Filled Under:

Bagaimana Cara Menjaga Bibir Tetap Lembab Selama Puasa

Cara Menjaga Bibir Tetap Lembab Selama Puasa

Bagaimanakah cara menjaga bibir tetap lembab selama puasa?? Soalan itu mungkin pernah ada dalam benak anda bukan? Kerana selama berpuasa, bibir akan kering dan pecah-pecah. Hal tersebut tentunya akan mengganggu penampilan anda. Anda harus tetap cantik dikala puasa. Agar penampilan anda tetap terjaga, ada beberapa cara menjaga agar bibir kekal lembab selama puasa, berikut adalah tipsnya. 


1. Salah satu penyebab bibir kering dan pecah-pecah adalah tubuh kekurangan air, maka cukupi keperluan air masa sahur dan berbuka puasa agar cecair tubuh anda yang hilang selama berpuasa boleh ditukar ganti. 

2. Cukupilah keperluan serat anda. Untuk mencukupinya, anda perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Selain itu buah segar juga mengandungi vitamin yang baik untuk tubuh anda. 

3. Cukupilah keperluan vitamin B, zat besi, atau asid lemak perlu. Kekurangan nutrisi tersebut boleh mengakibatkan bibir berkerak dan pecah-pecah di bahagian sudut. 

4. Jangan terlalu banyak makanan masin. Salah satu sifat garam adalah mengikat air. Akibatnya, anda akan mudah haus dan cepat mengalami dehidrasi. 

5. Saat bibir mengering jangan menjilatnya kerana saliva cepat mengering dan menyapu selaput tipis yang melindungi bibir. Anda boleh memakai Lip Balm dipagi ataupun malam hari. 

6. Selain Lip Balm, anda juga boleh menggunakan campuran minyak zaitun dan madu asli. Campurkan keduanya kemudian sapukan secara tipis dan merata ke permukaan bibir, biarkan beberapa saat kemudian bilas dengan air bersih. 


Demikianlah cara menjaga bibir tetap lembab selama puasa, semoga bermanfaat untuk anda.




0 comments:

Post a Comment