Filled Under:

Kelibat Dickson Mengerunkan


Artikel dan foto ehsan http://www.stadiumastro.com

Kelibat 'orang besi', Dickson Nwakaeme dalam pasukan Pahang pastinya akan mengundang masalah buat barisan pertahanan Johor Darul Takzim (JDT) apabila dua pasukan itu bertembung di final Piala Malaysia 2014 sabtu ini.

Memang diakui, pemain kelahiran Lagos, Nigeria itu jelas begitu selesa bermain di bahagian depan Pahang dan kerap kali mengucar-kacirkan permainan lawan.

Dibantu dengan beberapa pemain utama yang begitu sinonim pada era kebangkitan Tok Gajah seperti Gopinathan, Azamuddin Akil, Matías Conti, Azidan Sarudin, ia menambahkan lagi ketajaman atau memudahkan kerja Dickson.

Acap kali diperhatikan, seorang pemain masih tidak cukup untuk menjaga Dickson seorang! Memandangkan pemain itu memiliki kekuatan badan dan keupayaan mengawal bola dengan baik, beberapa pemain pertahanan lawan diperlukan untuk menyekat kemaraannya.

Terbukti, bekas pemain Kelantan itu kerap melakukan gerakan solo untuk membuka peluang kepada rakan sepasukan menjaringkan gol ketika membelasah Kedah, 5-0 pada separuh akhir kedua untuk Pahang mara ke final dengan agregat 6-3.

Barisan pemain lawan sering terleka apabila terlalu menumpukan perhatian terhadap Dickson. Mereka terlupa dengan kelicitan Azamuddin Akil di depan gol, mahupun kepantasan Gopi yang membawa masuk bola dari tepi.

Skuad JDT harus berwaspada dengan larian Gopi dan jika tersilap langkah, tiada pemain yang mampu mengejarnya.

Selain boleh membuat hantaran yang baik di depan gawang, Gopi juga sering mencuri tumpuan dengan melakukan rembatan dari sudut yang sukar, sekiranya tiada rakan yang menanti di depan gawang lawan. 
stadiumastro




0 comments:

Post a Comment