Shanie Hisyam Umum Tarikh Nikah


Seperti yang kita sedia maklum, Syanie telah pun mengikat tali pertunangan dengan seorang jejaka yang lebih muda darinya, Nadi Putera di sebuah majlis yang ringkas di Putrajaya yang hanya dihadiri keluarga terdekat.


“Selama 11 tahun bercerai bukan tidak pernah berkenalan dengan lelaki lain tapi apa boleh buat, bukan jodoh. Saya akui, tujuh tahun lalu pernah berkawan rapat dengan Putera tapi ketika itu dia terlalu muda.

“Tidak sangka pula kami boleh bertemu kembali dan memutuskan untuk berkahwin dalam masa yang singkat,” ujarnya yang ditemui pada majlis pelancaran Masterchef Malaysia All Stars di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Selepas 11 tahun memegang gelaran janda, Syanie melihat institusi perkahwinan dalam radius yang lebih berbeza daripada sebelum ini.



“Sudah tentu saya rasa sangat takut untuk kembali mendirikan rumah tangga selepas 11 tahun tapi saya enggan membazirkan masa lagi.

“Keluarga kedua-dua belah pihak pun sudah kenal antara satu sama lain dan saya belajar satu perkara daripada kegagalan lepas iaitu komunikasi,” tambah Syanie.

Syanie akan berkahwin dengan Nadi Putera pada 1 Mac 2013 iaitu pada tahun hadapan. Kita doakan yang terbaik buat Syanie dan pasangannya semoga apa yang dirancang, akan berjalan dengan lancar.


Kejam : Mayat Wanita Ditanam Di Dalam Dinding

Terkejut: Ahli keluarga Voon menunggu di luar banglo, lokasi mangsa dibunuh dan ditanam di dalam dinding di Brunei.

 BANDAR SERI BEGAWAN: Seorang wanita warga Malaysia berusia 39 tahun ditemui mati dan mayatnya ditanam di dalam dinding sebuah rumah milik kawannya di sini.


Voon Su Ching yang menjalankan perniagaan cuci kereta dan baik pulih di Brunei pergi ke rumah kawannya itu untuk menjaga banglo tersebut kerana pemiliknya balik ke kampung halaman sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina.

Voon diberi segugus kunci banglo terbabit. Apabila pemiliknya pulang ke rumah pada malam Ahad, dia menyedari dinding simen setinggi 3 meter yang meragukan di taman rumahnya.

Malah, bau busuk turut dihidu dari dinding tersebut. Dia membuat laporan polis pada keesokkan harinya dan membawa kepada penemuan mayat Voon, lima hari selepas dia dilaporkan hilang pada Rabu.

Difahamkan pembunuh telah menutup mayat Voon dengan beberapa keping zink sebelum menanamnya dengan simen. Polis menahan seorang lelaki dalam usia lingkungan 40-an untuk membantu siasatan.

Dia didapati menghantar dua trak simen ke banglo tersebut. Polis masih mengenal pasti motif pembunuhan. Menurut khabar angin, Voon menjalin hubungan dengan seorang profesor dan telah membawanya bertemu dengan beberapa rakan baru-baru ini.

Rakan-rakannya menyifatkan Voon sebagai seorang periang dan peramah yang gemar berjenaka dengan mereka.-mstar


KAHWIN BARU - ADDA BUTTERFLY KEKAL ISTERI KEDUA

Masih ingatkah anda dengan Adda Butterfly yang tidak berapa lama dahulu pernah berkahwin hanya 17 hari? Namun berita terkini mengenai adik kepada Rody Kristal ini akhirnya penuh cerita indah apabila dia menemui kebahagiaan. 



Ini kerana, pada 12 Oktober 2013 lalu, Adda telah bergelar isteri buat kali kedua kepada ahli perniagaan dari Sabah. Namun bukan jadi isteri pertama, tetapi Adda tetap jadi isteri kedua seperti sebelum ini. 

Menurut Adda, dia sudah lali dengan pandangan serong masyarakat. Meskipun suaminya bukan orang kaya, namun dia rasa bahagia apabila dijodohkan dengan lelaki tersebut. 

"Seperti orang lain saya juga mahukan kasih sayang, salahkah kalau memang sudah tertulis saya akan berkongsi. Pada saya ini semua jodoh, dan saya juga mempunyai hak untuk merasa bahagia," ujarnya yang kini kelihatan sudah bertudung. 

Saat dijabkabul...

Wajah suami Adda (kanan)...
 

 

 

info - my artis


Adam, Fatin nikah 21.12.13

ADAM dan Fatin sudah mencapai kata sepakat untuk bergelar suami isteri.

MELALUI laman sosial Instagram, kelihatan pelakon muda, Fatin Nur Afifah Shamsudin yang dahulunya pernah popular menerusi filem Tentang Bulan, bersama Adam Shah, secara terbuka berkongsi kisah hidup mereka.
Foto-foto yang dimuat naik tersebut sudah cukup menceritakan kisah dua pelakon ini yang mereka kini sedang saling bercinta.
Ketika bertemu dengan mereka pada majlis pencalonan Anugerah Skrin 2013 di Kuala Lumpur baru-baru ini, pasangan kekasih tersebut hadir bersama.
Adam dan Fatin ternyata sudi berkongsi kisah gembira, malah mereka berterus terang tentang majlis pertunangan dan pernikahan mereka yang bakal berlangsung sekali gus pada bulan Disember ini.
Ikuti temu bual Kosmo! bersama Adam dan Fatin tentang keputusan mereka itu.
Adam juga mengulas tentang kontroversi yang pernah melanda Fatin sebelum ini yang didakwa menjalinkan hubungan dengan seorang pengkid bernama Puteri Sarah atau nama ringkasnya, Putt.
Kosmo!: Sudah berapa lama anda mengenali antara satu sama lain?
FATIN: Saya sudah lama kenal Adam sebelum dia mula berlakon dalam drama Juvana lagi, namun mula rapat dan bercinta pada awal tahun ini.
Kelihatan anda berdua sering memuatnaik foto-foto mesra melalui laman Instagram dan ini bermaksud anda terbuka dengan kisah cinta. Adakah anda berdua tidak risau kelak orang memperkatakan tentang hal ini?
ADAM: Pada saya, instagram merupakan hak privasi kami. Jadi, konsepnya mudah sahaja, jika suka follow, jika tidak suka unfollow.
FATIN: Ya, betul.
Berbalik kepada soalan yang mengatakan Adam mengawal Fatin. Adakah ia bermaksud seperti mengongkong?
FATIN: Bukan begitu.Ia bermaksud dia mengawal saya daripada membuat perkara yang tidak baik. Dia mengajar saya untuk membuat perkara yang baik.
Bilakah kalian bakal melangsungkan pertunangan dan pernikahan?
ADAM: Pada mulanya perancangan kami ingin bertunang terlebih dulu pada tarikh 21 Disember ini dan bernikah pada bulan April tahun hadapan. Namun, disebabkan oleh bapa Fatin yang akan berangkat ke luar negara atas urusan kerja, jadi kami awalkan pernikahan pada tarikh 21 Disember itu.
Setelah berbincang dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak kami akan melangsungkan pertunangan pada pagi hari tersebut disusuli majlis khatam al-Quran.
Majlis akad nikah pula pada sebelah petang selepas waktu Asar yang bertempat di rumah keluarga Fatin di Puchong.
T


Polis wanita



-





-






--





-






--





-






--





-






--





-






-


ada siapa2 nk masuk lokap x?,hehe



AWAS SI PENIPU!!!


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
sumber


Yazer Terpaksa Berjimat Untuk Nikahi Ekin

Yazer terpaksa tangguh hasrat berkahwin kerana 
ingin mengumpul wang terlebih dahulu.

Penyanyi Yazer mengakui terpaksa mengambil langkah untuk berjimat-cermat semata-mata untuk wang sebelum melangsungkan perkahwinan bersama kekasihnya, Ekin (AF3).

Yazer berkata, kos hidup yang tinggi di Kuala Lumpur telah memaksanya untuk tidak terlalu boros tambahan pula undangan nyanyian untuknya tidak serancak seperti sebelum ini.

"Saya berbelanja mengikut keperluan kerana sedar persembahan pentas bukannya selalu ada dan saya berjimat kerana ingin mengumpul wang untuk berkahwin.

"Keadaan ekonomi saya yang tidak stabil turut menjadi punca mengapa saya dan Ekin masih belum mengambil keputusan untuk berkahwin," jelasnya kepada mStar Online.

Bagaimanapun kata Yazer percintaannya dengan Ekin yang telah melangkau lima tahun itu semakin utuh kerana mereka mengharungi susah senang bersama-sama.

Ekin dan Yazer telah bercinta selama lima tahun.

"Boleh sahaja kalau saya nak berkahwin walaupun keadaan ekonomi diri yang tidak menentu tetapi perbuatan itu adalah tidak manis.

"Saya ingin mengumpul wang terlebih dahulu kerana sedar tanggungjawab untuk bergelar suami bukan mudah dan perkahwinan bukan perkara kecil yang boleh dibuat main-main," katanya.

Tambah Yazer, Ekin sangat memahami situasinya dan turut bersetuju untuk menangguhkan perancangan berkahwin buat masa ini.

Dalam perkembangan lain, Yazer berkata, dia sedang dalam proses menyiapkan lagu terbaharunya bersama syarikat milik Datuk M.Nasir iaitu Luncai Emas.

Jelas Yazer, lagu tersebut bakal berkonsepkan kemanusiaan dan berharap ia dapat diterima baik oleh pendengar.
sumber: http://mstar.com.my/


Tangan Lana Nordin tak disenangi Zizan

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
lana nordin seksi

SHARE THIS!


DATO' SITI NURHALIZA TEGUR KRITIKAN KJ?

dato siti nurhaliza tegur kritikan kj

KUALA LUMPUR, 12 NOV 2013: Baru sahaja tengahari tadi Murai Batu baca dan tengok video YB Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan kita yang muda dan kacak itu di Murai.com.my di mana dia memberikan ucapan selepas diumumkan sebagai pemenang untuk kategori Wired Celebrity Award di Shout! Awards yang berlangsung Sabtu lepas.


Bukan main lagi dia memberitahu para penyokong dan pengikutnya serta mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyokongnya selama ini dan juga mengundinya untuk membawa pulang anugerah tersebut.

Tup tup petang tadi Murai Batu terbaca pula tweet daripada penyanyi nombor satu kita tak lain dan tidak bukan Dato’ Siti Nurhaliza yang dilihat menyuarakan pendapatnya mengenai tindakan YB Khairy Jamaluddin atau KJ yang disifatkan terlalu lantang dan seakan biadap terhadap pemimpin yang lebih veteran.

Siti Nurhaliza @CTNurhaliza11- Sbg Menteri Muda &being look up,rasanya @Khairykj perlu menggunakan pendekatan yg lebih berhemah.lantang x perlu biadap dgn yg lebih tua.

Pada pandangan Murai Batu ia berbunyi seperti teguran serta pendapat Dato’ Siti Nurhaliza yang juga merupakan individu yang disegani oleh ramai.

Jadi dia merasakan sebagai seorang yang mempunyai nama haruslah berhemah jika mahu mengeluarkan sebarang kenyataan agar tidak menyinggung.

Jangan nanti teguran yang ingin disampaikan menjadi satu komen negatif kalau salah atur kata, betul tak? Punca sebenar mengenai status yang dimuatnaik oleh @CTNurhaliza11 itu pada tengahari tadi tidaklah pula Murai Batu tahu mengapa tetapi melalui pemerhatian dan ada juga Murai Batu bertanyakan teman yang meminati arena bolasepak negara, khabarnya kerana YB KJ lantang mengkritik Presiden FAM iaitu Sultan Ahmad Shah.

Tetapi Dato’ Siti telah menjelaskan bahawa status yang dimuatnaiknya itu sekadar pendapat peribadi sebagai seorang rakyat Malaysia yang bebas bersuara apabila dirasakan sesuatu yang kurang manis berlaku.

Ia pula melibatkan kritikan daripada seorang pemimpin kepada seorang pemerintah yang berdarah raja, kalau salah bicara lain pula jatuh hukumnya. Betul tak?

Itu apa yang Murai Batu rasakan lah. Apa-apa pun kita lihat ia daripada sisi positif sahaja. Bukan mahu mengeruhkan keadaan, sekadar berkongsi dengan pembaca sekalian. Mungkin anda ada pandangan anda sendiri? Murai Batu jalan dulu okay? Adios!