Ketua Penolong Pengarah Risikan, Operasi dan Rekod, Pasukan Polis Diraja Malaysia, PDRM Bukit Aman, Datuk Abdul Manaf Abdul Razak berkata, penggunaan cermin gelap bukan faktor melonjakkan kadar jenayah di Malaysia.
Malah PDRM tidak mempunyai statistik menunjukkan penjenayah menggunakan cermin gelap untuk melakukan kegiatan melanggari undang-undang. Tambah Manaf, pemakaian cermin gelap pada kenderaan, mengurangkan kes pecah cermin kereta.
Terima kasih datuk kerana bersuara untuk kepentingan rakyat, biarpun datuk bukan seorang ahli politik.
Berikutan itu Jabatan Pengangkutan Jalan bersama beberapa agensi penguat kuasa lain akan bermesyuarat untuk meminda peraturan cermin gelap agar lebih praktikal.
Berita Harian
Justeru, operasi besar-besaran untuk membanteras kenderaan bercermin gelap, diumumkan bermula pada 15 Jun ini harus ditangguhkan. Jangan menyaman pengguna jalanraya, RM300. Tunggu pindaan dibuat dan diimplementasikan terlebih dahulu.
Lebih penting lagi, sebelun peraturan diaplikasikan kepada rakyat marhaen, SEMUA kakitangan pihak berkuasa tidak berhak menggunakan cermin gelap WAJIB mematuhi peraturan sama.
Usah melaksanakan peraturan atau undang-undang secara selektif. Mazidul Akmal
Filled Under:
Info
POLIS : LARANGAN PENGGUNAAN CERMIN GELAP TIDAK RELEVAN
Posted By:
Unknown
on May 22, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment