Filled Under:

Kementerian Kesihatan Sedang Kaji Untuk Mengenakan Cukai Berdasarkan Kuantiti Gula Dalam Minuman


KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan dikatakan sedang meneliti satu cadangan baru untuk mengenakan cukai berdasarkan kandungan gula dalam minumana bagi mengelakkan pengambilan gula berlebihan di dalam minuman terutama minuman bergas yang diketahui mempunyai kandungan gula yang tinggi.

Berketa demikian, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata, cedangan ini berikutkan penyakit yang disebabkan pengambilan gula berlebihan semkain meningkat sejak kebelakangan ini.

"Kita sudah bincang dengan pemain industri berkaitan cadangan ini dan kita masih membincangkan kaedah paling optimum untuk mengurangkan pengambilan gula di kalangan rakyat.

"Setakat ini kita ada beberapa cadangan dan kami sedang meneliti akan keperluan untuk mengenakan cukai ke atas kandungan gula dalam minuman terutamanya minuman bertin,"katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa gula bukanlah makanan asas untuk rakyat Malaysia di mana manusia boleh hidup tanpa pengambila gula.

Oleh itu, cadangan baru ini sedang diteliti oleh pihak Kementerian Kesihatan bagi memastikan kesihatan rakyat lebih terjamin dan penyakit disebabkan pengambilan gula berlebihan boleh dielakkan. - Siakapkeli.my






0 comments:

Post a Comment