Filled Under:

Fesyen Selebriti Mengandung di Karpet Merah ABPBH2013



Menariknya tentang laluan karpet merah Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH2013) kerana dapat dilihat beberapa fesyen menarik selebriti popular tanah air sesuai dengan tema ‘magis alam’ yang diketengahkan oleh anugerah berkenaan.

Paling menarik perhatian apabila terdapat tiga selebriti wanita popular yang hadir dengan gaya dan penampilan tersendiri meskipun sedang sarat berbadan dua.

Didie Alias, Scha Al-Yahya dan Lisdawati tidak mahu ketinggalan memeriahkan majlis berprestij berkenaan walaupun secara logiknya mereka perlu berehat di rumah dan menonton rancangan itu di kaca TV sahaja dengan keadaan berbadan dua mereka itu.

Lisdawati yang tampil dengan gaun kembang bewarna hijau, terlebih dahulu telah mendapatkan nasihat doctor untuk hadir ke majlis berkenaan meskipun usia kandungannya hanya tinggal seminggu saja lagi untuk dilahirkan.

Begitu pula dengan Didie Alias yang merupakan pengacara karpet merah ABPBH2013, nampaknya kelihatan agak temengah-mengah sebaik sahaja menyudahkan tugasnya pada malam berkenaan yang digandingkan bersama pengacara popular Awal Ashaari.

Didie Alias yang ditemui pada malam berkenaan berkata, memang agak berbeza apabila perlu beraksi ketika berbadan dua apatah lagi hanya menunggu beberapa minggu saja lagi untuk melahirkan.



Malam itu Didie Alias sekali lagi membuka mata ramai pihak dengan persalinan hijau bagaikan pokok diselaputi lumut sedang bergerak rekaan Allya Mysara. Sempat juga dia menunjukan akar kayu yang tumbuh di atas kepalanya.

Kerana berbadan dua juga, Didie Alias tidak menggayakan sebarang tumit tinggi sebaliknya hanya sepatu sarung paling selesa bagi memudahkan pergerakannya.

Lain pula halnya dengan seorang lagi pengacara karpert merah ABPBH2013, Scha Al-Yahya apabila dia kelihatan cukup menawan dengan gaun biru elektrik rekaan Alia Bastamam.

Dalam pada sarat hamil, ketiga-tiga bakal ibu itu masih mampu berdiri anggun dan megah di laluan karpet merah dan melayan kerenah pihak media serta peminat yang ingin merakamkan gambar mereka bertiga. Bravo.

Berikut adalah beberapa penampilan selebriti popular yang mendapat perhatian ramai



Nabila Huda
Pelakon ‘rebellious’ ini sekali lagi membuat ‘perangai’ di karpet merah apabila tampil dengan fesyen berseluar pendek dan blazer bersaiz besar serba hitam. Mungkin juga Nabila Huda sudah penat untuk mencari gaun malam meleret dan berdandan anggun. Maka di buka almari dan terjumpa dengan blazer milik bapanya dan celana pendek milik adik lelakinya.



Nurul Iman (Boy Iman)
Ini bukanlah watak Peter Pan dalam filem animasi terkenal Hollywood tetapi mungkin pelakon Nurul Iman kurang jelas dengan tema majlis anugerah berprestij berkenaan. Mungkin jika ada parti kostum atau pertandingan beragam, Boy Iman boleh menang dengan gaya yang dibawakan ini.



Izara Aishah
Bak dewi yang baru turun dari langit, Izara Aishah mempersona dengan persalinan menggoda ini. Mungkin kalau mengikut tema magis alam, tiada langsung tema atau sentuhan itu di dalam persalinannya, tapi dia langsung tak salah gaya. Memang terpesona.



Shalma
Buat pertama kalinya bertugas sebagai wartawan penyiaran dan hos hlive! di laluan karpet merah ABPBH2013, Shalma tidak ketinggalan tampil tersendiri dengan persalinan merah berbelang ini. Macam mana? Mengancam tak?



Jihan
Walaupun popular sebagai seorang pelawak, tetapi penampilan serta persalinan yang digayakan Jihan langsung tidak membuatkan dia tampak ‘funny’. Dia mememilih gaya yang tepat dan kelihatan cukup anggun dengan gaun kuning rekaan WanPa.



Siti Sarah & Shuib
Dua selebriti popular ini telah memilih pereka fesyen Hatta Dolmat untuk melengkapkan gaya mereka pada malam ABPBH2013. Walaupun tidak memiliki ketinggian seperti supermodel terkenal, namun Siti Sarah berjaya menggayakan gaun hitam kembang itu dengan berkeyakinan tinggi, ditemani suami tersayang di sebelahnya, Shuib.



Chef Nik Michael
Pertama kali dicalonkan di ABPBH2013, chef kacak pujaan ramai ini telah memilih pereka fesyen Rizal Latif daripada Projek In Cognito untuk sepasang sut segak. Dia kelihatan tampan dengan potongan sut berkenaan yang sempurna di badannya. Mungkin faktor warna menjadikan dia agak tenggelam.



Zara Zya
Ingatkan permaisuri mana tadi. Zara Zya pandai mencuri perhatian ramai dengan gaun ala-ala puteri raja. Lengkap dengan tiara di kepala lagi. Agaknya Zara Zya tersalah majlis. Dia sepatutnya berada di atas pelamin. Walau apapun tahniah atas kejayaan anda membawa pulang anugerah, Zara Zya.



Lana Nordin
Penampilannya memang dinanti-nantikan ramai pihak kerana fizikalnya yang menggoda dan raut mawajahnya yang menikam kalbu. Lana Nordin tampil tersendiri dengan gaun lurus kombinasi hijau dan bunga besar di bahagian dada. Cubaan yang ok-ok saja.



Keith Foo
Keith Foo bukanlah satu-satunya artis yang menggayakan sut rekaan Lord’s Tailor, bagaimanapun corak floral yang terdapat di seluarnya itu berjaya mencuri perhatian ramai, apatah lagi permainan rona lembut memang jarang menjadi pilihan selebriti lelaki terutama di laluan karpet merah. murai




0 comments:

Post a Comment