Filled Under:

Beratur 17 jam Hanya Untuk Membeli Tudung Fareeda???


KERJA GILA...!!! Utk siapakah kita lakukan itu? MELAYU TERKELIRU ANTARA SYARIAT DAN FESYEN

Alangkah seronoknya jika kita melihat kaum muslimah yg tidak menutup aurat berduyun-duyun berbaris berbelas jam utk menutup aurat. Tapi ia tidak berlaku. Sebaliknya org ramai sanggup berbaris 17 jam di butik tudung Fareeda sejak 6 ptg sedangkan butik tersebut dibuka pukul 11 pagi esoknya.

Begitulah fenomena yg sering berlaku apabila Fareeda Global Resources (Fareeda) mengeluarkan tudung terbarunya. Fareeda memperkenalkan koleksi tudungnya yg ke-20 yg diberi nama Nourra.

Jika betullah apa yg dilaporkan ini saya kata ini kerja gila. Islam tak suruh pun kita buat begitu, Islam itu mudah sgt iaitu hanya menyuruh kita menutup aurat. Pakaian lambang peribadi.

Persoalan kita tanya pada diri kita..adakah kita faham kenapa kita wajib menutup aurat? Utk siapakah kita lakukan itu? Utk menarik hati2 lelaki supaya jatuh cinta? Untuk menonjolkan imej solehah sebaik mungkin agar mata2 yg memandang mengatakan kita ini baik?

Lihat, 'musuh durjana' itu pakar dlm membisik. Jaga niat. Sama2 berpesan. Utk diri sendiri juga. Lalu katakan “Aku menutup aurat ini kerana Allah. Aku memakai baju begini kerana Allah.”

"Sesiapa yg memakai pakaian demi kemasyhuran, maka Allah akn memakaikannya pada hari Qiamat yg semisal, kemudian membakarnya dengan api neraka (Sunan Abu Daud: 4029. Di-nilai hasan oleh al-Albani). Facebook




2 comments:

  1. memang kerja gila.....sanggup berbaris berjam2 kerana sehelai tudung berjanama ....puan fareeda jadi kaya raya!

    ReplyDelete
  2. Biaq betoi??? Alhamdulillah hati masih ingin memakai tudung yang mengikut syariat dan harganya murah.
    Alhamdulillah semoga dijauhi sifat riak untuk bergaya mengikut garis panduan Islam kerana ALLAH swt boleh nilai hati kita

    ReplyDelete