Filled Under:

Apek Ini Hanya Naik MRT, Berpakain Seperti Biasa Sehingga Sebuah Akhbar Dedahkan Identitinya


APEK tua ni hanyalah antara ribuan pengguna MRT setiap pagi di Singapura. Tak ramai yang cam atau kenal siapakah apek ini hinggalah baru-baru ini akhbar republik itu mendedahkan identitinya.

‘Apek’ yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah Lim Siong Guan. Lim untuk pengetahuan anda adalah orang nombor satu di negara itu yang ditugaskan untuk mentadbir pelaburan dan khazanah Singapura.

Jawatan yang disandangnya adalah Group President of Singapore Sovereign Wealth Fund GIC, atau kalau diterjemahkan ke Bahasa Melayu – Presiden Kumpulan Pertubuhan Pelaburan Pemerintah Singapura.

Punyalah ‘humble’ dan ‘sempoy’ Lim ni, beg duit dia pun tak pernah berganti sejak 10 tahun lalu, siap ada sticker yang cucu-cucunya lekat. Di pejabat, perkara ‘kecil’ seperti melekatkan setem pun akan dilakukannya sendiri tanpa mengharapkan budak pejabat.

Rutin kerja Lim adalah – empat hari di Singapura, San Francisco, New York, London, Singapura; dan empat hari lagi pusing Asia: Singapura, Mumbai, Tokyo, Seoul, Beijing, Shanghai, Singapura.

Lim juga menolak untuk diberikan limosin sesuai dengan kedudukannya, cukuplah sekadar tuala kecil untuk dia membersihkan diri ketika berada di mana-mana negara yang beliau singgah.

Berusia 67 tahun, Lim digelar ‘Superman’ kerana kesungguhan beliau menjalankan tanggungjawabnya walaupun sudah layak pencen dan duduk di rumah. Soalan yang paling kerap beliau tanyakan pada pekerjanya adalah – ” Ada tak perkara yang boleh saya bantu untuk membolehkan anda melakukan tugas dengan lebih baik? ”

Agak-agak ada tak mana-mana CEO GLC kat Malaysia ni yang bersikap seperti mana yang ditunjukkan Lim? 







98 comments:

  1. such humility and simplicity in life... and a caring and dedicated personality. hard to emulate? not if you have a good heart...

    ReplyDelete
  2. Glc malaysia tak boleh banding. Duit dah banyak drp khazanah epf tabung haji asb dll... kerja ceo hanya macam mana nak spend duit tu. Kalu berjuta pun kita guna untuk office dan perk da limosin itu membantu manaikkan ekonomi negara. Ada org yang dapat untuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau CEO GLC di Malaysia tak payah sebut, yang biasa-biasa tu lagi banyak lagak.

      Delete
  3. Mengingatkan kita kepada Warren Buffet. Juga mendiang Boon Siew di Penang..mereka ni mmg live a humble life. ...yg inherit hartanya nnt blm tau laa camner?!

    ReplyDelete
  4. This one sure Last Longer

    #Gambir #Sarawak http://gambirclinic.com

    ReplyDelete
  5. Such a humble person.

    ReplyDelete
  6. (......Siren bunyiiiii siren bunyi.......)
    Hon Hon kedengaran dari motor motor polis trafik
    "Beri laluan~~~~~ Beri laluan~~~~~"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku faham ape yg ko maksudkan :)
      Itu lah org BESAR malaysia..
      Itu lah melayu kita..

      Delete
  7. Kenapa nk banding2? Ambil saja la iktibar...klau baik then jdkn contoh..klu xbaik then jdkn pengajaran.. knp sentiasa nk kutuk malaysia xbagus..malaysia ini..malaysia itu.. hidup jgn dengki sgt.. ubah diri kita dulu sblm nk comment org lain.. sekadar peringatan!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup..very good statment Dong.. Manusia...

      Delete
    2. Setuju dgn Dong..baik jd kn tauladan, yg x baik jd kn sempadan....Sucikn hati...

      Delete
  8. Ciri ciri rendah diri mcm ni yang kita perlu..

    ReplyDelete
  9. Its common in d Europe...only in Malaysia d car resembles ones status in d society...

    ReplyDelete
  10. Salute, bagusnya klu ceo syarikat yg sama² buat kje cm mr. Lim nih...

    ReplyDelete
  11. kat sini bahaya takut kena culik daaaa

    ReplyDelete
  12. Belum boleh tandingi saidina omar

    ReplyDelete
  13. kat sini..hmph..! jgn kata ceo, level-level pengarah pun dah memekak nak kereta la, hotel 5 star
    la...kerja macam tu jugak takde superb mana pun

    ReplyDelete
  14. orang dah punya status tinggi dan jika dia humble...itu terbaeeeekkkk

    ReplyDelete
  15. Pemimpin contoh...contohi sikapnya

    ReplyDelete
  16. Wow... respect!!!! I am a malaysian but still i respect him for his humble... hope that i also can be as humble as him..
    :-)

    ReplyDelete
  17. kaya dengan sifar rendah diri akan mendapat kedudukan yg tinggi di mata manusia.. :)

    ReplyDelete
  18. Gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama... inilah individu yang patut kita ambil sebagai teladan...

    ReplyDelete
  19. Ada ramai kat malaysia...cuma x dikenali...nnti dianggap riak pla, ....

    ReplyDelete
  20. Kita ada Syed Mokhtar Al-Bukhari yang sgt banyak menyumbang kepada masyarakat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seperti menaikan harga gula demi kesejahteraan rakyat ??

      Delete
  21. CEO2 zaman skrg pandai mementingkan imej dan gaya hidup bertaraf tinggi. Suka showoff. Towkay2 besar zaman dulu memang low profil dan simple. Jauh bezanya.

    ReplyDelete
  22. Salute and respect!

    ReplyDelete
  23. tak tahu....... boleh tiru juga...

    ReplyDelete
  24. Itu laa malaysia byk org talent mcm tuu tapi tak diberi jawatan tinggi then org2 ni di jemput oleh singapore dan terus maju. Malaysia nampaknya maju juga contoh syed BUKri petron DRB San Miguel koleksi brg kemas juta2 oleh isterinya

    ReplyDelete
  25. artikel yang bagus. cuma boleh tak kurangkan label2 seperti 'apek tua'. And the public transport is a rather useful means of getting to places. He must have learnt that from the start. Not that he wants to prove he is humble.

    ReplyDelete
  26. Thats y he deserves the position..

    ReplyDelete
  27. Malaysia nk cmni?? 7 kturunn mati pn xkn ada..makin bongkak n takbur ada la

    ReplyDelete
  28. Kat Malaysia ni terutama orang melayu dapat kerja kerani,naik kereta myvi je...belagak nak mampos....

    ReplyDelete
  29. Sy nk apply jd secretary dia lah. Lemas tgk meja sesepah gitu hehe
    Btw wallet nye comel :)

    ReplyDelete
  30. Tabik spring! Personaliti mcm inilah yang kita dahagakan di Malaysia...masih adakah sebegini?

    ReplyDelete
  31. Ramai mcm ni kt malaysia juga sebab memang golongan macam ni dh biasa hidup susah zaman perang dulu,so they know how to be happy without money although they do have alot of money :D .budak sekarang semua materialistic sebab dari kecil dah diajar begitu,sikit2 dapat mainan..sikit2 dapat duit..sikit2 dpat basikal baru..

    ReplyDelete
  32. Allahumahdihi wa usratihi wa qaumihi ya Alhaadi, ya Rabbal 'Aalamin....

    ReplyDelete
  33. Kepada mereka yang kaya, segala hasil kerja keras anda berikanlah kepada mereka yang cemburu dengan gaya hidup anda. Baru mereka puas hati. Kerja malas, tengok orang senang cemburu. Dalam Islam telah ada hukum membayar zakat dan pahala sedekah yang dianjurkan, bukannya bagi semua sekali.

    ReplyDelete
  34. Respect! Tapi bagaimana dengan berjuta lagi org lain dalam singapura. adakah sama cara hidup mereka dengan cara hidup beliau. Jgn bandingkan cara hidup rakyat Malaysia dengan cara hidup beliau seorang ini sahaja. Sebab hanya 1/sejuta yg buat mcm ini. Yg selebihnya macam mana?

    ReplyDelete
  35. Prior appointments include Head of Singapore Civil Service from Sep 1999 to Mar 2005, Chairman of Singapore Economic Development Board from Oct 2006 to Jun 2009and Chairman IRAS from 2004 - 2006.

    ReplyDelete
  36. Salute n respect

    ReplyDelete
  37. sayang.......sebanyak mana kebaikan dia lakukan akan menjadi abu berterbangan ...tak ada nilai kerana tidak beriman kepada ALLAH.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Don't simply judge other people when you yourself is not GOD.

      Delete
    2. Sekurang kurang nya kebaikan dia memanafastkan orang lain dan masa depan rakyat. Baik dari menyusahkan rakyat dan negara.

      Dan, entah entah pengakhiran dia lebih baik tau.

      Delete
  38. Even in singapore he is just one of a kind..

    ReplyDelete
  39. Bro .... jangan kata CEO, ketua jabatan / tim ketua jabatan pun payah nak jumpa macam nie ..... CEO lagi jauh laaaaaa ......

    Ketua Jabatan / Tim Ketua Jabatan adalah bayang-bayang CEO .... maaa .........

    ReplyDelete
  40. best klu dpt bos cam tu...x stress la staff dia yer...blh kje lm la...

    ReplyDelete
  41. Di malaysia?? Huh, ibarat kata pepatah,

    1) harapkan pagar, pagar makan padi..
    2) Yang miskin semakin miskin, yang kaya bertambah kaya..

    Renung2kan dan selamat beramal :)

    ReplyDelete
  42. Salute you sir...such a humble man!

    ReplyDelete
  43. Ini modal redbin... pas tu maki mlayu guna nama mlayu...

    ReplyDelete
  44. Boleh jadik iktibar la..kat malaysia ramai org melayu islam mcm ni jugak..cuma you'll x nampak dan kita x tahu...still malaysian the best..sy nasihatkan diri sendiri agar memperbaiki kelemahan sy sendiri...sy syg negara..x akan burukan negara sendiri dek propaganda org luar...

    ReplyDelete
  45. Mcm cerita Saiyidina Umar Al-Khattab pulak. Walaupun bergelar Amirul Mukminin, beliau tetap humble, malah hidup susah mcm rakyat marhaen pd zaman itu.

    ReplyDelete
  46. banyak dah orang macam ni.. selagi media x dedahkan selagi tu kita x tau.. Ramai sangat dah org yg mcm ni. Dorg ni jenis pikul tanggungjawab jujur amanah. tak kira la kat malaysia je singapore ke indonesia ke..

    ReplyDelete
  47. Replies
    1. Daddy u macam mana? Cer citer

      Delete
  48. Humble.... Must be respect.....

    ReplyDelete
  49. Kat sini.....tak payah CEO.....kerani sekolah pun belagak nak mampos....

    ReplyDelete
  50. Di Malaysia pun ada seperti ni,cuma kadang kala media kita tak sorot sbb tak ada nilai berita, tak gah kata mereka.

    ReplyDelete
  51. Seseorang akan mendapat kepuasan apabila Kerja dilakukan dengan penuh keikhlasan.

    ReplyDelete
  52. Di Malaysia, kita ada tok guru Nik Aziz.

    ReplyDelete
  53. Berlagak atau tidak, bukan bergantung kepada jawatan atau kedudukan. Ia adalah mengenai sikap.

    Shah
    Http://Alexander-zulkarnaien.blogspot.com

    ReplyDelete
  54. Betul..tan sri ahmad don bekas gabenor bank negara pun selamba naik lrt..sy pernah ambil dia d lrt masjid jamik.

    ReplyDelete
  55. this is what we call humble and not showing off.. not to compare S'pore and M'sia.. if people be more humble and live a moderate life. there wont be any problem.. however, we are free to choose which patch we want to choose bcoz its our decision on how we live our life.

    ReplyDelete
  56. U are the best uncle...

    ReplyDelete
  57. Jangan bandingkan negara yang mempunyai 28 juta rakyat dengan 3 juta rakyat....

    ReplyDelete
  58. memang bagus.. dia menjaga alam sekitar dan menjaga kesihatan diri.

    ReplyDelete
  59. tak yah susah-susah nak cari kat Malaysia ni. Tok Guru Nik Aziz masa dia pegang MB dulu pun cuci kolah masjid sendiri. Rumah dia rumah kayu shj sebelah masjid di Pulau Melaka.

    ReplyDelete
  60. Mana boleh banding pemikiran org negara maju dengan negara membangun. Lepa jauh berfikiran terbuka sedangkan kita masih mengharapkan bantuan.

    ReplyDelete
  61. Alangkah bagusnya kalau aku ada sifu yg boleh mengajar aku selok belok pengurusan dana seperti yg dilaksanakan oleh beliau..

    ReplyDelete
  62. Dekat malaysia pon ada...tapi x dak orang amik gambaq dia kot...

    ReplyDelete
  63. kita ada Rosmah, juga ternama dan banyak berjasa di peringkat antarabangsa.... puji !!!

    ReplyDelete
  64. kerja kosong http://kerjakuli.blogspot.com

    ReplyDelete
  65. I agree dgn dong...kenapa nak banding2kan..kenapa tiap kali kluar isu gini nak kutuk balik org msia? Org2 kita?

    Pernah tak terfikir singapore tu sekangkang kera...malaysia ni sebesar mana? Traffic kt msia & singapore tak sama...masing2 tinggal ar 1j dr office...kalau naik bas jwpnya ceo sama lewat dgn staff dtg office...dan kalau diorg dtg lewat dr kita mereka ni kerja 24j...ph sentiasa on...aku yg kuli biasa ni pun bila dah masuk grup korporate ph tak leh tak da bateri..sedap mulut korang je nak mengomen yg bkn2...jgn tengok luaran je apabila kita disituasi tu barulah kita tahu....sbb tu lah ustaz kata skrg ni zaman IT fitnah di buat tanpa sedar

    ReplyDelete
  66. biasanya orang yg betul-betul kaya akan menyembunyikan kekayaan mereke. tapi orang-orang yg baru kaya atau separuh kaya tu yang suka menunjuk-nunjuk kerana takut orang tak tahu mereka kaya huhuhuhu

    ReplyDelete
  67. ini cerita lucu untuk orang Singapore.

    ReplyDelete
  68. memang terbaik lah beliau..harap ada mencontohinya

    ReplyDelete
  69. Malaysia's culture very simple " HIDUP HARUS BERGAYA TIDAK ADA WANG TIDAK APA ASALKAN SAYA PUNYA MOBIL YG BESAR" that is Malaysia Life Style....

    ReplyDelete