Filled Under:

Shahrol Bercinta Dengan Pramugari?



Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Itulah yang digambarkan kepada pelawak terkenal iaitu Shahrol Shiro. Menurut sumber, gosip yang mengaitkan dirinya sedang bercinta dengan bekas finalis sebuah program realiti tersebut adalah tidak benar.


Ini kerana, sebenarnya mereka berdua telah lama berkawan dan hanya dapat berjumpa kini kerana kekangan kerja. Buat pengetahuan semua, gadis yang dikenali sebagai Iera ini bertugas sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan tempatan. Bukan itu saja, gosip mengenai hubungan mereka berdua bercinta adalah tidak benar dan mengakui hanyalah sekadar teman biasa.

Dalam masa yang sama, Shahrol turut terfikir untuk menamatkan zaman bujangnya namun terbatas kerana sibuk dengan jadual harian karier seninya. Dia yang kini selesa hidup secara solo akan terus fokus terhadap karier namun tidak menolak jika jodohnya bakal tiba kelak.

Mengenai perkembangan semasa, dia sedang sibuk setiap minggu dengan rakaman program Suka Lattew di Astro Warna selain terlibat dalam Super Spontan bersama Aliff Satar. sinar




0 comments:

Post a Comment