Rindu Anak Anak & Tauke Akui Sudah 10 Tahun Tidak Berjumpa



Pelawak ini sering dikaitkan dengan ramai wanita cantik dan tidak kurang juga yang memanggil dirinya sebagai playboy kerana sering bertukar teman wanita namun tidak ramai tahu yang Tauke Jambu menanggung rindu dek sedekad tidak berjumpa anak anak.


Bercakap kepada portal GUA Tauke mengakui yang beliau sudah 10 tahun tidak berjumpa dengan tiga orang anak anaknya hasil perkahwinan pertama.


“Saya tidak bertemu anak-anak saya semenjak tahun 2004. Saya memang terputus hubungan dengan bekas isteri yang menjaga tiga orang anak saya. Tiga orang anak saya itu adalah menerusi perkahwinan pertama saya. Saya sangat rindu dengan anak-anak saya. Saya memang tidak tahu bagaimana mahu berhubung dengan mereka,” jelas Tauke.


Tauke berkata beliau pernah terjumpa satu profile anaknya melalui Facebook namun beliau terus disekat selepas cuba menghubunginya.

“Saya pun tidak tahu apakah sebabnya. Tapi saya memang sangat merindukan mereka & berharap dapat bertemu dengan mereka satu hari nanti,” tambahnya lagi.

GUA


Kelibat Dickson Mengerunkan


Artikel dan foto ehsan http://www.stadiumastro.com

Kelibat 'orang besi', Dickson Nwakaeme dalam pasukan Pahang pastinya akan mengundang masalah buat barisan pertahanan Johor Darul Takzim (JDT) apabila dua pasukan itu bertembung di final Piala Malaysia 2014 sabtu ini.

Memang diakui, pemain kelahiran Lagos, Nigeria itu jelas begitu selesa bermain di bahagian depan Pahang dan kerap kali mengucar-kacirkan permainan lawan.


Isteri Ahmad Hakimi Mulakan Kehidupan Baharu


Tiga bulan selepas tragedi nahas pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia(MAS) MH17 yang meragut nyawa pembantu juruterbang, Ahmad Hakimi Hanapi, isteri dan anaknya yang berusia setahun kini memulakan kehidupan baharu dengan membuka francais The Boost Juice di D'Pulze, Cyberjaya pada Rabu.


Siti Nurhaliza Kecewa Sikap Peniaga Produk 'Penipu'


Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menasihati penjual produk kecantikan di negara ini agar tidak menipu pelanggan dengan menggunakan gambar wajah-wajah artis untuk melarikan perniagaan mereka.

Siti, 35, yang turut dieksploitasi apabila wajahnya digunakan bagi tujuan berkenaan berkata, ia adalah tidak wajar kerana langkah itu pasti akan memberi kesan langsung kepada orang ramai.


Nabi Pesan, Layan Anak Macam Raja Bila,.....


Dengan anak kecik ni, kadang-kadang cepat saja kita nak marah. Ringan saja tangan nak pukul. Laju saja mulut nak jerit. Bila dah jerit, dah pukul, tengok wajahmereka yang lena dek keletihan, mulalah perasaan menyesal datang bertalu2. Tapi esok, rutin tu akan berulang lagi terjadi. Pernah kan? Terutamanya ibu yang 24jam bersama dengan anak. Tak tetinggal ibu dan ayah yang letih dan penat bekerja.

Tak mahu hipokrit, tak mahu retorik, saya pun sama. Kadang2 kerana nakkan yang terbaik, tanpa sedar kita marah mereka. Kita nak mereka matang dengan cepat. Kita lupa, kita dulu kecik2 pun macam tu juga. Umur 2 tahun masih mengelap hingus dengan baju. 

Umur 4 tahun masih suka menconteng dinding rumah. Umur 6 tahun masih meraung2 nak ikut mak pegi kenduri. Umur 12 tahun masih ber "2 minit" bila mak suruh mandi. Itu belum masuk walaupun dah berkahwin, waktu sakit masih memanggil2 nama mak lagi.

Rupanya sistem didikan anak dalam Islam ini cukup cantik sekali. Ada peringkat dan ada maslahat yang dipertimbangkan. Nabi pesan, umur 0-7 tahun, layan anak macam raja, sebab waktu ni dia belum cukup umur, akal belum sempurna, bila dah masuk 8-14 tahun, pukul dan didik bila tak mendengar kata, didik dia macam "hamba", sekat apabila terlalu banyak meminta. 

Waktu ini dia sudah bijak. Terlalu berkeinginan untuk mencuba. Bila umur dah melangkau 15 tahun dan ke atas, layan mereka macam sahabat. Sebab waktu ini, emosinya sedang bergelut hebat. Kena pimpin mereka, beri panduan, beri dan bina kepercayaan antara kita dan dia. Subhanallah, kalau benar2 diikut, sunnatullahnya terdidik, syariatullahnya terjaga.

Merenung ke depan, jauh lagi perjalanan amanah yang kita nak bawa. Kita tak punya pilihan. Hanya ada 2 saja. Nak jadi mama kepada anak2 syurga atau ibu kepada bakal penghuni neraka, waliyazubillah. Ya Allah, mudah2an percaturan hidup kami yang Engkau tetapkan ini sebaik2 taqdir untuk masa depan dunia dan akhirat kami. Amin..  FB 
Nazirah Nur Mukmin


Plat Nombor Kereta Yang Paling Angkuh?


Bukan kereta anak Rozita kerana anak Rozita punya result tak gempak macam di bawah


Foto Seorang Artis Jelita Undang Kejutan Di Majlis Pertunangan Sharifah Sakinah


Sabtu lalu telah berlangsung majlis pertunangan antara pelakon Sharifah Sakinah dan juga pilihan hatinya seorang juruterbang Aliff Adha Jamil yang telah diadakan di kediaman keluarga pelakon itu di Taman Melawati, Kuala Lumpur.


Luahan Hati Johan Kepada Zizan Razak


"Dia yg slalu buat sya marah.. dia berjaya buat sya menangis.. dia pandai buat sya senyum.. dia je lelaki yg selalu suka cium sya (gatal!!!) Dia sentiasa dlm hati sya.. dia la sahabat sya... ya!! @zizanrazak869 aku syg ko!! Walaupon ko mcm2!!! #sahabatselamanya #jozantetapjozan"


Warna Air Kencing Anda Menggambarkan Keadaan Anda.



Warna air kecing seringkali digunakan sebagai satu alat untuk diagnos pesakit. Warna, bau dan ketumpatan air kencing kita boleh memberi pelbagai tanda. Di Sini disertakan warna air kencing dan apa tandanya kepada sesorang.


SSM : Peniaga Online Perlu Papar Nama & No Syarikat, Denda RM5000 Jika Gagal



Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) nampaknya sudah mula memandang serius isu perniagaan-perniagaan online yang tidak berdaftar.

Melalui sebuah notis yang dipaparkan E-Commerce Milo, pihak SSM sudah mula mengadakan pemantauan kepada beberapa peniaga di laman Facebook bagi memeriksa sama ada mereka ini memaparkan nama dan nombor pendaftaran syarikat.


Gambar Nabil, Viral Di Singapura



Nabil Ahmad makin lama makin laku kan, tambah-tambah lagi dalam dunia pengacaraan. Jumaat lalu, Nabil telah menjadi pengacara untuk Anugerah Planet Muzik (APM2014) yang diadakan di Singapura.


Peminat Berang Hanis Zalikha Semakin Seksi



Sebut sahaja nama Hanis Zalikha pastinya sudah ramai yang mengenali gadis cantik ini. Bermula daripada seorang blogger sehinggalah menjadi bintang popular.

Bagi peminat yang sudah lama mengkuti perkembangan gadis cantik ini daripada awal, sudah pasti dapat melihat banyak perbezaan antara dulu dan sekarang. Ternyata menurut mereka, Hanis kini semakin daring berpakaian seksi dan sudah berani mendedahkan susuk tubuhnya.


Che Ta Hilang Sabar Di IG, Guna Perkataan Bodoh dan Bangang


Walaupun isu penajaan kos rawatan bersalin Rozita Che Wan oleh KPJ sudah beberapa hari berlalu, isu tersebut masih lagi hangat diperkatakan.

Kalau sebelum ini Che Ta dilihat dengan tenang menjawab isu mengenai perkara ini, kali ini nampaknya tahap kesabaran Che Ta sudah mencapai tahap penhujungnya.


Kami Sangka Ini Contengan Muka Yang Biasa. Setelah Lihat Gambar Ke-3, Mulut Kami Terbuka Lama


Kenali Eloy Morales.

Beliau adalah seniman Sepanyol yang terkenal dengan lukisan hyper-realistic. Lihat sahaja lukisan beliau dibawah, sekali pandang tentu anda fikir ia adalah gambar yang ditangkap menggunakan kamera bukan?

Morales mewarisi bakat ini daripada datuknya sendiri. Sejak dari kecil, beliau sanggup menemani datuknya berjam-jam lamanya untuk melihat apa yang datuknya hasilkan. Dan kini beliau adalah antara seniman terbilang yang mampu menghasilkan lukisan yang luar biasa.


Jepun Lenyap 100 Tahun Lagi


Jepun mungkin musnah sama sekali akibat letusan gunung berapi pada abad akan datang dengan semua 127 juta penduduknya terbunuh.


Pakar yang menganalisis corak letupan gunung berapi di negara itu berkata, bukan sesuatu yang melampau untuk meramalkan bencana alam itu akan melenyapkan negara Matahari Terbit itu dari muka bumi ini.


Foto pasangan anak kembar Nurul Syuhada


Menerusi rancangan Malaysia Hari Ini di saluran TV3, akhirnya wajah sepasang anak Nurul Syuhada Nurul Ain telah didedahkan kepada orang ramai. Comel sangat-sangat.

Untuk makluman, Nurul Syuhada telah dikurniakan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan pada hujung bulan September yang lalu. Seorang dilahirkan secara normal manakala seorang lagi secara pembedahan.


Foto Terkini Ku Hariz, Teman Lelaki Baru Jihan Raja Lawak


Menyulam cinta dengan seorang gadis yang mempunyai ramai peminat atau berada dalam kategori popular kadangkala membuatkan hubungan tersebut diuji dengan seribu satu dugaan.

Apatah lagi apabila si jejaka turut berada dalam kelompok kerjaya yang sama, barangkali timbul sedikit perasaan cemburu melihat pasangannya itu lebih dikenali berbanding dirinya yang sama-sama mencari makan sebagai anak seni.


Calon- Calon Jodoh Yang Tak Jadi


Selama hidup ni, tak pernah ada lelaki idaman dan takde lelaki lain yang I betul2 suka selain Isham ( husband sekarang ). Tu cinta pertama and the only lelaki kot yang I bercinta sebenarnya. Tapi bila hubungan cinta dihalang, of course pernah cuba untuk kenal lelaki lain untuk memuaskan hati ibu ku yang mempunyai taste tinggi memilih menantu. 


Gaji RM5,000 Ke Atas Perlu Bayar Lebih Untuk Bahan Api



Golongan berpendapatan sederhana di Malaysia yang kini berhadapan dengan gaji yang statik dan kos sara hidup yang meningkat selepas ini akan berhadapan dengan satu lagi dugaan.


#inibukansaya Nora Danish Siapa Disebalik Caption Itu?


Selebriti jelita Nora Danish terus menjadi perhatian para pengikut Laman Sosialnya apa sahaja yang di muat naik di laman sosial nya terus jadi perhatian para pengikut nya.


Inilah Kata-kata Fazura Bila Tmj Kahwin Che Puan Khaleeda


Jumaat lalu telah berlangsung majlis perkahwinan diraja Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersama pasangan hidupnya, Cik Puan Khaleeda Bustamam yang berlangsung di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.


22 Tempat Sangat Berwarna-warni Yang Sebenarnya Wujud


Ini adalah senarai 22 gambar tempat yang sangat berwarna-warni. Seperti anda, kami pun mulanya tidak percaya ianya wujud.


Wanita Kena Dera Pura-Pura Buat Tempahan Pizza Untuk Panggilan Kecemasan



Seorang operator 911 dikejutkan dengan panggilan kecemasan seorang wanita yang pada mulanya disangkakan sebagai gurauan kerana mahu membuat tempahan piza. Tetapi sebenarnya tidak walaupun wanita terus mendesak untuk mendapatkan piza yang mengandungi peperoni, cendawan dan lada secepat mungkin.


Kisah Hidup Tan Sri Syed Al-Bukhary

TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY

Umur - 63 tahun -1951
Pendidikan - SPM
Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
Kekayaan -RM1,425 juta
Ke 7 terkaya di Malaysia
Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)


Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary
Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary adalah usahawan yang banyak menderma dan banyak melakukan kerja-kerja amal.


Latar belakang kehidupan
Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah. Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga. Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah. Walaupun demikian, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Keadaan itu juga mendorong beliau supaya memulakan kelas tuisyen percuma sebagai salah satu program kebajikan di bawah Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkannya bagi menyumbang ke arah kebajikan. Kini, seramai 15,000 orang pelajar mendapat faedah daripada program tuisyen itu.


Pendidikan

Tan Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bahru. Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal’s.Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi. Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.


Membantu keluarga
Disebabkan keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan, Tan Sri Syed Mokhtar membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga. Mereka menjualnya di pasar di Jalan Telok Wan Jah. Beliau juga menjual roti canai di pasar yang sama. Semasa waktu rehat di sekolah pula, ayahnya akan menemuinya di sekolah dan memintanya membuat simpan kira. Selepas waktu sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar membantu menggembala haiwan peliharaan bapanya di pusat kuarantin berdekatan dengan stesen kereta api Alor Setar. Beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa melakukan kerja-kerja itu.


Mula berniaga
Pada tahun 1970-an, perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami kemerosotan ekoran tercetusnya wabak kaki dan mulut. Wabak itu merebak ke seluruh Selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Semua binatang ternakannya mati begitu sahaja. Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih perniagaan bapanya dan membuat keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam bidang penternakan. Beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan.Sebenarnya, Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual. Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan.Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan. Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS.Sebenarnya, seorang peniaga Cina menawarkan sejumlah wang bagi baki dua permit yang tidak digunakannya. Tan Sri Syed Mokhtar enggan dan menyerahkan permit itu kembali kepada MARA. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu. Tan Sri Syed Mokhtar menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras. Syarikat Kenderaan Sentosa masih wujud sehingga ke hari ini dan memiliki lebih daripada 40 buah lori.


Menubuhkan syarikat
Pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar membeli rumah kedainya yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan UDA atau Perbadanan Kemajuan Bandar. Seterusnya, pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dia berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras. Dalam syarikat usaha sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52 peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus. Perniagaan usaha sama yang diberi nama Bukhary Sdn. Bhd. itu memulakan operasinya pada 15 Julai 1976, di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah.


Perniagaan terus berkembang
Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu gula. Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM250 juta.Setahun selepas Bukhary Sdn. Bhd. memulakan operasinya, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd. pada tahun 1977. Syarikat itu ditubuhkan khas bagi mendapatkan kontrak kerajaan yang pada masa itu banyak ditawarkan kepada usahawan Bumiputera. Operasi Bukhary (KL) Sdn. Bhd. dijalankan di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Usahanya membuahkan hasil lagi. Tan Sri Syed Mokhtar diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan. Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi pusat pembungkusan.Apabila beliau mendapat kontrak pembekalan itu, Tan Sri Syed Mokhtar menubuhkan Susu Mas Sdn. Bhd. pada tahun 1979. Syarikat itu juga adalah syarikat usaha sama di antara dirinya yang memegang 51 peratus kepentingan dengan New Zealand Milk Products yang memegang saham selebihnya. Produk Susu Mas Sdn. Bhd. dipasarkan di bawah jenama Fernleaf dan Anchor. Pada pertengahan tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn. Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi.


Strategi tersendiri
Pada tahun 1978, beliau dijemput menyertai delegasi perdagangan ke Ekso Perdagangan Canton, China. Semasa berada di China, Tan Sri Syed Mokhtar menjalankan sistem barter, iaitu menukarkan kokonya dengan teh dari China. Cuma bezanya sistem barter zaman sekarang dijalankan secara besar-besaran atau pukal. Contohnya, menukarkan 1 tan minyak sawit dengan 1 tan minyak mentah.


Perniagaan pakaian
Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, pembungkusan dan barter, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan. Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Apabila berjaya mendapat kontrak itu, beliau mula mencari pembekal. Pada mulanya, beliau membeli secara terus daripada pengilang.Selepas membeli daripada pengilang, beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Oriental Garments Uniform Division adalah syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang Prai.Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.


Perniagaan perkapalan
Tidak cukup dengan perniagaan pakaian, beliau juga bergiat dalam perniagaan perkapalan. Beliau menubuhkan Bukhari Shipping dan mendaftarkannya dengan pihak Perbendaharaan. Bukhari Shipping bertindak sebagai broker kapal di bawah polisi CABOTAGE. Melalui Bukhari Shipping, Tan Sri Syed Mokhtar membeli sebuah kapal buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada harga USD1 juta.Kapal yang diberi nama Angsa Mas itu digunakan bagi mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, perniagaan itu mengalami kerugian yang menyebabkan beliau terpaksa menjual kapalnya pada harga USD600,000, iaitu rugi sebanyak USD400,000 (USD1 juta – USD600,000).Pada masa yang sama, beliau mula membabitkan diri dalam sektor pembangunan hartanah. Beliau membeli beberapa bidang tanah di Alor Setar dan memulakan beberapa projek perumahan di bawah syarikat Bukhary Development.


Penglibatan dalam projek penswastaan
Beliau terlibat dalam projek penswastaan Johor Port Sdn. Bhd. dan Johor Tenggara Oil Palm Sdn.Bhd. Beliau membeli Johor Port melalui tender pada harga RM330 juta. Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya pada harga RM135 juta. Melalui Johor Port Sdn. Bhd., beliau menjayakan projek Pelabuhan Tanjung Pelepas.Kini, Pelabuhan Tanjung Pelepas semakin maju hingga mereka berjaya meyakinkan dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.Projek penswastaan ketiganya adalah penswastaan air yang mana beliau menubuhkan Equiventure Sdn. Bhd., iaitu syarikat usaha sama di antara syarikatnya, Kembangan Dinamik dan Pilecon Bhd. serta syarikat Perancis, Oneo. Pegangan Kembangan Dinamik dalam syarikat itu adalah sebanyak 49 peratus.


Kepentingan
Beliau membeli MMC Corporation, iaitu syarikat kejuruteraan pada harga RM3 sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB). Tan Sri Syed Mokhtar juga memiliki 22.7 peratus pegangan dalam Malakoff Berhad, iaitu syarikat pembekalan elektrik dan 20 peratus pegangan dalam IJM Corporation Berhad di mana perniagaan utamanya adalah pembuatan. Selain itu, beliau memiliki 18 peratus pegangan dalam Bernas yang terlibat dalam perdagangan beras dan 32 peratus pegangan dalam Pernas International Holdings Berhad, iaitu konglomerat yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan. Manakala 18.7 peratus pegangan dalam Fiamma Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik serta 100 peratus kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan pengedaran buku.


Objektif penubuhan Yayasan al-Bukhary
Yayasan al-Bukhary ditubuhkan pada Mac 1996 sebagai badan kebajikan yang berperanan membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan juga menggalakkan persefahaman antara peradaban. Antara objektif utama Yayasan al-Bukhary adalah menggalakkan persaudaraan sesama Islam. Yayasan ini terdiri daripada dua buah bahagian. Satu bahagian menjalankan kerja-kerja kebajikan manakala satu bahagian lagi menguruskan penyaluran dana daripada setiap syarikat yang mana Tan Sri Syed Mokhtar ada kepentingan di dalamnya. Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan. Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia.


Projek-projek utama Yayasan al-Bukhary
Antara projek terbesar yang sedang dijalankan adalah pembinaan Kompleks al-Bukhary yang bernilai RM400 juta di Kedah yang dijangka siap pada akhir tahun 2004. Kompleks itu kelak memainkan peranan sebagai kompleks yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi.Antara projek besar yang disiapkan adalah Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta. Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam. Yayasan al-Bukhary juga membina 12 buah masjid di serata negara.Sumbangan dalam bidang pendidikanPada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7.75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah. Selain itu, Yayasan al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan kepercayaan.Penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga terserlah. Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM satu juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.

Tan Sri Syed adalah Usahawan Bumiputera yang terkaya di Malaysia dengan kekayaan yang bernilai RM1.67 bilion. --(dipetik dari I Luv Islam, 8 Julai 2007) papagege


Kisah Wanita Tua dan Uzur Dengan Seekor Kucing Di Tanah Suci Mekah..


Kisah ini dikongsikan oleh blogger islampelitahidup. Kisah ini mengenai seorang wanita tua dan uzur berasal dari Perak terjumpa dengan seekor kucing yang lemah semasa dia menunaikan haji di Tanah Suci Mekah.. Baca kisahnya..


Penganjur Program Sentuh Anjing Akhirnya Bersuara

Syed Azmi Alhabshi akan mengadakan sidang media esok berkenaan program anjurannya 'I Want to Touch a Dog' yang baru-baru ini menimbulkan kemarahan Melayu Muslim. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Oktober, 2014.


Selepas hampir seminggu mendiamkan diri walaupun negara kecoh akibat program yang dianjurkannya Ahad lepas, penganjur 'I Want to Touch a Dog' muncul mengumumkan beliau akan mengadakan satu sidang media esok.


43 Fakta Unik Tentang Kucing



Sebut sahaja Kucing atau Meow sudah terbayang kecomelan dan sifat manja haiwan kesayangan Nabi ini. Memang rugi bagi orang yang tidak suka pada kucing kerana mereka adalah haiwan yang cukup istimewa dan tinggi darjatnya disisi Allah. Kita rasa kita tahu semua pasal kucing tetapi sebenar ada 43 fakta unik tentang haiwan yang bernama kucing ini. Jom check!


Hilang 2 Kaki, Si Kucing “Mercury” Tetap Ceria


Comelnya kucing yang bernama “Mercury” ini. Walaupun kehilangan 2 kaki hadapannya, Mercury tetap ceria bermain bersama dengan rakan-rakannya yang lain. Kecacatan ini tidak menjadi penghalang buat Mercury untuk meneruskan kehidupannya seperti kucing-kucing yang lain.


Tindakan Lelaki Ini Beri Makan 150 Ekor Kucing Di Kawasan Perang Tersebar Di Internet


Seorang pemandu ambulans bertindak memberi makanan kepada kucing-kucing yang telah ditinggalkan di kawasan kejiaranan yang telah dimusnahkan akibat peperangan. Lelaki ini yang dikenali sebagai Alaa telah membelanjakan 4 dolar sehari untuk membeli daging dan memberi makan pada kucing-kucing di kawasan kejiranan tersebut, lapor laman the independent UK hari ini.


11 Servis Paling Mewah Dan Aneh Yang Di Tawarkan Oleh Hotel


Ridikeles. Ada perkhidmatan sewa kereta mewah? Yep for realz.



16 Kediamana Rasmi Perdana Menteri Seluruh Dunia


Ada yang besar ada yang kecil. Ada yang baru dan ada yang dah digunakan ratusan tahun. Mari lihat kediaman rasmi perdana menteri dari beberapa negara di dunia. 


Sejarah Pembinaan Terowong Genting Sempah


Mungkin ramai di antara pengguna Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak yang sering melalui terowong ini tanpa mengetahui kisah sejarahnya. Marilah kita mengimbau kembali kenangan kira-kira 33 tahun yang lalu mengenai terowong yang pernah mencatat sejarah sebagai sebuah terowong lebuh raya pertama di Malaysia.

Pembukaan terowong dan sebahagian lebuh raya baharu Kuala Lumpur – Karak ini kepada lalu lintas telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Abdul Ghani Gilong, Menteri Kerja Raya Dan Kemudahan-Kemudahan Awam pada 07.01.1978.


Keluarga Berhabis SMS RM35000 Untuk Kekalkan Anak Ke Final AF2014


Seorang peserta AF2014 telah menerima sokongan yang agak luar biasa dan mengagumkan dari ahli keluarganya sehingga sanggup menghabiskan sejumlah wang kira-kira RM 35,000 untuk mengekalkan anak di pentas AF2014 ini.


Bila Neelofa Bergambar Di Katil Harga Hampir RM1 Juta


Ini adalah beberapa gambar yang baru dimuat naik oleh artis cun… Neelofa yang berada di pusat peranginan mewah Iniala Beach House, Phuket, Thailand. 
Kalau ikut maklumat di instagram miliknya, Neelofa mengikuti sesi bergambar untuk majalah Hello Asia.


6 Foto Jasmin Hamid Terlampau Mengghairahkan Di Teater !


Gambar Aaron Aziz digoda oleh Jasmin Hamid sungguh menggairahkah di dalam teater Suhu “Badai Semalam” arahan Kahirunazwan Rodzy yang dipentaskan di Istana Budaya.

Ketika ini teater itu secara tiba tiba meletup apabila dibintangi oleh Aaron Aziz, Erra Fazira dan Umie Aida. Aaron sebagai Karim turut melakonkan aksi menari disko dan dalam babak tersebut berlakunya adegan aksi ghairah yang melibatkan Aaron bersama pelakon versatil, Jasmin Hamid (Dora). Hebat sungguh!


'Cukup-cukuplah... Tun M jangan kacau Najib'

Dr Mahathir

Malaysia perlu mengambil peluang sebaiknya selepas berjaya memperoleh kerusi tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) untuk mengembalikan kelantangan semasa zaman pemerintahan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.


Wajah Model Cantik Li Ying Zhi Berubah Mengerikan Selepas Dua Tahun Kerana Pembedahan Plastik



Li Ying Zhi adalah seorang model yang terkenal dan cantik berasal dariada China. Ying Zhi terkenal dengan jolokan "Beauty Of Qingdao" mempunyai ketinggian 1.77 meter, Ying Zhi terkenal dengan model Motor Show, Fesyen. Kemunculan dia semasa Beijing Motor Show 2012 memang memukaukan mereka yang hadir kerana penampilannya amat sempurna dan cantik.


Kesan Buruk Memakai Bra Dan Seluar Dalam Semasa Tidur


Artikel ini adalah artikel informasi berkaitan pemakaian ketika tidur yang kadang-kadang kita tak ambil berat hal ini. Jom baca!

Melepaskan pakaian dalam’ bukan bermaksud perlu tidur bogel, tidak, ia satu tindakan sangat bahaya, jika kena gigit lipan atau nyamuk di tempat sensitif tu pasti anda bangun pagi dibuai mimpi ngeri 2-3 hari.


Petua Mencari Isteri Yang Cantik



Berikut adalah petua-petua sekiranya anda ingin memilih gadis jelita menjadi isteri anda:


1. Elakkan Dari Berkawan Dengannya
Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenarnya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya ‘baik, sopan dan elok’ apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa:


5 Langkah Jimat Minyak Kereta


Tahukah anda bahawa ada jalan untuk jimat minyak kereta tanpa kurangkan jarak dan kekerapan perjalanan anda sebagaimana biasa?  Semua orang yang ada kenderaan sendiri dah tahu yang harga minyak kereta naik. Tak ada pilihan yang lebih baik, selain dari berusaha cari jalan untuk jimat minyak kereta.


19 ‘Sarang Gay’ Paling Terkenal di Malaysia


Berdasarkan carian dari beberapa sumber di internet, berikut adalah ‘port’ atau sarang Gay paling terkenal di Malaysia. Diharap pihak-pihak yang berkenaan melakukan siasatan dan serbuan ke atas tempat-tempat sebegini, agar masalah sosial yang semakin meningkat ini dapat dikurangkan sekaligus tidak timbul lagi tempat-tempat golongan ini berpeleseran kerana sememangnya ia adalah gambaran dan contoh yang kurang baik terutama sekali kepada golongan kanak-kanak dan remaja.


10 Manusia Yang Bergelar Jutawan Tanpa Perlu Bekerja


Athina Onassis

10. Athina Onassis – Nilai Harta: US $ 1 bilion
Beliau adalah jutawan termuda di dunia ketika ini. Mendiang datuknya iaitu Aristotle yang telah mewariskan kekayaan tersebut kepadanya.

Harta tersebut diwarisi ketika beliau berumur 3 tahun. Namun harta itu diuruskan ketika beliau meningkat dewasa. Salah satu legasi beliau adalah Pulau Skorpios yang terletak di negara Greece.


Kereta Bantuan Kecemasan Mewah Di Dubai


Di Dubai kita semua tahu terdapat kenderaan polis yang mewah seperti Lamborghini dan GTR. Kini pekhidmatan bantuan kecemasan juga menggunakan kenderaan mewah berprestasi tinggi seperti Lotus Evora dan Ford Mustang. Kenderaan bantuan kecemasan ini tidak boleh membawa pesakit ke hospital tetapi mampu memberikan batuan awal untuk menstabilkal pesakit. 


Gambar anak Lisdawati, Fauzi terkini


Dah menjangkau 4 bulan usia anak bongsu Lisdawati dengan Fauzi Nawawi ni. Namanya mungkin korang lupa, ni ha, Ahmad Nur Fyrdaus. Memang comel dan sihat.

Teringin dapat anak macam ni kan. :)