Filled Under:

Sheila Majid Ajak Anaknya Kayda Jadi Model Denim?



Penyanyi lagenda, Dato’ Shela Majid nampaknya telah bergandingan bahu dengan anaknya Kayda yang juga merupakan seorang penyanyi rap semakin meningkat naik untuk menjayakan kempen jenama denim terkenal antarabangsa, Levi’s.

Gandingan serasi itu bagi menunjukkan coretan pelbagai kisah dan gelagat dua beranak berkenaan yang telah memakai Levi’s sejak sekian lama menerusi kempen Live in Levi’s

Kisah-kisah dan coretan rasa mereka akan dikongsikan menerusi pameran jeans vintaj peribadi mereka yang akan dipamerkan di kedai-kedai Levi’s terpilih seluruh negara.

Selain dua beranak popular itu, penggiat sosial Datin Paduka Marina Mahathir bersama anak perempuannya, Ineza Roussile, akan menyingkap kisah-kisah Levi’s mereka di samping personaliti-personaliti terkenal lain.

Antara yang menjadi pilihan Levi’s bagi menjayakan kempen mereka kali ini ialah jurufoto ikon , Chuan Looi; penata gaya, Sheryl Oon; penulis lirik dan penyanyi yang mula mencipta nama, Bil Musa dan tidak ketinggalan kumpulan rock indie, Kyoto Protocol serta Oh Chentaku.

Kempen akan berkemuncak dengan majlis sambutan Live in Levi’s yang akan diadakan di ruang Legar pusat beli-belah KLCC pada 10 September depan.

Dengan beraneka aktiviti yang bakal dijayakan oleh personaliti-personalti tempatan, sambutan ini akan menonjolkan kerjasama antara blogger terkemuka, Joyce Wong dan jurufoto, Vincent Paul Yong, merakamkan coretan insan dan kisah-kisah ‘Live in Levi’s’ masing-masing.

Tidak ketinggalan pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat pula akan memberi sentuhan kreatifnya pada jaket Trucker wanita Levi’s® dengan menambah perincian kristal Swarovski, yang akan dijual untuk mengutip dana bagi National Autism Society of Malaysia (NASOM).

Pengilustrasi, Najib Art:Tech dan artis tatu, Lynda Chean, masing-masing akan mereka empat corak bagi tampalan iron-on sebagai hiasan tambahan mengikut kesesuaian bagi pembelian sebarang pakaian Levi’s, sementara rumah seni, Biji-Biji akan menyediakan hiasan estetik untuk majlis sambutan ini dengan menghasilkan barangan hiasan dalaman yang akan dijual untuk kutipan dana amal.




0 comments:

Post a Comment