Showing posts with label Sedih. Show all posts
Showing posts with label Sedih. Show all posts

Dua Pendaki Yang Hilang Ditimpa Runtuhan Ais Ditemui Semula Selepas 16 Tahun Dalam Bongkah Ais

KATHMANDU: Pada Oktober 1999, pendaki terkemuka dunia, Alex Lowe dan jurugambarnya, David Bridges mendaki puncak Shishapangma, Tibet di ketinggian 8,013 meter ketika mereka ditimpa runtuhan salji.

16 tahun selepas itu, secara tepatnya minggu lalu, mayat kedua-dua pendaki itu ditemui masih dalam terperangkap di dalam ais.

Lowe, 40, disifatkan sebagai seorang pendaki yang terunggul dan terkenal dalam komunitinya kerana pernah menyelamatkan nyawa pendaki lain.

Pendakian pada 1998 itu, yang turut disertai oleh rakan Lowe, Conrad Anker, yang hanya cedera ringan berikutan runtuhan tersebut.

Anker dan beberapa pendaki lain telah cuba mencari Lowe dan jurugambarnya selama beberapa hari sebelum ia dihentikan.

Laporan CNN menyebut, mayat kedua-dua pendaki itu ditemui masih bersalut dalam ais bewarna biru.
Mayat mereka dijangka dibawa keluar dari kawasan pergunungan dalam masa beberapa hari lagi.

Balu Lowe, Jennifer Lowe-Anker, menyifatkan penemuan itu sebagai penutup kepada satu penantian yang sangat lama.

Jennifer kini sudah berkahwin dengan sabahat Lowe, Anker.

Mayat kedua-dua pendaki itu ditemui oleh Ueli Steck, 39 dan David Goettler, 37, ketika sedang mendaki gunung yang sama.

"Dia berkata, 'Kami menemui dua mayat'.

"Mereka berada dalam keadaan sangat rapat. Beg galas North Face merah dan biru. Bot Koflach kuning. Itu semua peralatan masa zaman dahulu", kata Anker yang yakin dengan penemuan itu.

-Siakapkeli.my
Foto foto selanjutnya di SINI


KJ Sebak dan Sedih Anak Keduanya Seorang Autisme

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak dapat mengawal perasaan sedihnya ketika sesi 'kupas buku' yang dibacanya.

Menurutnya buku berjudul Uniquely Human mengingatkan tentang kanak-kanak autisme membuatkan beliau lebih memahami anak keduanya, Timor Abdullah, 8.

"Saya minta maaf saya agak emosi hari ini sebab anak saya sendiri...saya tidak memahami kenapa dia (anaknya) begitu tapi ada pendekatan yang saya cuba fahami melalui buku ini di mana kita perlu faham apa yang dia rasa.
"Jadi, buku ini sangat penting kepada saya selain daripada melihat dari sudut lain bagaimana ibu bapa perlu memahami anak-anak mereka yang istimewa ini di mana anak-anak ini sangat unik," katanya sebak yang menarik perhatian penonton pada majlis perasmian kupas buku itu.

Katanya, buku itu membuka matanya yang sebelum ini tidak dapat melihat di sebalik keistimewaan anaknya itu.

"Buku ini mengubah hidup saya, mengubah cara saya mendekati anak saya sendiri dan bagaiman saya memahami dia tanpa cuba mengubah dia menjadi seperti anak-anak lain yang normal," katanya.



Sedih..Suami Oku Isteri Mengandung 8 Bulan Maut Kemalangan

Suami Oku Isteri Mengandung 8 Bulan Maut Kemalangan|Georgetown: Sepasang Suami isteri Orang Kurang Upaya (OKU) maut ,selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 0.5 Jambatan Pulau Pinang, malam tadi.

Dalam kejadian 7 malam itu, Mohamad Rizal Salim, 39, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Difahamkan, isterinya, Nor Ain Che Mad, 33, yang hamil lapan bulan meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Seberang Jaya.

Menurut sumber, pasangan terbabit menungang motosikal dalam perjalanan ke Prai sebelum merempuh kereta di atas jambatan.

“Kemalangan menyebabkan kesesakan lima kilometer dari Lebuhraya Tun Dr Lim Cheong Eu, di sini, menghala ke Prai,” katanya.

Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian.


Kisah OKU di Bayar RM4 Untuk 1000 Batang Pen Dengan Menyedut Dakwat Ini Amat Menyedihkan


Alhamdulillah. OKU sedut dakwat Siti Aminah mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKMM) .

Butterworth: “Jika ada duit lebih, kami mahu berpindah dan menyewa rumah baru yang lebih selesa dan bersih,” kata Siti Aminah Jamalludin, 24, orang kurang upaya (OKU) yang gigih mencari rezeki mengambil upah mengisi dakwat pen menggunakan mulut dan tangan kirinya dengan bayaran RM4 bagi 1,000 batang pen.

Menurutnya, kediaman yang diduduki di Bagan Dalam, di sini, sekarang amat daif kerana ia hanya sebuah bilik yang dijadikan ruang tamu serta tempat tidur mereka.

Selain itu, mereka tiga beranak hanya tidur di atas selimut dan tidak mempunyai tilam, manakala keadaan persekitaran di luar rumah turut kotor dan tidak mempunyai bilik air serta tandas sempurna.
“Kalau boleh, biarlah rumah baru nanti tidak jauh dari tempat kerja suami saya di bengkel motosikal di Kampung Perlis kerana dia suka bekerja dan cukup selesa dengan majikannya sekarang.


“Lagipun, jika rumah sewa dekat dengan tempat kerja suami, mudah untuk dia pulang sekejap untuk menjenguk dan melihat keadaan saya serta anak kami, Muhammad Nuralif Irfan, 2, memandangkan saya sukar bergerak.

“Setakat ini, suami sudah kenal pasti sebuah rumah sewa di Kampung Perlis dengan sewa bulanan RM100, tidak termasuk bil utiliti,” katanya.

Kelmarin, tiga beranak itu menerima kunjungan Pertubuhan Prihatin OKU 1Malaysia yang memberi sumbangan ‘Kasoot WheelChair’ iaitu pelapik tayar kerusi roda bagi membolehkan OKU berkerusi roda menunaikan solat di ruangan utama masjid.

Pengerusinya Noorulhuda Mohamed Asli berkata, kunjungan itu dibuat selepas membaca mengenai kisah hidup Siti Aminah bersama suami Mohamad Sofi Osman, 28, serta Muhammad Nuralif Irfan yang disiarkan Harian Metro 14 Februari lalu.

“Sumbangan ini bagi memudahkan Siti Aminah yang juga OKU berkerusi roda masuk ke masjid untuk turut sama solat berjemaah.

“Pelapik tayar kerusi roda ini memberi kesenangan kepada OKU masuk ke masjid tanpa membasuh tayar kerusi roda terlebih dulu. Ia mudah dipasang, ditanggalkan serta dibasuh, sekali gus kebersihannya terjamin,” katanya.

Selain mengambil upah mengisi dakwat ke dalam pen, Siti Aminah turut mengambil upah memasang rantai kunci dengan kadar upah RM7 untuk setiap 1,000 set dan ia lebih sukar kerana terpaksa bergantung kepada tangan kirinya bagi menyusun dan mengacip gegelang besi pada rantai kunci berkenaan.

Bagi menambah pendapatan dan tidak semata-mata bergantung kepada suami yang bekerja sebagai mekanik di sebuah bengkel motosikal dengan gaji RM35 sehari, dia turut memulakan langkah berniaga barang runcit secara kecil-kecilan sejak tiga minggu lalu.

Antara produk dijual wanita gigih itu adalah barang keperluan harian seperti mi segera, garam, perencah segera dan telur yang dibeli dari sebuah pusat jualan borong di Butterworth dengan modal permulaan RM150. Sumber ihsan Harian Metro