Filled Under:

Tandas Berkubah Yang Menyerupai Masjid Di Pusat Peranginan Di Desaru


Sekali pandang nampak seperti Masjid atau setidak-tidaknya surau tempat Umat Islam beribadat. Dengan rekaan kubah dan bentuk binaan seperti tempat Ibadat orang-orang Islam ini sebenarnya sebuah tandas! Binaan yang amat biadap dan kurang ajar ini terletak di Malaysia, lebih khusus lagi terletak di negeri Johor. Tandas biadap ini berada di dalam pusat peranginan Lotus Desaru Beach Resort, Desaru, Johor.

Mengapakah pihak berkuasa tempatan tidak prihatin sewaktu pembinaannya atau adakah pemilik pusat peranginan membina tandas ini tanpa mendapat kelulusan ohak majlis tempatan. Pihak berkuasa tempatan dan negeri wajib mengambil tindakan tegas terhadap pemilik resort untuk merobohkan bentuk binaan yang nenyerupai Masjid ini. Kita tidak mahu usaha halus pihk-pihak tertentu hendak menghina Islam berleluasa.

Kemaskini 3.10 PM:

Maklumat yang diterima daripada sahabat yang tinggal di Desaru, kubah-kubah tandas berkenaan telah diturunkan dan kerja-kerja cat telah dilakukan untuk mengelakkan tempat berkenaan menyerupai sebuah Masjid. khairulryezal





0 comments:

Post a Comment