Filled Under:

Siapakah Kanak-Kanak Yang Dilahirkan Di Dalam Kaabah?


Ayahnya bernama Hizam atau Hazm, adalah putera kepada Khuwaylid. Oleh kerananya, Hakim tidak lain merupakan anak saudara Khadijah, isteri Rasulullah, sebab Khadijah adalah puteri Khuwaylid. Kelahiran Hakim bermula ketika berlangsungnya perayaan di Makkah.

Si ibu tua yang sedang sarat mengandung, bersama beberapa wanita, lantas masuk ke dalam Kaabah untuk berdoa. Akan tetapi, secara tiba-tiba, perut si ibu mendadak sakit dan merasa hendak melahirkan bayinya. Dia tidak kuat lagi untuk bergerak dan terpaksa dibaringkan di dalam Kaabah. Sesudah dipersiapkan persalinannya, tak lama kemudian seorang bayi telah lahir ke dunia kemudian diberi nama Hakim.


Kaya dari kecil
Hakim dibesarkan di keluarga berada. Beliau pun benar-benar menikmati statusnya sebagai anak dari keluarga disegani di Makkah. Meskipun demikian, orang tua Hakim tidak serta merta memanjakannya, bahkan dia diberi tanggungjawab untuk melaksanakan Rifadah, yakni membantu siapa saja yang memerlukankan pertolongan, terutama pada musim Haji. Hakim pun benar-benar melaksanakan amanah itu dengan penuh keikhlasan bahkan beliau selalu membantu para jamaah haji menggunakan wangnya sendiri.

Hakim pun bersahabat erat dengan Muhammad buat sekian lama sebelum Muhammad diangkat menjadi Rasul lagi. Kendati usianya lima tahun lebih tua dari Rasulullah, namun hal tersebut tidak menghalang hubungan diantara keduanya. Mereka kerap berbincang serta menikmati kebersamaan sebagai sahabat. Hubungan setia kawan bersama Rasulullah dan Hakim menjadi kian erat lebih-lebih lagi apabila baginda Rasul menikahi ibu saudaranya, Khadijah binti Khuwaylid.

Patut dicatat, meskipun Hakim sudah lama bersahabat dengan Rasul, tetapi Hakim tidak memeluk agama Islam hingga peristiwa penaklukan Makkah. Itu bererti lebih daripada 20 tahun setelah Islam didakwahkan secara terang-terangan oleh Nabi Muhammad. Terhadap hal itu, Hakim sendiri merasa menyesal dengan apa yang sudah dilakukannya sebelum memeluk agama Islam. Ketika pertama kali mengucap dua kalimah syahadat, dia benar-benar amat bersalah serta menyesali setiap detik dalam hidupnya sebagai seorang musyrik dan menolak kebenaran dari Allah dan Rasul-Nya.

Sehari setelah dia masuk Islam, salah seorang dari anaknya melihat Hakim menangis. Maka bertanyalah si anak, “Mengapa ayah menangis?” Hakim menjawab sambil tersedu, “Banyak hal yang membuatku menangis, anakku. Yang terutama adalah begitu lamanya waktu bagi aku untuk memeluk Islam. Padahal, dengan menerima ajaran Islam banyak kesempatan dapat diraih untuk melaksanakan kebaikan, namun itulah yang nyatanya telah aku lewatkan. Hidupku tersia-sia ketika terjadi perang Badar dan perang Uhud.

Setelah Uhud, aku berkata pada diri sendiri, bahawa aku tidak akan lagi membantu kaum kafir Quraisy melawan Muhammad, dan aku tidak ingin meninggalkan Makkah. Saat aku merasa ingin menerima Islam, aku segera berpaling dan melihat orang-orang di sekelilingku yang kebanyakan kaum kafir Quraisy, untuk kemudian bergabung kembali dengan mereka. Oh andai aku tidak berlaku seperti itu. Tidak ada yang dapat menghancurkan kita selain ketaatan buta kita terhadap nenak moyang. Jadi, kenapa aku tidak menangis, anakku?”

Nabi Muhammad memang terkejut manakala seorang yang rendah hati dan berpengetahuan seperti Hakim, tidak memeluk Islam. Untuk waktu lama, Rasul sangat berharap bahawa Hakim serta orang-orang yang sepertinya, dapat terbuka mata hati serta menerima kebenaran Islam. Malam sebelum penaklukan Makkah, Rasulullah berkata kepada para sahabat, “Ada empat orang di Makkah yang aku ingin agar mereka bersedia memeluk agama Islam.” Sahabat lantas bertanya, “Siapa saja mereka itu Ya Rasul?” “Mereka antara lain Attab bin Usayd, Jubayr bin Mutim, Hakim bin Hazm dan Suhayl bin Amr,” jawab Rasul. “Dengan redha Allah, mereka akan menjadi Muslim.”

Ketika pasukan Islam masuk ke kota Makkah dan membebaskan kota itu dari pengaruh jahiliyah, ia lantas berseru, “Siapa sahaja yang bersedia mengakui tiada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, maka dia akan selamat. Siapa sahaja yang berlindung di Kaabah serta meletakkan senjatanya, dia juga akan selamat. Siapa sahaja yang masuk dan berlindung di rumah Abu Sufyan, dia selamat. Dan siapa sahaja yang masuk dan berlindung di rumah Hakim ibn Hazm, dia selamat.”

Tidak berapa lama kemudian, Hakim pun bersegera memeluk Islam dengan sepenuh hati. Dia lantas bertekad untuk menebus segala dosa yang pernah dia perbuat semasa hari-hari jahiliyahnya serta apapun yang pernah dia lakukan untuk menentang Rasulullah. Dia ingin menebusnya demi kemuliaan Islam.


Rajin menderma

Pada masa itu, Hakim merupakan pemilik sebuah bangunan bersejarah di Makkah bernama Dar an-Nadwah. Di tempat itu, biasanya para pemuka Quraisy berkumpul dan berdiskusi tentang banyak hal. Mereka pun banyak membuat rencana jahat terhadap Nabi Muhammad di sana. Hakim memutuskan untuk menjual bangunan itu, demi menghapuskan kenangan masa silamnya yang sudah berlalu. Dijualnya bangunan tersebut dengan harga 100 ribu dirham. Seorang dari keturunannya pun bertanya, “Anda telah menjual bangunan berharga itu kepada orang Quraisy, pakcik?”

Dengan sabar Hakim menjawab, “Kebanggaan dan kejayaan semua kini telah hilang dan berganti nilai taqwa. Aku hanya menjual sebuah bangunan namun hidangan harapan dapat menggantinya nanti di syurga. Dan aku berjanji akan mendermakan seluruh hasil dari penjualan ini di jalan Allah.”

Bukan hanya itu saja. Saat melaksanakan ibadah Haji, dia menyembelih sekitar 100 ekor unta serta membahagi-bahagikan dagingnya kepada kaum fakir miskin di Makkah. Demikian pula ketika di padang Arafah, bersamanya ada seramai 100 orang hamba, dan setelah memberikan masing-masing segenggam perak, para hamba itu pun dibebaskannya.

Hakim memang amat dermawan dan di saat yang sama dia selalu ingin mendapatkan lebih. Setelah peristiwa perang Hunain, beliau meminta sejumlah pampasan perang kepada Rasul. Dia kemudian meminta lebih dan Rasul kembali memberikannya. Hakim ketika itu masih belum lama memeluk Islam akan tetapi Rasul amat pemurah kepada mereka yang baru memeluk Islam agar mereka bersedia menerima Islam sepenuhnya. Hakim pun mendapat harta rampasan perang dalam jumlah yang cukup banyak.

Maka Rasul pun berkata kepada Hakim, “Wahai Hakim! Segala harta benda ini amatlah menarik. Sesiapa sahaja yang memilikinya dan merasa puas dengannya akan diberkahi sebaliknya siapa yang merasa tidak puas, tidak akan diberkahi. Dia akan seperti orang makan namun tidak pernah merasa kenyang. Tangan di atas lebih baik dari tangan yang di bawah.”

Penyataan baginda Rasul ini sangat menyentuh hatinya. Dia merasa amat tersentuh dan lantas berkata kepada Rasul,”Ya utusan Allah, aku tidak akan meminta kepada siapa pun selain kamu untuk apa pun.” Sejarah mencatat, Hakim benar-benar menepati ucapannya. Sahabat Rasul ini tidak pernah meminta apapun juga kepada orang lain hingga dia meninggal dunia.

Wallahualam.. baca-blogspot




0 comments:

Post a Comment