Filled Under:

Qi Razali & Nelydia Senrose Bercuti Bersama


Benarlah kata orang, waktu bercinta memang paling manis dan mengujakan hingga seseorang itu mampu melakukan apa sahaja untuk pasangannya tanpa banyak soal.

Begitu juga dengan pelakon dan pengacara, Qi Razali yang sanggup terbang ke London untuk memberi kejutan kepada kekasih hatinya, Nelydia Senrose.

Untuk pengetahuan anda, Nelydia telahpun berangkat ke London terlebih dahulu pada penghujung Januari lalu sebelum Qi menyusul tanpa disangka beberapa hari kemudian.


Pastinya kehadiran Qi dan rakan-rakan lain mampu memberikan kenangan yang lebih manis buat aktres cantik kelahiran Kelantan ini untuk menikmati percutiannya di Kota London.

Malah pasangan kekasih ini juga sempat meluangkan masa menonton perlawanan bola sepak antara pasukan Arsenal dengan Crystal Palace di Emirates Stadium.

Biarpun pelbagai kontroversi melanda pasangan ini berkaitan sikap Qi yang cemburu melihat aksi intim kekasihnya dengan Sharnaaz Ahmad menerusi sebuah drama, namun nampaknya perkara itu tidak menghalang mereka untuk terus menguatkan hubungan percintaan yang telah terjalin selama setahun ini.

Qi-12




0 comments:

Post a Comment