2kg Rambut, Kapur Dalam Perut


NEW DELHI – Apabila seorang remaja mengadu tidak boleh makan atau minum selama beberapa hari, sekumpulan doktor memutuskan untuk mencari puncanya.



Tidak seperti dijangka, apa yang mereka temui sangat luar biasa. Di dalam perut remaja perempuan itu ialah gumpalan rambut seberat hampir dua kilogram yang tersangkut di antara perut dan usus kecilnya.

Pakar perubatan India mendapati, remaja berusia 19 tahun itu mempunyai tabiat suka memakan rambut sendiri, selain kapur tulis jika dia berada di sekolah. Gabungan ‘makanan’ aneh itu kemudian berkumpul dalam tubuh remaja terbabit sebelum lama-kelamaan menjadi besar.

Sepasukan pakar bedah dimaklumkan mengenai penemuan itu selepas remaja terbabit – dari Rajgarh dan Madhya Pradesh – berkunjung ke Hospital the Maharaja Yeshwantrao di Indore bulan lalu. Diketuai Dr Parvinder Singh Lubana, mereka akhirnya berjaya mengeluarkan gumpalan rambut yang ‘membungkus’ kapur berkenaan.

Seorang daripada pakar bedah itu, Dr Amit Agarwal, berkata saluran usus remaja terbabit tersumbat menyebabkan dia tidak boleh mengambil makanan atau minuman selama beberapa hari. Bagaimanapun, gumpalan rambut itu bukanlah yang terbesar pernah dikeluarkan dari tubuh seseorang dalam tempoh beberapa tahun lalu.

Pada November 2007, doktor di Amerika Syarikat (AS) menemui gumpalan rambut seberat hampir lima kilogram dalam perut seorang remaja perempuan. Berusia 18 tahun ketika itu, remaja terbabit mendapatkan bantuan doktor selepas mengalami kesakitan dan bengkak perut selama lima bulan.

Imbasan menunjukkan ada gumpalan besar di bahagian perut remaja terbabit. Lima hari selepas dikeluarkan, pesakit kembali makan secara normal dan dibenarkan pulang. – DM


Kisah Sedih Kanak-Kanak Separuh Badan [Gambar]

Ini adalah Qian Hongyan , seorang kanak10 tahun yang tinggal di China.Qian kehilangan kedua – dua kakinya dalam kemalangan kereta pada tahun 2000 semasa beliau hanya berusia empat tahun. Membesar di luar bandar Luliang daerah, wilayah Yunnan barat daya China .


Gambar- gambar ini, yang diambil pada tahun 2005 apabila Qian hanya berusia 10 tahun , menunjukkan bagaimana. Qian belajar untuk berjalan menggunakan tangannya , dengan menggunakan potongan bola keranjang yang di potong setengah. Menurut agensi berita Xinhua , dia digelar ” gadis bola keranjang ” oleh penduduk tempatan.

Pada tahun 2005 , setelah mendapat perhatian dalam akhbar Cina , Qian di jemput ke Beijing untuk menerima bantuan kaki tiruan percuma di China  Pusat Penyelidikan Pemulihan, pusat yang telah menyediakan bantuan kepada golongan kurang upaya di China selama lebih 20 tahun.


Xinhua melaporkan bahawa Qian dilahirkan dari sebuah keluarga miskin, dan bahawa dia terpaksa menerima hakikat bahawa apabila rawatan perubatan beliau berakhir pada tahun 2007, dia tidak akan dapat meneruskan pelajaran beliau dengan rakan- rakannya .

Walau bagaimanapun , Qian mendapati peluang lain . Beliau menyertai kelab renang tempatan untuk orang kurang upaya , yang pertama seumpamanya di negara ini , yang ditaja oleh Wilayah Persekutuan Yunnan Orang Kurang Upaya .

Pada mulanya , dia mendapati agak sukar .

“Saya terpaksa berusaha lebih daripada kanak-kanak lain apabila saya belajar untuk berenang, ” Qian memberitahu China Daily pada tahun 2011. ” Ia seolah- olah tidak ada cara saya boleh terapung di dalam air. Saya sebak. “

Bagaimanapun, beliau kemudian menjadi atlet yang berjaya, latihan selama empat jam setiap hari . Beliau berharap untuk satu hari pingat kemenangan untuk negaranya dalam Sukan Paralimpik.

Kejayaan beliau boleh menandakan nasib yang berubah-ubah orang kurang upaya China. “Pada masa lalu,” kata jurulatih beliau, Li Ke-qiang, memberitahu BBC pada tahun 2008 , “orang hina orang kurang upaya. Mereka fikir mereka semua pengemis, hanya meminta wang.”

“Tetapi sekarang, apabila mereka melihat perenang kurang upaya seperti ini, mereka boleh melihat bagaimana keras mereka berusaha sendiri. Dan itulah satu permulaan.”



Gambar Hot Seksi Wanita Parti



Hari ini, satu set gambar yang di’dakwa memaparkan gelagat seorang artis wanita Malaysia mula tersebar dan menimbulkan spekulasi tentang identiti sebenar beliau.


Beberapa keping gambar yang ada jelas menunjukkan perilaku yang kurang sihat terjadi di parti liar ini termasuklah hubungan seks dan aktiviti menghisap ganja.


Ikhlasnya, kami tidak mahu bikin panas atau menambah dosa di bulan mulia yang penuhkeberkatan ini. Anggaplah kemungkinan gambar-gambar ini sekadar gambar 'super impose'.



 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


PETUA ISI MINYAK DENGAN HARGA MURAH ATAUPUN PERCUMA


Ni petua yang baru aku dapat dari petugas stesen minyak petronas selayang.... masa-masa tengah gawat dengan harga minyak naik melambung ni tentu korang nak isi minyak dengan harga yang dulu atau lagi murah.



Dari dulu aku dengan supervisor minyak ni agak rapat la, so dia rasa aku org yang agak sesuai kot utk dia berikan tips mcm mana nak turunkan harga RM2.52 sen kat pam minyak jadi 1.28 or suka ati korang la nak letak berapa sen... mula2 mmg aku tak percaya... tapi......

1. Korang kena gi kaunter pam tu cakap nak isi penuh bagi le berapapun... dengan mengatakan isi penuh jer korang boleh setting balik hargakat pam korang pilih tu... x kira la pam 1 ke, pam 2 ker jgn pam angin atau NGV

2. korang gi balik kat pam korang tu, dan jgn angkat nozel lagi. 

3. kat pam tu kan ada dua punat2 utk nomor (bukan utk credit card tau)yang bawah pada screen liter tu... kira mcm nak isi manual nyer hargala 

4. korang tekan 'clear' - utk resetkan harga yang kaunter minyak tu set tadi 

5. then korang tekan enter - 3x 

6. then korang tekan '0' , '0', '1', '2', '8' (1.28 sen seliter) atau korang tekan la berapa pun korang suka 

7. pastu korang tekan enter - 3x sekali lagi 

8. tekan butang clear - 2x 

9. Then korang tekan berapa puluh korang nak isi 

10. Tekan enter lepas dah masukkan nilai isian pastu...
 supervisor petrol pam akan jumpa korang

"woi apa ko buat ni... main tekan-tekan ni... xde keje lain ker...!!!!"so korang dengan muka tersipu-sipu isi jer la minyak dengan harga baru kerajaan


Jangan Buat Semasa Tidur



1. Jangan memakai jam tangan ketika tidur.

Mungkin ada di antara korang yang terlupa untuk membuka jam tangan yang korang pakai sebelum tidur. Sebenarnya jam tangan boleh mengeluarkan radioaktif. Walaupun jumlahnya tidak banyak, sedikit sebanyak ia memberikan kesan yang negatif terhadap kesihatan anda.

*aku bukan pemakai jam. jadi aku tak payah nak tanggalkan jam...


2. Jangan tidur dengan handphone di sisi anda.

Para saintis percaya bahawa, jika kita meletakkan telefon bimbit bersebelahan anda ketika tidur, ia akan mengeluarkan sejenis gelombang yang boleh membahayakan kesihatan anda. Walaupun ada yang berbuat demikian kerana untuk dijadikan sebagai alat penggera. Kalau boleh elakkan.

*yang ni unstoppable habit kot. memang aku letak phone kat tepi nak buat alarm. kalau takde, tak tau la...

3. Jangan tidur dengan muka yang bermekap.

Jika anda tidur dengan muka yang bermekap, ia sebenarnya mendatangkan kesan dalam kualiti tidur anda kerana, muka kita tidak rasa selesa dengan mekap yang belum lagi tertanggal. Selain daripada itu, ia juga menghalang kulit muka anda untuk bernafas dan mendapatkan pengaliran udara yang sepatutnya ketika tidur. Oleh itu, tanggalkan mekap sebelum tidur.

*rasanya aku tak penah pakai mekap semasa hayat aku. apa lagi time tido...

4. Jangan tidur dengan memakai coli.

Hal ini juga penting kerana pakar kesihatan di luar negara mengesahkan bahawa mana-mana wanita yang memakai coli ketika tidur berisiko tinggi untuk menghidap kanser payudara. Memakai coli lebih dari 12 jam juga tidak baik untuk kesihatan wanita.

*sama macam ayat aku kat atas. aku tak penah lagi pakai mende tu semasa hayat aku. mana mungkin tiba-tiba time tido aku nak pakai...

5. Jangan tidur dengan memakai seluar dalam.

Ini untuk kaum lelaki khususnya. Pakailah seluar yang longgar dan tidak terlalu ketat semasa tidur.

*erm...no komen about this. ok dah kot setakat ni...

6. Jangan tidur tanpa seurat benang.

Ia juga mengelakkan diri kita daripada tercedera ketika tidur bagi yang agresif cara tidurnya. Selain itu, ia juga sebagai persediaan untuk menghadapi kecemasan.


10 ADEGAN TAK LOGIK DALAM DRAMA TV TEMPATAN


Untuk renungan bersama...

1. Seorang lelaki berjalan menuju ke pondok telefon dan memasukkan syiling. Kemudian dia mendail nombor yang hendah dihubungi. Setelah sahaja menekan nombor, tidak sampai dua saat dia sudah berkata... Hello. Satu adegan yang tidak logik sedangkan talian telefon memerlukan masa lebih kurang lima saat untuk disambung. Belum dicampur lagi masa yang diperlukan oleh si penjawab bangun, berjalan dan menjawab panggilan. Adegan tidak logik ini memang wujud dalam drama tempatan melayu sejak dahulu hingga kini.




2. Dalam drama bersiri Gerak Khas, sebelum babak perbualan di pejabat polis, kamera fokus diluar ibu pejabat polis dimana terdapat dua anggota polis wanita berjalan seiringan keluar dan masuk... Dua anggota polis berkenaan muncul hampir setiap siri drama tersebut dengan gaya seperti orang berkawat malas.

3. Kebanyakkan filem seram tempatan memaparkan banyak adegan menjerit. Pengarah filem tersebut lupa bahawa sebenarnya penontonlah yang perlu menjerit ketakutan, bukannya pelakon.

4. Jika anda orang utara, pastinya anda meluat dan menyampah bila melihat pelakon-pelakon yang cuba berlakon dan bercakap loghat utara. Ini kerana mereka fikir mereka boleh membawa watak orang utara. Pada hakikatnya tidak.

5. Dalam drama melayu, jika ada babak perbualan antara seorang wanita cina dengan ahli keluarganya, perbualan tersebut dalam bahasa melayu!!! Bukannya bahasa cina. Tetapi dalam drama cina pula, babak perbualan antara wanita melayu dengan ahli keluarganya adalah dalam bahasa melayu juga....

6. Ayat yang sering digunakan dalam drama bersiri Gerak Khas.... "Tuan ada baca akhbar semalam?" .

7. Satu babak dalam drama bersiri slot Samarinda... Seorang lelaki bekerja di pejabatnya... Tiba-tiba handphonenya berbunyi.. Handphone yang digunakan adalah jenis Nokia yang mengunakan ringtone polifonik tetapi bunyi yang kita dengar adalah bunyi handphone biasa (monofonik).

8. Babak ini yang kelakar... Seorang pelakon memberitahu rakannya bahawa dia hendak menulis email kepada seseorang. Dia kemudiannya duduk di hadapan komputer dan mula menaip. Kamera yang ketika itu fokus pada monitor jelas menunjukkan pelakon berkenaan melulis email menggunakan Microsoft Word!!!.

9. Dalam satu adegan dalam sebuah filem, satu babak tembak-menembak telah berlaku diantara polis dengan penjahat. Pihak polis menggunakan sebuah kereta Mitsubishi Lancer (evo berapa tak ingat) sebagai perisai dan berlindung di balik kereta berkenaan. Polis secara berterusan dihujani berpuluh-puluh peluru dari penjahat... Tetapi kereta tersebut hanya kena satu das sahaja.

10. Semua filem seram karya penerbit tempatan akan berakhir dengan mimpi semata-mata. Anda tak perlu lagi ke panggung wayang... (Jika ada filem seram baru) kerana kesudahannya sudah anda ketahui, hanyalah mimpi. Ini adalah garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem....


Inikah agaknya kubur orang kaya?

Hanya ALLAH sahaja yang mengetahui nasib seseorang di dalam kubur!  




Zain Saidin mengamuk tengok foto inii!!!


Status bukan halangan

DUA wajah popular ini tidak pernah digandingkan dalam fotografi, drama atau filem sebelum ini. Awalnya, hero popular, Aaron Aziz dan pelakon seksi, Rozita Che Wan malu-malu, maklumlah kali pertama bertentang mata. Tapi, lama kelamaan mereka nampak serasi dan selesa bekerjasama.Seorang berstatus suami orang, seorang lagi berstatus ibu tunggal. Siapa kata, status suami atau ibu tunggal, tidak mampu pergi jauh dalam dunia persada seni tanah air?
Nyata, Aaron dan Rozita dapat membuktikan, status bukan halangan untuk popular. Aaron, finalis Pelakon Lelaki TV Popular dan Pelakon Lelaki Filem Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011, manakala Rozita dipilih kelompok lima popular dalam kategori Pelakon Wanita TV Popular. Aaron juga antara artis yang diramal bakal diangkat sebagai Bintang Paling Popular, ABPBH 2011.

Bagaimanapun, bukan mudah untuk mengecapi apa yang dimiliki hari ini. Mereka menyusuri perjalanan yang penuh berliku, sebelum mendapat tempat di hati peminat sebagai artis popular. 

Secara jujurnya, Aaron berkata, dia terlalu tertekan apabila ada yang meramalkannya bakal diangkat sebagai Bintang Paling Popular tahun ini. Terlalu besar harapan yang diberikan sehingga sukar untuk memikulnya.

“Saya tidak meletakkan harapan tinggi, biarpun ramai yang meramalkan saya beroleh kemenangan besar tahun ini. Saya bimbang, saya tidak mampu memenuhi impian peminat. Saya lebih selesa berada di kelompok lima popular setiap tahun, menang atau kalah, saya tidak memikirkannya. 
“Saya sedar impak filem Ombak Rindu terlalu kuat mencengkam, tetapi bebanannya juga terlalu besar. Ketakutan saya hari ini jika saya tidak mampu mempertahankan apa yang saya peroleh. Apapun, saya bersyukur jika saya menang, jika kecundang, saya tidak kecewa. Cuma mungkin, saya rasa terkilan kerana tidak dapat memenuhi impian peminat. Jadi, saya berharap peminat tidak terlalu mengharapkan kemenangan saya.”

Anak kelahiran Singapura itu mengakui apa yang dimiliki hari ini adalah atas pengorbanannya. Sebelum bergelar pelakon, dirinya pernah bekerja sebagai pengurus restoran yang menyediakan pelbagai perkhidmatan. Bagaimanapun, gaji hanya cukup-cukup makan.

“Di awal kemunculan sebagai pelakon di Singapura, saya masih belum mampu menarik nafas lega. Jika produksi Malaysia menyediakan makan untuk artis dan kru, berbeza pula dengan produksi Singapura ketika itu, makan tidak disediakan. Apabila tiba waktu makan, produksi akan berhenti dan pandai-pandailah mencari makan. Ada masa saya terpaksa ikat perut sebab tidak berduit.

“Ketika saya mencari rezeki di Malaysia, isteri, Diyanah Halik dan anak sulung, Danish Anaqi terpaksa ditinggalkan di Singapura. Orang tidak tahu ada masanya saya menumpang tidur di rumah kawan, ada ketika saya tidur dalam kereta. Saya selalu menumpang mandi di stesen minyak dan hanya bersiap dalam kereta.

“Duit belanja untuk isteri dan anak tidak seberapa ditinggalkan. Isteri kena berjimat cermat ketika itu. Lagipun bayaran diterima dalam Ringgit Malaysia, apabila ditukar kepada dollar Singapura, jadi sedikit.

“Bagaimanapun, berkat kesabaran saya dan isteri, akhirnya kehadiran saya mula diterima. Saya masih ingat drama Emil Emelda menaikkan nama saya sehingga diterima hari ini. Saya terhutang budi pada produser, Datuk Yusof Haslam dan Erma Fatima, mereka adalah insan yang memberi ruang mengembangkan bakat saya di Malaysia. Inilah dinamakan bersusah-susah dulu, bersenang kemudian,” katanya yang baru saja menandatangani kontrak sebagai artis naungan Astro selama dua tahun dengan dengan pilihan menyambung setahun lagi.

Turut bersama dipelawa menjadi artis kontrak Astro ialah Zizan Razak dan Johan, pada awal Mac lalu.

Aaron yang terlebih dulu mencipta nama dan pernah memenangi Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Pesta Perdana Singapura dan Personaliti Paling Popular Singapura pada 2003, 2004 dan 2005, bagaimanapun terkejut dengan berita mengenai dirinya semakin demand. Dia menafikan dirinya meletakkan harga tidak masuk akal selepas dua filemnya, KL Gangster dan Ombak Rindu mendapat kutipan box-office.

“Saya terkejut apabila tersebar cerita kononnya saya letak harga RM10,000 untuk satu episod drama. Tidak logik saya meminta harga setinggi itu. Saya tidak pernah demand, bayaran untuk saya masih sama. Saya kena fikir, saya mahu bekerjasama dengan produser untuk jangka masa panjang. Kalau hari ini, saya letak harga setinggi itu, sudah tentu produser serik nak ambil saya berlakon lagi. Lambat laun, saya rugi, saya tidak mendapat karya yang bagus,” kata bapa kepada tiga cahaya mata yang mengimpikan membuka yayasan untuk membela nasib insan tidak bernasib baik.

Bukan mudah jaga anak remaja'

BAGI Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta pula terpukul dengan kisah anaknya, Aniq Ezzra, 14, yang merajuk dan melarikan diri dari rumah. Malu pun ada mengenangkan kejadian berkenaan, tapi anaknya, Aniq hanya merajuk seketika. Menghilangkan diri pun hanya beberapa jam saja.

Apabila ditanya adakah anaknya merajuk dek khabar angin mengatakan dia bakal berkahwin dengan ahli perniagaan ternama bergelar Datuk Sri? Che Ta hanya tersenyum, lantas menjawab: “Saya tak kenal pun ahli perniagaan itu, saya tidak pernah berjumpa, jauh sekali bertentang mata dengannya. Saya tidak kecil hati, saya sudah biasa kena gosip dengan Datuk itu, Tan Sri ini, sedangkan hakikatnya, saya tak kenal pun siapa mereka.

“Sebab itulah, saya jarang bergandingan dengan artis lelaki apabila sesi fotografi. Saya takut kena gosip bukan-bukan. Dengan Aaron pun, saya takut, tapi saya lega apabila isterinya ada bersama ketika fotografi. Saya sudah muak dengan cakap-cakap orang, cukup-cukuplah dengan gosip yang lalu.

“Anak saya merajuk dan melarikan diri, hanya kerana kes kecil. Tidak dinafikan, saya ada meninggi suara menyuruhnya pergi menggunting rambut berdekatan rumah. Saya malas mahu menemaninya. Secara kebetulan, malam itu saya sudah berjanji membawa Aniq dan abangnya, Ammar Effendy, 16, keluar makan bersama Zain Saidin. Abangnya duduk di asrama dan keesokannya akan dihantar pulang, jadi saya ingat mahu meluangkan masa dengan mereka.

“Bagaimanapun, lain pula jadinya apabila Aniq tidak pulang hingga malam. Apabila menjenguk ke salun berhampiran, Aniq tiada. Saya mula gusar, saya bersama Zain mencarinya merata-rata. Kami menghubungi kawan-kawannya, tapi mereka juga tidak bertemu Aniq. Apabila sudah tidak tentu arah, saya buat laporan polis.

“Tidak lama kemudian, kawan-kawannya memberitahu ternampak Aniq di rumah seorang kawan mereka. Saya terus pergi dan polis juga sampai sejurus kemudian. Saya mula sedar bukan mudah nak jaga anak remaja. Sebagai ibu, saya mahu menjadi kawan mereka. Kita tidak boleh berkasar atau memarahi mereka sebarangan lagi. Kalau mahu memarahi mereka, ada caranya,” katanya.

Bercerita mengenai buah hati terbarunya, Zain Saidin, Che Ta berkata, dia sayangkan Zain sebagai kawan. Bagaimanapun, belum terbit perasaan cinta padanya, biarpun hubungan mereka rapat.

“Saya tengok Zain lurus dan baik orangnya. Dia juga sangat rapat dengan anak-anak saya sehingga adik beradik saya menggelarnya `kawan anak saya’. Zain pandai mengambil hati anak-anak saya sehinggakan banyak aktiviti dilakukan bersama. Zain lagi rapat dengan anak-anak berbanding saya.

“Hubungan kami akrab sebagai kawan. Bagi saya, dia terlalu muda buat saya yang berusia 39 tahun ini. Jadi, ada baiknya saya berkawan baik dengannya tanpa membabitkan perasaan cinta. Jarak usia saya dengan Zain jauh iaitu 12 tahun. Zain kini berusia 27 tahun. Saya lihat Zain masih ada sifat kebudak-budakan, apatah lagi ketika bersama anak-anak saya. 

“Tidak dinafikan, saya mencari seorang lelaki yang menyayangi saya dan anak-anak. Diakui ada lelaki yang hanya mahukan saya, tetapi anak-anak saya ditolak ketepi. Mana mungkin saya hidup tanpa anak-anak? Walaupun Zain ada ciri-ciri lelaki pilihan, tapi saya tidak fikir dia sesuai untuk saya. Usia kami jauh, saya fikir bila usia mencecah 50 tahun, saya kelihatan tua sedangkan Zain masih muda. Saya tidak berani ambil risiko, kalau boleh saya mahu sehidup semati dengan bakal suami. Saya tidak mahu lagi melalui kehancuran dalam berumah tangga. 

“Bagaimanapun, kita juga kena percaya pada jodoh. Jika ditakdirkan Zain jodoh saya, kenalah terima, tetapi saya kena banyak mengalah. Apapun, saya selesa dengan Zain,” katanya jujur.

Che Ta juga mengakui Zain, antara teman rapatnya yang istimewa. Dia sering melakukan kejutan. Terbaru, pada hari jadinya ke-39, Zain melakukan `surprise party’ di restoran makanan segera pada 9 Mac lalu.

“Saya sebenarnya tidak suka meraikan hari jadi. Saya tidak sanggup melihat angka yang ditulis di atas kek. Angka makin meningkat. Pada malam itu, Zain beriya-iya mengajak saya keluar, saya bagi seribu satu alasan, tetapi dia tetap mengajaknya. Secara kebetulan, pada malam itu, drama terbaru, Bunga Bunga Syurga baru nak disiarkan episod pertama.

“Zain sanggup menunggu sehingga jam 10 malam untuk membawa saya keluar. Apabila tiba di restoran berkenaan, saya dikejutkan dengan kek hari jadi bersama kenalan rapat. Saya terharu kerana jarang meraikan hari jadi,” katanya.

INFO: Aaron
NAMA: Aaron Mustapha Aziz
USIA: 36 Tahun
TARIKH LAHIR: 23 Februari 1976
ASAL: Singapura
ISTERI: Diyana Halik
ANAK: Danish Anaqi, 8, Dewi Ariana, 6, dan Dahlia Arissa, 2. 
ANTARA DRAMA: Sumaiyah, Emil Emelda, Janji Diana, Sadiq & Co, Cinta Gila, Cinta Lelong, Rahsia Cinta dan Bulan Bertemu Matahari, Dilemma Wanita, Cahaya Kasih, Malam 7 Likur, Hana Hani Strawberi & Oh Ibu
ANTARA FILEM: Evolusi KL Drift 1 & 2, Shh... Dia Datang, Bohsia... Jangan Pilih Jalan Hitam, Pisau Cukur, Datin Ghairah, Dua Alam, KL Gangster, Ombak Rindu, KL Gangster 2, Kerat 14 & Tyckooun.
PENCAPAIAN: Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Pesta Perdana Singapura dan Personaliti Paling Popular Singapura (2003, 2004, 2005).

INFO: Rozita
NAMA: Rozita Abu Bakar @ Che Wan
USIA: 39 Tahun
TARIKH LAHIR: 9 Mac 1971
ASAL: Alor Setar, Kedah
ANAK: Ammar Effendy, 16, & Aniq Ezzra, 14
FILEM: 4 Madu,
ANTARA DRAMA: Cinta Terhalang, Manjalara, Sesuci Cinta Sofia, Jelatang, Susuk 2, Anissa, Ayyad, Hati, Cerciter Cinta, Iparku Diva, Goyang Syafiq, Kiah Beraya Solo, Kiah Pekasam, Hilang, Dewi Di Sebalik Cermin, Sesuci Cinta Sofiya, Hati Yang Terpinggir, Bila Suami Jadi Suri, Pontianak Beraya di Kampung Batu.

  • Busana Rozita: Ezuwan Ismail (www.ezuwanismail.blogspot.com) 
  • Solekan & Dandanan: Amy Janz 


  • Bukannya Cium! Bukannya Jilat! Tapi mereka sedang....


    Inilah keruntuhan akidah yang sedang berlaku kepada anak bangsa kita sekarang! Dari mana perkara ini bermula? Adakah daripada didikan dan cara ibu bapa besarkan anaknya dgn hiburan dan maksiat yg berpanjangan? atau ajakan daripada rakan2? Fikir2 kan lah! Sama2 kita doakan mereka2 ini kembali ke pangkal jalan. :'(


    Ibu Bapa sila awasi anak anda! Sentiasa bersama mereka dan awasi gerak geri mereka. ANAK MUDA INI BERFIKIR TANPA MENGGUNAKAN AKAL FIKIRAN YANG WARAS! Sedih :'(

    |
    |
    |
    |
    |
    |
    |
    |
    |
    |
    |
    |
    |
    |
    |
    v