Filled Under:

Diserbu JAIS, Suatu Rahmat Buat Alyah Sebenarnya!



Rata-rata bertanya mengapa Ramli MS perlu merahsiakan perkahwinan tersebut? Sedangkan, ramai yang tidak kisah pun dengan hubungan cinta yang terjalin di antara mereka berdua serta keputusan mereka untuk mendirikan rumahtangga.

Iyalah, kalau sudah suka sama suka, apa salahnya. Kalaupun ada sebab-sebab tertentu yang membuatkan perkahwinan mereka memang betul-betul terpaksa dirahsiakan, tidak payahlah beriya-iya mengelak atau cuba menafikan perkara tersebut sebelum ini.

Sebab, bila kesahihan tentang berita perkahwinan mereka terlerai dan rahsia yang cuba disimpan kemas sebelum ini tiba-tiba pecah, siapa yang akan tanggung malu kalau bukan diri sendiri?

Ironinya, segalanya terlerai apabila mereka diserbu oleh pihak JAIS. Mahu tidak mahu, terpaksalah mereka membuat pengakuan bahawa mereka sudah pun berkahwin di Batam, Indonesia kira-kira setahun setengah yang lalu.

Agaknya kalaulah peristiwa tangkapan ini tidak terjadi, sampai bila agaknya rahsia hendak disimpan? Sampai bila agaknya Alyah terpaksa mendiamkan statusnya yang sudah pun bergelar isteri orang sejak sekian lama ini?

Rasanya inilah suatu rahmat yang tidak terhingga buat Alyah. Walaupun diserbu JAIS adalah suatu perkara yang memalukan, tetapi akhirnya statusnya sebagai isteri Ramli MS telah pun terjawab akhirnya tanpa ianya keluar dari mulutnya sendiri.

Berkat kesabaran Alyah selama ini agaknya, akhirnya itulah hikmahnya yang diperolehi. Bak kata Pak Mustarjo dalam filem Pendekar Bujang Lapok: "Sabarlah,,, kerana Tuhan akan sentiasa membantu orang-orang yang sabar....". Apapun, Murai Batu lihat ramai geng wartawan hiburan dan orang-orang industri yang tersenyum puas apabila mengetahui tentang berita perkahwinan mereka, hasil daripada susulan serbuan tersebut.

Seorang editor hiburan di Utusan turut meletakkan sebuah posting yang cukup menarik di laman facebooknya. Posting tersebut ditujukan kepada Ramli MS.

Posting tersebut berbunyi: Wartawan tanya dengan baik, kau nafi, kau mengelak. Wartawan tanya-tanya lagi, kau "maki", kau buat muka sinis tak berjenis. Mati-mati tak mengaku dah kahwin. Àkhirnya, kena libatkan pihak JAIS, tak boleh mengelak dah, terpaksa mengaku korang dah kahwin setahun lebih. Persoalannya, kenapa tak nak mengaku? Buruk sangat ke laki/bini tu sampai tak nak diakui statusnya? Malulah jadi perempuan kalau kahwin, laki tak mengaku bini. Macamanalah masyarakat nak hormat orang seni, kalau begini perangainya? Datuk ke tak Datuk, ada aku kisah? 
Murai 




0 comments:

Post a Comment