Filled Under:

Tips Mengatasi Bau Mulut Ketika Berpuasa


Selama menjalankan ibadah puasa, masalah bau mulut seringkali menimbulkan ketidakselesaan. Semasa berpuasa, pengeluaran air liur dalam mulut dan dalam saluran pencernaan berkurang sehingga menjadi lebih kering. Akibatnya timbul halitosis atau bau mulut. Bau mulut juga boleh disebabkan penyakit sistemis seperti liver, perut, saluran pernafasan dan ginjal akut. 

Sedangkan penyakit gigi dan mulut penyebab nafas tak segar di antaranya gigi berlubang, radang gusi, gingivitis kerana karang gigi, dan periodontitis. Dalam hadtih ada menyebut yang bermaksud :

Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.’”

(HR. Muslim no. 1151)

(1) Menjaga kesihatan gigi dan mulut dengan menggosok gigi dan lidah secara betul. Bersihkan sela-sela gigi dengan benang gigi. Jika menggunakan cecair kumur, jangan memakai cecair dengan kandungan alkohol di atas 25 peratus kerana meningkatkan risiko kanser rongga mulut.

(2) Periksa ke doktor gigi anda sekurang-kurangnya enam bulan sekali. Bila ada masa, lakukan spa gigi dua kali dalam sebulan untuk menjaga kesihatan gigi.

(3) Elakkan merokok dan alkohol kerana memberi kesan memburukkan status kebersihan mulut yang mencetuskan terjadinya gingivitis dan periodontitis. Alkohol mengurangkan pengeluaran air liur yang akan memburukkan bau mulut.

(4) Perbanyak pengambilan buah-buahan pengusir bau mulut seperti epal, bengkuang dan lobak merah. Teh hijau mengandungi bahan aktif catechin yang dapat menghilangkan plak, menurunkan kadar gula, dan membunuh bakteria penyebab bau mulut. Minumlah 2-5 cawan teh hijau sehari.

(5) Keju yang rendah karbohidrat, tinggi kalsium dan mengandungi fosfat, dapat memperkuat gigi, meningkatkan pengeluaran air liur dan mengurangkan pertumbuhan karang gigi.

(6) Perbanyak pengambilan air masak minimal satu liter atau lapan gelas sehari selama berbuka hingga sahur. Ini untuk menjaga keseimbangan air dalam tubuh.

(7) Asap makanan probiotik seperti yogurt yang memelihara pencernaan dan menghalang bau mulut.penpatah




0 comments:

Post a Comment