Filled Under:

Azwan Ali: Anjing Gila Dan Dan MelayuLAKNATULLAHmsia



Kuala Lumpur – Pengacara, Azwan Ali kembali melatah setelah ditegur pelakon, Shaarnaz Ahmad. Dia yang terkenal dengan jolokan ‘mulut laser’ terus membalas kritikan aktor itu dengan jawapan tersendiri.

Menggunakan media sosial miliknya, Azwan memuat naik status membalas kritikan yang diterima berhubung isu selfienya, ketika Istiadat Penghormatan Mangsa Tragedi MH17 berlangsung Jumaat lalu.

“#MelayuSYURGAmsia untuk semua pengikut, Tuhan merahmati anda. # MelayuLAKNATULLAHmsia? Sesetengah Melayu yang bangkai bernyawa yang gemar menyalak macam anjing gila contoh artis bapok coverina,รข€ demikian catatannya di Instagram.

Malah, dia juga lantang menghentam sesetengah pengikut atau orang tertentu dengan menyamakan mereka seperti anjing rupa manusia.

“Ingat, bukan hambanya yang bagi kita sesuap nasi dan seteguk air. Abaikan anjing rupa manusia yang cross Instagram orang dan menyalak, sebab ibu bapa tidak ajar hormat orang” tulisnya.

Tambahnya lagi, walaupun sering dihentam dan dikritik, namun jenama Azwan Ali akan terus bersinar dan berkembang dalam industri hiburan, tanpa mengharapkan rezeki daripada sesiapa.

“Tuhan sentiasa lindungi hambanya yang terpilih sahaja. Syukur, saya salah seorang daripadanya. Diva AA (Azwan Ali) terus terbang tinggi tanpa takut. Amin.

“Tujuh kali menunaikan umrah setiap tahun tanpa henti sejak 2009. Sebesar hama tidak terjejas caci hina yang datang dari #MelayuLAKNATULLAHmsia,” tulisnya dengan bangga. suara.tv




0 comments:

Post a Comment