Filled Under:

Yana Samsudin Tinggalkan Metrowealth

Daripada seorang yang tidak dikenali, nama Yana Samsudin menjadi semakin popular apabila bernaung di bawah Metrowealth. Dengan David Teo sebagai mentor, tak salah untuk katakan Yana adalah salah seorang daripada “Top 5″ pelakon wanita di Malaysia. Namun akhirnya setelah 11 tahun jatuh bangun bersama, Yana dan Metrowealth berpisah jua.




Menerusi akaun Instagram MIGOnline, dapat dilihat satu majlis kecil-kecilan meraikan pemergian Yana Samsudin telah dilakukan. Antara caption yang ditulis ialah:-

Farewell party for our Kak Yong. 11 tahun bersama #mig pelbagai suka duka yang ditempuhi bersama. Jatuh bangun #metrowealth berlaku depan mata Yana. Semoga Yana sukses di luar sana. Menjadi artis yang serba boleh



Semoga Yana Samsudin akan terus maju dalam bidang hiburan walaupun tidak lagi bernaung di bawah Metrowealth. Rasanya nama Yana sudah cukup besar untuk bergerak sendiri. Namun yang penting, jangan lupakan jasa dan budi baik mereka yang telah banyak membantu Yana selama ini. Good luck buat Yana. All the best dalam menempuh masa akan datang.




0 comments:

Post a Comment