Filled Under:

Ummi Nazeera selektif dalam memilih watak


Sudah lama tidak mendengar perkhabaran mengenai aktres drama bersiri ‘Nur Kasih’, Ummi Nazeera. Setelah lama menyepi, pelakon kecil molek itu kini tampil manis mengenakan hijab di malam Finalis Festival Filem Malaysia 26.

“Saya kini sedang bekerja sebagai Pengarah Eksekutif di syarikat milik ibu saya. Ramai orang bertanya kenapa saya mendiamkan diri. Sebabnya adalah kerana saya sibuk menumpukan fokus kepada pelajaran saya di Melbourne, Australia. Setelah habis belajar, kini sudah hampir lapan bulan saya kembali ke tanah air,” ujar Ummi memulakan perbualan.

Ketika ditanya adakah dia kini tidak lagi bergiat aktif dalam bidang lakonan seperti dahulu, Ummi ada jawapannya yang tersendiri.

“Saya masih lagi berlakon. Tetapi saya bersikap selektif dalam memilih watak, lagi-lagi selepas saya sudah tampil dengan imej baru ini. Saya dapat beberapa tawaran tapi saya tidak menerimanya. Kalau diimbas semula pun, sebelum ini juga saya agak selektif dalam memilih watak. Saya melihat kepada karakter yang ditawarkan, adakah ianya boleh saya bawakan atau tidak dengan saya. Jika saya sudah bersetuju, saya pastinya akan memainkan watak itu dengan sehabis baik,” kata Ummi lagi.

Berkongsi mengenai cerita penghijrahannya, Ummi mendedahkan yang semuanya berlaku ketika dia berada di Melbourne.

“Ketika itu, lebih kurang satu minggu sebelum peperiksaan akhir. Ada sedikit perbalahan yang berlaku dengan keluarga dan kawan rapat saya. Ada beberapa insiden yang terjadi. Masa itu, saya rasa sangat kosong. Saya sedar bahawa Allah ada dengan saya ketika semua orang tidak. Saya terus terbuka hati untuk memulakan perubahan secara perlahan-lahan,” katanya yang tercalon dalam kategori Pelakon Filem Wanita Terbaik menerusi filem ‘Penanggal’.

Ketika diajukan soalan mengapakah dia seakan sunyi daripada pihak media ketika mula-mula pulang ke Malaysia lapan bulan lalu, Ummi punya alasan tersendiri.



“Bukan begitu, tapi bagi saya, secara jujurnya, saya tak mahu ketika saya mula-mula berubah, saya dekat dengan media, perkara itu seakan ‘kacau’ saya. Saya takut akan timbul perasaan riak pula. Jadi, saya fikirkan biarlah semuanya jadi dengan perlahan-lahan,” ujar Ummi mengakhiri bicara. hotfm




0 comments:

Post a Comment