Filled Under:

Sharifah Zarina beri tempoh 14 hari kepada Jom Sembang untuk minta maaf

Sharifah Zarina Beri Pengajaran Pada Penulis Blog Tidak Beretika
Sharifah Zarina Beri Pengajaran Pada Penulis Blog Tidak Beretika
PETALING JAYA: Penyanyi Sharifah Zarina memberitahu tindakannya menyelar pengendali sebuah blog hiburan yang memuat naik gambarnya di laman blog mereka sebagai satu pengajaran yang perlu dijadikan iktibar.
Sharifah Zarina, 32, berkata, dia mahu penulis blog tersebut bertanggungjawab diatas kesalahan yang telah memalukan dan menjatuhkan imejnya sebagai seorang artis.

“Saya tahu siapa dia dan alamat dimana blog berkenaan beroperasi, namun saya sengaja ingin memberitahu media tentang perkara ini agar ia dijadikan iktibar dan penulis berkenaan tidak mengulangi kesalahan ini lagi.
“Saya juga mahu blog-blog hiburan terutamanya yang berdaftar lebih beretika dalam menyiarkan berita-berita mereka.
“Cara mereka mencuri gambar dan meletakkannya pada cerita yang salah telah menyebabkan saya dan keluarga menanggung malu,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.
Sharifah Zarina berkata demikian ketika diminta mengulas tentang laporan di sebuah program hiburan tentang penyalahgunaan gambar penyanyi ini oleh sebuah blog hiburan.
Blog hiburan bernama Jom sembang tersebut menggunakan gambarnya dengan cerita yang mengaibkan.
Dalam pada itu, tambah Sharifah Zarina, dia juga memberi tempoh selama 14 hari sebelum mengambil tindakan saman kepada blog hiburan terbabit jika tidak memadam gambar-gambarnya dan tampil meminta maaf.
“Dia ambil gambar saya untuk cerita yang tiada kena mengena langsung, malah cerita tersebut tentang mangsa rogol.
“Dia juga tidak menulis gambar tersebut sebagai gambar hiasan, saya sedari perkara ini apabila ramai rakan-rakan dan peminat menyatakan kurang senang dengan perkara itu,” katanya.
Oleh itu, Sharifah Zarina telah membuat laporan polis pada Khamis lalu di Balai Polis Kampung Subang.
Dalam perkembangan lain, penyanyi yang terkenal dengan lagu Langit Ketujuh ini juga kini tampil dengan imej bertudung.
Dia juga baharu sahaja keluar dengan single berjudul Memandang Awan.




0 comments:

Post a Comment