Filled Under:

Warga Emas Pakai Kostum “Winnie The Pooh” Punyai 7 Isteri Dan Rumah Besar


Beberapa hari lepas menjadi viral di laman sosial terutamanya Facebook apabila tersebar gambar seorang lelaki warga emas dari negara seberang mencari rezeki dengan memakai sut Winnie the Pooh di sekitar kawasan Lippo Mall Sidoarjo, Jawa Timur.

Beliau yang dikenali dengan nama Suardi, 74, telah berjaya meraih simpati orang ramai bukan sahaja di Indonesia malahan di Malaysia.



Dia sebelum ini menceritakan kepada media yang menemuramahnya bahawa dia hidup sebatang kara dan pernah diserang penyakit strok dua tahun lalu.




Nampaknya tembelang warga emas tersebut akhirnya pecah selepas menjadi viral, pihak berkuasa Indonesia telah membuat siasatan dan hasil dari siasatan tersebut ternyata maklumat yang diperolehi amat mengejutkan.

BACA: Kisah Lelaki Tua Memakai Kostum “Winnie The Pooh” Untuk Meneruskan Hidup Mendapat Perhatian Ramai

Memetik laporan Merdeka.com, hasil siasatan Dinas Sosial dan Tenaga Kerja (Dinsosnaker) Indonesia, dia bukanlah hidpu sebatang kara seperti yang didakwa sebelum ini sebaliknya dia mempunyai tujuh orang isteri, lima orang anak dan sebuah rumah besar.

“Dari hasil itu, dalam satu tahun dia bisa membeli rumah di Mojokerto, beli motor Yamaha Vixion dan motor matik. Istrinya saja ada tujuh. Katanya istri saya cuma tujuh saja. Cuma tujuh. Loh ini bener dari pengakuannya sendiri. Entah istri-istrinya yang lain meninggal atau cerai, kita tidak tahu. Yang jelas, dia bilang istrinya tujuh,” dipetik dari Merdeka.com.

Hasil pemeriksaan rekod kesihatannya pula, pihak berkuasa mengesahkan Suardi tidak menghidap sebarang masalah kesihatan.

Nampaknya warga emas ini telah berjaya memperdayakan puluhan juta rakyat Indoensia dan Malaysia, apapun bak kata perpatah ' Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua' - Siakapkeli.my




0 comments:

Post a Comment