Filled Under:

Jep Sepahtu Bercinta Dengan Pelakon Jelita?


Hah susah betul nak dengar pasal cerita cinta pelawak Jep Sepahtu ni kan? Murai Batu sebelum ini memang ada pernah dengar cerita yang katanya Jep sudah punya kekasih tetapi masih berahsia apabila ditanya media.

Dek kerana Murai Batu tidak tahu kesahihannya jadi Murai Batu sebelum ini tidak lah percaya sangat dengan cerita-cerita yang disebarkan itu sehinggalah Murai Batu lihat dengan mata kepala Murai Batu sendiri baru-baru ini ketika berkunjung ke sebuah medan selera.

Ceritanya begini Murai Batu ketika itu sedang makan bersama rakan-rakan Murai Batu namun tiba-tiba seorang rakan Murai Batu bertanya kepada Murai Batu adakah benar dia ternampak Jep Sepahtu yang baru tiba di medan selera tempat kami makan itu.

Murai Batu pun segeralah pandang, dan memang tak silap lagi lah memang Jep yang kini badannya agak sedikit menyusut. Pada mulanya Murai Batu nampak dia seperti datang seorang ke medan selera itu tetapi bila dia duduk sahaja Murai Batu lihat dia bersama dengan seorang wanita di satu meja yang sama hanya berdua sahaja.

Dari jauh Murai Batu sendiri tidak perasan wajahnya kerana meja mereka berpaling dari meja Murai Batu. Tidak mengapalah kerana selepas itu Murai Batu pun terus tidak hairankan mereka kerana Murai Batu pun lapar sangat masa tu dan terus menghabiskan makanan ketika itu.

Namun dari jauh mereka kelihatan mesra sambil ketawa-ketawa ketika makan bersama. Wah nampak seperti pasangan kekasih pula bila lihat mereka berdua bermesra. Tapi tidak pastilah sama ada wanita itu kekasihnya atau teman kerana kalau teman biasa nampak lain macam sahaja.

Ketika Murai Batu dan rakan-rakan hendak pulang kami pun berjalan pulang melaui sebelah meja mereka kerana ianya memang laluan untuk keluar dari medan selera itu. Sekali pandang wajah wanita itu Murai Batu seperti pernah melihatnya di dalam televisyen dan memang tak silap lagi dia memang seorang pelakon tetapi rasanya baru lagi dalam industri malah Murai Batu dan rakan pun tidak dapat mengesan namanya.

Wah kali ini Murai Batu semakin percaya dengan khabar angin yang disampaikan selama ini. Yelah Murai Batu lihat Jep tidak habis-habis mengukirkan senyuman bahagia sahaja dengan wanita yang agak jelita itu. Untunglah Jep.

Apa-apa pun doakan agar segeralah Jep mendirikan rumahtangga dan pasti ramai peminatnya turut gembira melihat pelawak pujaan mereka bahagia. 
Murai




0 comments:

Post a Comment