Filled Under:

Selama 4 Tahun Bersama Suami, Selama Itu Saya Rasa Keseorangan


Raja Farah|Lama sudah tak mendengar cerita mengenai pelakon ‘Aku Masih Dara’ ni kan? Semenjak berkahwin dengan Megat Bashirun Qhuyum Datuk Zakaria kira-kira 4 tahun yang lalu, Raja Farah telah membuat keputusan untuk mengurangkan aktiviti seninya.

Malah, ada juga desas-desus yang mengatakan bahawa dia dan suaminya berhijrah ke Kelantan semenjak Januari yang lalu semata-mata mahu mengelak orang ramai menghidu masalah rumahtangga mereka.

Bagaimanapun, , pelakon wanita berusia 26 tahun itu menafikan kontroversi bahawa rumahtangganya sedang bergolak.


“Sepanjang empat tahun bersama suami, selama itu saya rasa keseorangan. Bukan bermakna kami berdua bermasalah, tetapi impian untuk mempunyai cahaya mata sendiri masih belum kesampaian.

Selain itu, Raja Farah juga menjelaskan bahawa keputusan dia dan suami ntuk berpindah ke Pasir Mas, Kelantan bukanlah untuk menepis spekulasi yang timbul, sebaliknya mahu meluangkan lebih masa untuk suami. Bagaimanapun, mereka mungkin akan kembali menetap di Kuala Lumpur selepas ini. ohbulan




0 comments:

Post a Comment