Filled Under:

Pernikahan ‘Separa Bogel’ Hanya Mengikut Trend Penggambaran Masakini


Pengantin wanita mengenakan bikini sambil menutup muka, sambil berjalan di Ipoh dengan pasangannya yang bertubuh sasa dengan hanya berseluar panjang.

Sesetengah pihak menganggap tindakan begitu terlalu berani, seksi malah menampilkan sesuatu konsep, namun ramai pula yang menganggapnya gangguan kepada ketenteraman awam.

Pasangan tersebut sebenarnya model yang bekerja bagi menyiapkan penggambaran bagi sebuah galeri perkahwinan. Mereka didenda RM400 setelah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh kerana mengganggu ketenteraman di bawah Seksyen 268 Kanun Jenayah.

Insiden terjadi selepas imej mereka tersebar di laman media sosial, sehingga menjadi sensasi. Penggambaran itu menampilkan tubuh badan dan ramai yang tidak selesa dengannya.

Idea sebuah perkahwinan seperti yang kita sering gambarkan menampilkan impian indah, di mana pengantin perempuan mengenakan pakaian cantik dan berjalan seiringan dengan pengantin lelaki kacak yang memakai tuxedo. Mereka disambut di dalam suasana kemeriahan dan inilah yang dirakam jurukamera di majlis-majlis perkahwinan.

Kebanyakan penggambaran di Asia selalunya tertumpu kepada pasangan tersebut, walaupun sesekali para keluarga turut menjadi perhatian kerana perkahwinan merupakan satu insitusi yang melibatkan mereka semua.

Bagaimanapun, pasangan muda gemar mengabadikan intipati perkahwinan serta kenangan intim di antara mereka. Jurukamera dibenarkan meninjau kehidupan mereka sebaik sahaja digelar pasangan suami isteri.

Trend ini bermula di Barat dan dikenali sebagai “pagi selepasnya”. Bagi penggambaran ini, saat-saat indah selepas pasangan diijab-kabulkan dirakam, terutamanya pada pagi selepas mereka selesai menjalin kemesraan.

Ini termasuk rakaman babak menanggalkan pakaian masing-masing dan menikmati saat-saat indah selaku pasangan yang sah, termasuk mandi bersama-sama dan melakukan aksi persetubuhan. Aksi mereka ini sebenarnya diatur oleh jurugambar.

Portal berita Racked menjelaskan aksi yang dikenali sebagai “fotografi kamar tidur atau boudair” ini merangkumi pengantin wanita memakai pakaian dalam dan memperaga tubuh badannya di dalam keadaan seksi. Namun, ia bukan rakaman gambar bogel.

“Stailnya bertujuan merakamkan tubuh wanita di dalam usia yang masih muda remaja,” jelas portal itu.

Walaupun trend semakin diterima di Barat, pasangan Asia agak malu-malu dan masih memilih pendekatan tradisi. Maka, langkah menggunakan khidmat model bagi penggambaran tersebut difikirkan lebih sesuai serta menarik perhatian.

Seorang jurufoto profesyenal dengan lapan tahun pengalaman, yang dikenali sebagai J berkata, pasangan di Malaysia sering memohon gambar dirakam ketika bersiar-siar di pantai, sambil mereka berpelukan dan berkucupan.

“Namun, ada yang sudah jemu dengan gambar seperti itu. Mereka mahu sesuatu yang berbeza. Jurugambar selalunya berbincang dan berkongsi pendapat bagi merakam apa yang mereka mahukan,” ujar J.

Katanya, aksi pasangan model yang bersiar-siar di bandar Ipoh merupakan kali pertama ia dilakukan di Malaysia.

“Saya tidak pernah melihat trend itu di sini, tetapi di luar negara ada yang berbogel.”

“Ada rakaman kreatif yang dilakukan di kamar mandi, di mana tubuh pengantin wanita hanya diliputi buih sabun. Bukan semua gambar bogel berkisar tentang seks,” katanya lagi.

Walaupun J berpendapat trend tersebut tidak akan diterima di Malaysia, dia tidak melihat salahnya.

“Penggambaran seperti juga sebuah cerita; tidak kira ia betul atau dibuat-buat. Ia seperti menonton wayang di pawagam. Salahkah pasangan menampilkan keintiman?”

“Orang ramai tidak perlu mengendahkan mereka. Ia bukan jenayah seperti membunuh dan sebagainya. Kadang-kala penari turut memakai pakaian seksi di jalan raya.

“Bagaimana dengan konsert? Di sesetengah konsert, wanita mengenakan bra dan menonjolkan tubuh badan mereka. Okay kah?” soalnya.

Dalam pada itu, pasangan model tersebut berkata mereka berharap dapat melupakan episod hitam tersebut dan kembali bekerja.

“Pengantin wanita” Ho Jo Yee, 21 tahun, memberitahu Sinchew Daily, dia masih berkhidmat sebagai model dengan galeri perkahwinan yang sama, tetapi akan lebih berhati-hati menjalani penggambaran di luar studio. theantdaily




0 comments:

Post a Comment