Orang kata, air yang dimasuki semut ni jika diminum bersama-sama semut tersebut, orang yang meminum’nya juga akan menjadi bodoh seperti semut. Tapi semut tu bodoh ke? Semut lebih bijak dari serangga lain sebenarnya. Jadi betulkah jika terMinum Air Semut Akibatkan 40 Hari Jadi Gelap? Apa pula hukumnya jika terminum air yang dimasuki semut?
Soalan:
BOLEHKAN kita minum air yang sudah dimasuki semut. Apakah ada kesannya ke atas diri kita? Benarkah ia boleh menjejaskan daya ingatan kita.
Jawapan:
Di dalam buku Prinsip Utama Makanan Dan Minuman dalam Islam yang diterbitkan oleh Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri merumuskan bahawa pada umumnya Islam menetapkan benda di dalam dunia ini kepada tiga kelompok;
i. Yang halal dijadikan makanan adalah yang terdiri daripada benda yang memberi kesihatan dan tidak memudaratkan badan. Makanan ini disuruh makan.
ii. Benda haram seperti najis, kotor dan tercemar yang membahayakan kesihatan dan akal fikiran haram atau tidak harus dimakan yang mana berdosa sekiranya melanggarnya.
iii. Benda yang makruh iaitu harus dimakan tetapi lebih baik ditinggalkan.
Semut adalah binatang yang haram dimakan walaupun semut besar dilarang membunuhnya kerana apa yang dimaklumi ia memakan apa juga makanan sama ada yang bersih ataupun kotor . Pergerakan yang melata juga secara tidak langsung kemungkinannya membawa najis atau kuman pada badannya. Cuma tidak ada hukum tegas iaitu haram meminum atau memakan makanan atau minuman yang dimasuki semut kerana ada sedikit kesukaran dalam mengawal semut daripada memasuki air atau makanan.
Semut adalah binatang yang tidak mengalir darahnya. Bangkai semut adalah najis yang dimaafkan. Namun, masuk semut pada minuman itu, hukumnya ada 2 keadaan:
1) Semut masuk dalam keadaan sudah mati
Semut itu sudah menjadi bangkai tetapi jika masuk atas ikhtiar manusia, seperti memasukkan gula yang ada bangkai semut, maka air itu najis, tidak boleh diminum. Kalau masuk bukan ikhtiar manusia, contoh seperti ditiup angin selagi tidak mengubah sifat air, maka boleh diminum dengan syarat membuang dulu bangkai semut itu.

2) Semut masuk dalam keadaan hidup
Jika semut itu mati sendiri di dalam air, atas sebab ikhtiar manusia, maka air itu najis dan tidak boleh diminum. Ini boleh berlaku kerana air itu ditapis atau memasukkan gula yang ada semut, atau memasukkan air yang di dalam cawan mengandungi semut. Jika bukan dengan ikhtiar manusia, seperti ia masuk dengan sendirinya atau ditiup angin, maka tidak najis dan boleh diminum dengan syarat bangkai semut itu dibuang dahulu.

Kesimpulannya, Islam mengajar prinsip dan garis panduan itu, umat Islam disarankan agar berhati-hati dalam memilih makanan, minuman serta jangan bersikap acuh tidak acuh kerana makanan dan minuman akan menjadi darah daging. Ia boleh mempengaruhi, sikap, perwatakan dan pemikiran seseorang.
Dikata ilmu sukar melekat atau menjejaskan daya ingatan sekiranya minum air mengandungi semut mungkin disebabkan prinsip dan garis panduan halalan toyyiban yang wajib diamalkan oleh orang Islam dalam memilih apa yang boleh dimakan dan apa yang tidak boleh dimakan mahupun makruh dimakan. Tak ada hadith dalam pengetahuan kami mengenai gelapnya hati jika makan semut. Cuma dalam hadith Ibn Abbas, diharamkan membunuh semut. (Bulughul Maram, hadith # 1350), sahih. Lagipun jika TERtelan, maka sudah tentu manusia tidak dikenakan sebarang hukum, jika dgn sengaja pulak makan semut, maka ini suatu yg pelik. Oleh itu, janganlah sengaja menapis air gula yang dimasuki semut, apatah lagi semut itu mati di dalamnya.
Wallahualam
0 comments:
Post a Comment