Filled Under:

Fizo Omar dan Mawar Kemalangan Di Kuala Krai



Kecoh juga media sosial sebentar tadi dengan gambar dan berita kereta pelakon dipercayai milik Fizo Omar atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 29, dan isterinya Mawar Abdul Karim yang bernombor pendaftaran MF120 telah terlibat dalam kemalangan di Kuala Krai, Kelantan.

Namun begitu, menerusi laman sosial Facebook miiknya, admin Fizo Omar telah memberikan penjelasan mengenai penyebaran gambar-gambar kemalangan berkenaan. Menurutnya, kereta berkenaan sememangnya milik Fizo dan Mawar namun mereka berdua tidak terlibat dalam kemalangan tersebut. Ketika kejadian kereta Audi terbabit telah dipandu oleh pembantu peribadinyanya. Tiada kecederaan dilaporkan dalam kemalangan itu.



Berikut adalah petikan dari FB Fizo Omar mengenai kereta Fizo Omar dan Mawar terbabit kemalangan:

“Assalamualaikum. Berikutan kemalangan yang berlaku di Kuala Krai , Kelantan yang melibatkan kenderaan peribadi Fizo Omar tengah hari tadi, pihak admin mengesahkan tiada sebarang kecederaan berlaku kepada ahli keluarga Fizo dan pembantu peribadi beliau…….hati-hati memandu ketika pulang ke kampung halaman masing2 sempena dimusim perayaan ini. Semoga selamat sampai ke destinasi anda.”



Dalam pada itu, Fizo juga telah mengesahkan dia dan isterinya sudah selamat sampai ke Kota Bharu. Fizo juga memberitahu, kemalangan berkenaan melibatkan PA, ibu dan adiknya. Namun mereka semua selamat.

“Alhmdllh fizo n mawar bru sja smpi kat kb.fizo dan isteri tiada dlm kereta semasa kemalangan ptg td di kuala krai. cuma my PA,mama n sister.alhmdllh semuanya selamat.tq smue.”

Alhamdulillah, tiada sebarang kecederaan berlaku kepada ahli keluarga Fizo dan pembantu peribadi beliau. Apapun harap jadi iktibar bersama. Hati-hati semasa memandu. aiskosong




0 comments:

Post a Comment