Filled Under:

Isu Restoran Al-Ehsan Guna Daging Babi

Status : Tidak Benar (Dinafikan oleh pihak Al-Ehsan)

Beberapa hari yang lepas tersebar dakwaan Restoran Al-Ehsan menggunakan daging babi sebagai hidangan di dalam Chicken Chop mereka. Dakwaan yang dibuat oleh akaun Facebook bernama Syam Iz itu telah menjadi viral dan mendapat lebih dari 600 shares.


Hari ini, wakil Al-Ehsan telah menjawab pertuduhan tersebut serta telah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan dan menuntut Syam Iz memadamkan status berkenaan dari Facebooknya.


Memetik dari jawapan Sulthan Alehsan dari Facebook, dia mengatakan Al-Ehsan menggunakan 'bacon beef' atau daging lembu dan membuat jaminan mereka menyediakan produk 100% halal.

"Kami adalah Muslim dan mengamalkan Agama Islam Syariah dalam kehidupan seharian kami. Memohon maaf untuk gangguan yang dialami. Harap disebarkan. Terima kasih.", memetik jawapan berkenaan.


Jelas isu ini timbul kerana salah faham dengan perkataan "bacon". Bacon mempunyai banyak maksud. Jika disebut di negara bukan Islam, perkataan bacon ini lebih menjurus kepada (hirisan)daging babi disebabkan penggunaan daging babi yang meluas di negara mereka. Tapi perkataan bacon juga boleh merujuk kepada beef bacon, atau hirisan daging lembu.


Diharap kedua-dua pihak boleh menyelesaikan perkara ini dengan baik kerana dari apa yang kami nampak ini adalah isu salah faham. SiakapKeli




0 comments:

Post a Comment