ingat tak baju ni? Ini adalah baju nikah awak. Awak tahu tak, baju ni saya jahitkan sendiri untuk awak. Seminggu saya belajar jahit sampai luka-luka jari. Tak pandai sangat. Tapi, alhamdulillah siap juga. Sangat gembira bila awak pakai di hari pernikahan kita.

Awak, mungkin kasih saya ni, awak tak dapat terima disebabkan kisah silam saya. Namun, janganlah awak tolak hati saya yang berada dalam diri awak sekarang. Ini hadiah saya untuk awak sebab sudi mengambil saya sebagai isteri.

Walaupun tidak sampai 24 jam, awak tetap suami dunia dan akhirat.

Maaf bila saya tak sempurna.”

Pemuda kehilangan kata-kata. Tumpah seribu air mata. KOPILEKAT




0 comments:

Post a Comment