Filled Under:

Hanyut di lautan lebih setahun,minum darah dan air kencing

Jose Salvador Alvarenga

Majuro (Kepulauan Marshall): Seorang nelayan yang hanyut 14 bulan di Lautan Pasifik menyambung hidup minum dengan hanya meminum darah penyu selain makan ikan dan camar mentah sepanjang tempoh berkenaan. Jose Salvador Alvarenga yang kini digelar Lelaki Ajaib Pasifik juga minum air kencingnya sendiri untuk mengelak kehausan.

Namun dia gagal membantu rakannya berusia antara 15 hingga 18 tahun dikenali sebagai Ezekiel yang meninggal dunia kira-kira empat minggu selepas bot dinaiki mereka mengalami kerosakan enjin pada 21 Disember 2012. Ezekiel mati kerana tidak dapat menelan atau menghadamkan daging mentah.

Alvarenga berkata, dia terpaksa melepaskan mayat Ezekiel ke laut, namun enggan menceritakan insiden itu lebih lanjut. “Saya sedih apabila mengenangkan Ezekiel namun bersyukur masih hidup. “Sukar percaya saya terselamat. “Saya tidak dapat ingat apa yang berlaku sepanjang tempoh itu. Apa yang ada dalam memori saya cumalah lautan yang luas.“Saya terselamat kerana tidak henti berdoa,” katanya.

Menurutnya, dia dan rakannya pada mulanya cuba mendapat bantuan nelayan namun gagal. Bot dinaiki mereka hanyut lebih 12,500 kilometer dari El Salvador dan dipukul ombak ketika cuaca ribut sebelum akhirnya menemui daratan di Ebon Atoll.

“Saya bernasib baik bot terlanggar sesuatu lalu saya terus mengumpulkan tenaga dan semangat untuk berenang ke daratan. “Jika tidak mungkin saya terus hanyut. Tidak mungkin saya terselamat dalam keadaan itu,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, dia terlelap keletihan di bawah pokok kelapa tanpa menyedari ada perkampungan di situ.
Penduduk yang menemuinya terkejut apabila mendapati Alvarenga yang berambut panjang dan berjambang lebat dengan pakaiannya yang hampir reput akibat berada di laut tidak ubah seperti watak dimainkan Tom Hanks dalam filem Castaway. 




0 comments:

Post a Comment