Filled Under:

Awie Tak Boleh Hidup Tanpa Anak-Anak



Penyanyi dan pelakon, Awie enggan mengulas lanjut mengenai kemelut rumahtangganya yang kini berada dalam perbicaraan mahkamah. Menurut Awie, dia yang hilang semangat akibat masalah tersebut bangkit demi anak-anaknya.

“Saya akan mati tanpa anak-anak. Mereka merupakan harta dunia dan akhirat saya. Pada mulanya memang saya menolak banyak tawaran tetapi saya bersyukur kerana Tuhan memberi kekuatan untuk saya menghadapi dugaan.

Anak-anak merupakan pembakar semangat untuk saya terus bekerja agar mereka tidak menghadapi kesusahan seperti yang saya hadapi dahulu,” ujar Awie ketika ditemui di majlis sidang media Supermokh Restaging di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Selasa.

Menurut Awie, harta yang dimilikinya sekarang adalah milik anak-anaknya di masa hadapan. Dia juga tidak dapat membayangkan situasi yang mana anak-anaknya tidak membesar di bawah jagaannya.

“Walaupun sibuk dengan latihan serta kerja, saya akan memastikan yang saya ada meluangkan masa dengan anak-anak. Malah tidak lengkap hari saya jika saya tidak mencium pipi anak-anak saya sebelum tidur.

Walaupun kemelut sebegini menimpa saya, namun saya tidak mahu orang ramai kasihan pada saya sebaliknya memberi tawaran kepada saya kerana bakat yang mampu saya berikan,” ujar Awie lagi.

Awie juga tidak menafikan yang susuk tubuhnya semakin susut juga berhubung kait dengan isu yang sedang dihadapinya itu. Tambah Awie, dia kali ini lebih mudah menurunkan berat badan jika dibandingkan dengan teater Supermokh musim pertama.



“Saya tidak menimbang berat badan, tetapi apa yang saya boleh katakan adalah saiz pinggang saya berkurangan dari saiz 36 kepada saiz 30. Malah Hans juga tidak membenarkan saya untuk menurunkan berat badan lagi bagi menjayakan watak Supermokh ini. guadotcom




0 comments:

Post a Comment