Filled Under:

Yana Samsudin Bertuah Selepas Keluar Daripada MIG?



2 tahun kebelakangan ini, nama Yana Samsudin boleh dikatakan semakin mengecap populariti dan stabil. Tidak hanya rancak dengan kemunculan menerusi drama dan filem malah sedia maklum, Yana juga antara selebriti yang mempunyai pengikut paling ramai di laman sosial Twitter dan Instagram.

Meskipun tidak lagi bernaung dibawah syarikat pengurusan MIG, ternyata pelakon dan pengarah ini berjaya membuktikan yang dirinya mampu berdikari dalam meneruskan perjalanan kariernya.

"Sejak tidak bersama lagi dengan pengurusan lama, apa yang saya boleh katakan yang peluang rezeki saya berbeza. Kalau dulu saya tidak berpeluang menjadi duta mana-mana produk seperti sekarang.

“Tapi saya tak tak salahkan mana-mana pihak. Saya berada di tahap ini pun atas sokongan dan peluang yang diberikan oleh pihak pengurusan lama saya. Tanpa mereka saya tak akan dapat mengecapi kejayaan sebelum-sebelum ini.

Rezeki terbaru, Yana telah dilantik sebagai duta produk kopi jenama Super yang amat popular di Malaysia mahupun di Asia Tenggara. Yana terikat dengan kontrak ini selama 3 tahun dan beliau akan mengikuti segala perancangan yang dibuat oleh syarikat termasuk ‘roadshow’.

Dalam pada itu, Yana turut menafikan beliau semakin sombong setelah bergerak sendiri dan sukar dihubungi oleh pihak media untuk mendapat reaksi dan sebagainya.

"Saya bukannya sombong cuma apabila tidak lagi mempunyai pengurusan semua perkara terpaksa saya lakukan sendiri tanpa bantuan sehingga kadang-kadang saya terlepas pandang panggilan atau pesanan yang dihantar kepada saya.

"Tambahan pula telefon saya diformat baru-baru ini dan kehilangan semua nombor menyukarkan lagi saya mengenali siapa yang membuat panggilan.

"Sudah empat bulan saya bergerak sendiri dan masih menyesuaikan diri jadi banyak perkara yang perlu saya beri perhatian," katanya kepada Murai.

Sementara itu, Yana berkata, dia amat terharu apabila dipilih sebagai duta jenama Super kerana ia adalah produk pertama yang melantiknya sebagai duta sepanjang 10 tahun dia terlibat dalam bidang seni.

"Saya jujurnya bukan penggemar kopi sebab itu saya minta untuk cuba dahulu sebelum bersetuju menjadi duta kerana tidak mahu hanya mewakili produk berkenaan tanpa mencuba sendiri.

"Kontrak ini juga adalah yang pertama dan terbesar yang pernah saya dapat sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam bidang seni dan Alhamdulillah dengan rezeki diberikan oleh Allah," katanya. Murai




0 comments:

Post a Comment