Filled Under:

Apabila Tubuh Dato' Siti Nurhaliza Bermandikan Serbuk Pewarna...



Bagi para peminat yang mengikuti perkembangan penyanyi kesayangan negara Dato’ Siti Nurhaliza melalui laman Instagram miliknya, pasti tersenyum melihat aksinya ketika menyertai aktiviti ‘The Color Run’ pada Ahad lalu.

Lebih-lebih lagi apabila melihat tubuhnya disaluti dengan serbuk warna dan juga kelihatan cukup santai dan relaks serta tidak kisah membiarkan dirinya dalam keadaan begitu.

Aktiviti unik yang diadakan di Padang Merbok Kuala Lumpur ini telah mendapat sambutan di luar jangkaan dan Dato' Siti adalah antara selebriti tempatan yang tidak melepaskan peluang untuk menyertai aktiviti riadah yang menarik itu.

Malah dia juga kelihatan senang berkongsi detik-detik manis semasa menjalani program tersebut dengan beberapa keping foto yang dimuat naik di Instagram.

Apa yang paling mengagumkan ialah penyanyi ini tetap kelihatan cantik walaupun bermandikan serbuk berwarna-warni yang menyaluti tubuh dan wajahnya.

Selain itu, foto-foto yang dikongsi oleh penyanyi itu menunjukkan seolah-olah penyanyi bersuara merdu itu sangat gembira kerana dapat menyertai program unik tersebut disamping meluangkan masa bersama peserta-peserta program berkenaan.

Apapun, Dato’ Siti memang ‘sporting’! Terbaiklah!

Untuk pengetahuan, ‘The Color Run’ merupakan sebuah program unik yang memerlukan peserta berlari dengan mengenakan baju t-shir berwarna putih sambil ‘bermandikan’ serbuk pewarna. Aktiviti yang pernah diadakan di Singapura dan Indonesia ini juga dikenali sebagai ‘Happiest 5K on the Planet’. Murai




0 comments:

Post a Comment