Tindakan seorang wanita memuat naik gambar dua anggota polis yang menyamannya dalam laman sosial, Facebook membawa padah apabila dia bakal dikenakan tindakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).
Sebelum ini, wanita berusia 29 tahun itu ditahan oleh dua anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) terbabit atas kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar ketika memandu kereta jenis Proton Saga FLX di Kampar, dekat sini.
Menerusi status Facebooknya, wanita terbabit menyatakan tindakan dikenakan terhadapnya itu bertujuan untuk mendapatkan ‘duit kopi’ dan dia turut menulis ‘tidak guna polis dan kerajaan’.
Susulan status yang dilihat menjejaskan imej polis, anggota terlibat membuat laporan di Balai Polis Kampar pada jam 2.15 petang, 29 September lalu.
Anggota berpangkat Lans Koperal itu membuat laporan setelah berasakan status ditulis wanita terbabit berunsur hinaan kerana menjatuhkan maruah, reputasi dan kredibiliti pengadu sebagai anggota polis dan menjatuhkan imej PDRM.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kampar, Asisten Superintendan Noor Janihan Nanyan berkata, pihaknya menerima laporan polis terbabit namun kes berkenaan diserahkan kepada SKMM untuk siasatan lanjut.
“Wanita terbabit telah dipanggil untuk ambil keterangan dan disiasat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana kandungan statusnya menghina seseorang,” katanya. suarainsan

0 comments:
Post a Comment