Filled Under:

Nabi Pesan, Layan Anak Macam Raja Bila,.....


Dengan anak kecik ni, kadang-kadang cepat saja kita nak marah. Ringan saja tangan nak pukul. Laju saja mulut nak jerit. Bila dah jerit, dah pukul, tengok wajahmereka yang lena dek keletihan, mulalah perasaan menyesal datang bertalu2. Tapi esok, rutin tu akan berulang lagi terjadi. Pernah kan? Terutamanya ibu yang 24jam bersama dengan anak. Tak tetinggal ibu dan ayah yang letih dan penat bekerja.

Tak mahu hipokrit, tak mahu retorik, saya pun sama. Kadang2 kerana nakkan yang terbaik, tanpa sedar kita marah mereka. Kita nak mereka matang dengan cepat. Kita lupa, kita dulu kecik2 pun macam tu juga. Umur 2 tahun masih mengelap hingus dengan baju. 

Umur 4 tahun masih suka menconteng dinding rumah. Umur 6 tahun masih meraung2 nak ikut mak pegi kenduri. Umur 12 tahun masih ber "2 minit" bila mak suruh mandi. Itu belum masuk walaupun dah berkahwin, waktu sakit masih memanggil2 nama mak lagi.

Rupanya sistem didikan anak dalam Islam ini cukup cantik sekali. Ada peringkat dan ada maslahat yang dipertimbangkan. Nabi pesan, umur 0-7 tahun, layan anak macam raja, sebab waktu ni dia belum cukup umur, akal belum sempurna, bila dah masuk 8-14 tahun, pukul dan didik bila tak mendengar kata, didik dia macam "hamba", sekat apabila terlalu banyak meminta. 

Waktu ini dia sudah bijak. Terlalu berkeinginan untuk mencuba. Bila umur dah melangkau 15 tahun dan ke atas, layan mereka macam sahabat. Sebab waktu ini, emosinya sedang bergelut hebat. Kena pimpin mereka, beri panduan, beri dan bina kepercayaan antara kita dan dia. Subhanallah, kalau benar2 diikut, sunnatullahnya terdidik, syariatullahnya terjaga.

Merenung ke depan, jauh lagi perjalanan amanah yang kita nak bawa. Kita tak punya pilihan. Hanya ada 2 saja. Nak jadi mama kepada anak2 syurga atau ibu kepada bakal penghuni neraka, waliyazubillah. Ya Allah, mudah2an percaturan hidup kami yang Engkau tetapkan ini sebaik2 taqdir untuk masa depan dunia dan akhirat kami. Amin..  FB 
Nazirah Nur Mukmin




0 comments:

Post a Comment