Filled Under:

Fizo Omar menumpang kemewahan Mawar?


SETELAH melangsungkan pernikahan pada 10 November tahun lalu, pelbagai gosip cuba menggugat mahligai yang dibina oleh pelakon Wan Hafizol Wan Omar, 29, atau lebih dikenali dengan nama Fizo Omar dan isterinya Mawar Abdul Karim. Paling menyakitkan, pelakon yang pernah membintangi filem Kongsi itu didakwa berkahwin sekadar untuk menumpang kemewahan isterinya Mawar yang merupakan usahawan terkenal rangkaian tudung Fareeda.

Dakwaan tersebut bagaimanapun ditepis tenang oleh anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu. Bagi Fizo, tidak terlintas langsung di hatinya untuk mengambil kesempatan atas kemewahan isterinya itu.

Tambah Fizo, dia sendiri sudah pun mempunyai kewangan yang kukuh sebelum mengahwini Mawar sekitar dua tahun lalu. Di sebalik kesibukannya dalam bidang lakonan, Fizo merupakan seorang usahawan muda berjaya yang kini mempunyai 300 rangkaian warung burger.

Fizo: "Saya berkahwin dengan dia (Mawar) bukan atas dasar tersebut (kemewahan). Malah, sebelum ini kedudukan kewangan saya sudah stabil. Saya ada rangkaian perniagaan burger saya iaitu Hot Burger. Saya bukannya datang dari kampung dan tidak mempunyai sebarang aset tetapi sebelum ini saya telah merancang masa depan saya bukan sahaja dalam bidang lakonan.

""Berlakon merupakan minat saya sejak daripada kecil dan saya akan terus berlakon selagi peminat menghargai dan ingin melihat saya di kaca televisyen. Alhamdulillah, isteri juga tidak pernah menghalang kegiatan seni saya seperti berlakon dan meneruskan apa yang telah saya lakukan sebelum ini."

Apabila ditanya adakah Fizo akan berhenti dari berlakon, ini jawapan Fizo:

"Tidak, saya tidak pernah terniat langsung untuk berhenti daripada bidang lakonan. Malah saya akan terus berlakon selagi masih lagi mendapat permintaan daripada pengarah yang ingin menggunakan khidmat saya. Saya tidak mengatakan bidang lakonan kurang menjamin masa hadapan tetapi ia perlu seiring dengan bidang perniagaan."

"Saya baru sahaja selesai menjalani penggambaran sebuah filem bersama Adi Putra dan Liyana Jasmay berjudul Isyarat Cinta terbitan Suhan Movies. Filem itu dijangka menemui penonton menjelang hujung tahun nanti. Sebuah lagi filem lakonan saya ialah Romeo Kita arahan Aaron Aziz juga akan ditayangkan menjelang awal tahun hadapan."

Fizo berharap orang ramai berhenti membuat dan menyebar berita yang tidak benar kerana ini boleh menjatuhkan maruahnya sebagai seorang suami. 
selebritipop




0 comments:

Post a Comment