Filled Under:

Kakitangan Arcade AEON Yang Biadap

sekadar gambar hiasan
Ceritanya bermula apabila seorang pelanggan wanita yang berkunjung ke Molly Fantasy Arcade di Mid Valley, meminta balik token yang tersekat pada salah satu mesinnya dari kakitangan Arcade tersebut.

Malangnya, kakitangan Arcade tersebut bertindak biadab dengannya dan salah seorang daripada 3 atau 4 kakitangan Arcade menyebut:

“You want the token then go buy it yourself”

Sudahlah token yang tersekat, nak minta token balik disuruh pergi beli token yang baru pula. Setelah puas berbincang, sebagai gantirugi, pelanggan wanita terbabit diberi bermain game secara percuma.

Namun, insiden ini masih belum berakhir apabila dua dari kakitangan Arcade tersebut mula memerhatikan dan mengekori kemana saja mereka pergi serta menggelar mereka sebagai ‘loser’.

Bimbang dengan kejadian yang tidak diingini berlaku, salah seorang dari rakan mangsa mengambil gambar dua kakitangan berkenaan sebagai bukti yang membuat aduan kepada pihak pengurusan.

Tindakannya itu mengundang salah seorang kakitangan Arcade menunjukkan isyarat #lu-cah kepada mereka.

Bagaimanapun, cerita dari sebelah pihak saja tidak membuktikan bahawa mereka tidak bersalah. Mesti ada cerita disebalik ketidakpuasan hati kakitangan Arcade sehingga tergamak menunjukkan isyarat #Lu-cah terhadap mereka yang tidak diceritakan.

Nota Kaki: apapun, tindakan kakitangan Arcade itu adalah tidak wajar. Mencemarkan imej wanita bertudung. eek




0 comments:

Post a Comment