Filled Under:

Yahudi Akan Bunuh Dr Mahathir







Kuala Lumpur – Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara pemimpin Islam yang Rejim Zionis Israel bersedia melancarkan misi untuk membunuh beliau jika perlu, sekalipun sudah bersara.

Hakikat itu diperakui oleh seorang cendekiawan Islam, Sheikh Imran Nazar Hosein yang pakar dalam bidang pengajian Islam, politik antarabangsa, dan ekonomi dunia.

Portal Suara Generasi Baru sebelum ini telah memuatnaikan sedutan ceramah Sheikh Imran yang membicarakan mengenai usaha Dr Mahathir yang mahu mewujudkan sistem perdagangan berasarkan dinar Islam(pengunaan syiling emas dan perak dalam urusan perniagaan).

“Jika Dr Mahathir (Tun) menghadkan (usaha untuk mempekenalkan dinar emas dan perak) hanya untuk urusan antarabangsa pihak Yahudi akan membiarkannya, kerana urusan tersebut hanya melibatkan sebilangan kecil negara dan tidak akan memberi kesan terhadap sistem perdagangan antarabangsa.

“Tetapi jika Dr Mahathir (Tun) berusaha untuk mengunakan dinar emas dan perak (di dalam urusan perdagangan di peringkat antarabangsa bagi mengantikan sistem yang sedia ada) mereka (Yahudi) akan membunuhnya” katanya.

Ini kerana umum mengetahui Dr Mahathir sejak dari dulu lagi begitu lantang mengkritik kekejaman Rejim Zionis.

Malah beliau memang terkenal sebagai penyokong kuat perjuangan rakyat Palestin yang dizalimi selain bersedia membantu mana-mana negara Islam yang dalam kesusahan atau tertindas.

Terbaru, kritikan pedas beliau terhadap serangan tentera rejim Zionis ke atas pertempatan penduduk Palestin di Gaza melalui artikel tulisannya yang berjudul “The Jews” (Yahudi) hingga didakwa mengakibatkan pengendali laman sosial Facebook menyekat pautan langsung pengguna FB ke blog berkenaan.

Dr Mahathir bagaimanapun turut memuat naik artikel berkenaan di akaun FB beliau – Dr Mahathir bin Mohamad, dan boleh dikongsi semua pengguna FB tanpa sebarang kekangan.

Bagaimanapun kelantangan dan kritikan tajam Dr Mahathir terhadap Israel itu selain semangat beliau membantu sesama negara Islam, khususnya dalam memajukan ekonomi bukan alasan yang cukup kuat untuk pimpinan rejim Zionis melaksanakan plot menamatkan riwayatnya.

Ini kerana rejim itu mempunyai keupayaan memekakkan telinga terhadap apa juga kritikan atau kecaman memandangkan semua itu tidak meninggalkan kudispun bagi mereka.

Malah rejim zalim itu juga mampu untuk mengambil sikap tidak menghiraukan resolusi mengecam atau mengutuk keras apa-apa tindakan mereka yang melanggar undang-undang antarabangsa oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), kerana semua itu hanya tercatat di atas kertas tanpa boleh mencalarkan mana-mana bangsa Yahudi.

Apa yang digeruni pimpinan rejim Yahudi adalah idea-idea bernas daripada kebijaksanaan Dr Mahathir yang jika semua negara Islam bersatu-hati menerima dan mengguna-pakainya boleh meranapkan penguasaan Yahudi ke atas ekonomi dunia, sekaligus menjejaskan Israel dan meranapkan rejim Zionis.

Selain itu Dr Mahathir juga mempunyai ketajaman fikiran yang mampu mellihat segala maksud tersirat, muslihat atau niat jahat segala program dan agenda Yahudi untuk menghancurkan Islam dan menguasai dunia. suara.tv




0 comments:

Post a Comment