Filled Under:

Runtuhan Konkrit Di Tapak Binaan Projek MRT.


Tiga terperangkap runtuhan konkrit

Tiga mangsa dikhuatiri maut selepas terperangkap dalam runtuhan konkrit di tapak projek pembinaan landasan MRT di Kota Damansara, malam ini.

Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.46 malam mengatakan terdapat tiga mangsa terperangkap selepas tertimbus oleh runtuhan konkrit.

Beliau berkata, usaha mengeluar dan menyelamatkan mangsa masih dijalankan dengan bantuan beberapa agensi penyelamat lain.

Sehingga kini identiti ketiga-tiga mangsa sedang dikenal pasti sama ada pekerja projek berkenaan atau sebaliknya.

Mohd Sani berkata, setakat ini Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh sudah berada di lokasi kejadian bagi operasi menyelamatkan mangsa. Hmetro




0 comments:

Post a Comment